Monday, October 27, 2014

Majlis Graduasi Tingkatan 5 Kali ke-4, SMK Telok Kerang Pontian Johor

Pentas utama Majlis Graduasi 2014
Majlis Graduasi Tingkatan 5 kali ke-4, SMK Telok Kerang telah disempurnakan dengan jayanya pada hari Ahad, 26hb Oktober 2014 bersamaan 2hb Muharam 1436H.  
YB ADUN Kukup, Hj Suhaimi bin Hj Salleh menyampaikan sijil kepada salah seorang graduan
diiringi Pn. Azizah binti Hj Omar, Pengetua SMK Telok Kerang dan Tn. Hj. Omar bin Hj. Ahmad, Timbalan YDP PIBG, .
Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Hj Suhaimi bin Hj Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADU),Kukup.  Majlis bermula jam 8.20 pagi dengan perarakan masuk graduan seramai 130 orang, diikuti guru, pentadbir dan perasmi.  Majlis diserikan lagi dengan kehadiran lebih 120 orang ibubapa dan penjaga graduan. Alunan paluan gamelan oleh ahli Kelab Muzik SMK Telok Kerang dan suasana pagi yang ceria cukup memberi makna kepada graduan yang diraikan iaitu calon SPM 2014. Majlis tamat jam 10.15pagi.

Sebahagian guru dan graduan selepas Majlis Graduasi 2014
Doa kami, semoga mereka dapat menjawab soalan SPM 2014 dengan baik dan mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Sebahagian tenaga kerja yang menjayakan Majlis Graduasi 2014.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.  Hanya Allah yang mampu membalas segala usaha murni kalian.
Terima kasih.

No comments: