Friday, April 24, 2015

Adik Ameen Nazifa binti Mohd Loodfi

    

Adik Ameen Nazifa binti Mohd Loodfi adalah murid tingkatan 1, SMK Telok Kerang Pontian.  Beliau telah menjalani pembedahan pada Khamis malam (23hb April 2015) di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.  Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan, sila hubungi terus talian di atas.
Sama-sama kita berdoa semoga adik Ameen Nazifa akan segera sembuh dan kembali ceria bersekolah seperti sediakala.  

Thursday, April 23, 2015

Thursday, March 26, 2015

Lawatan Belajar ke Stesen MARDI Kluang

Pada 11hb Mac 2015 (Rabu), seramai 38 murid tingkatan 4 dan 5 berserta dua orang guru SMK Telok Kerang telah mengadakan lawatan belajar ke Stesen MARDI Kluang.  Acara yang menjadi aktiviti tahunan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.  Peserta dan guru telah diberi penerangan dan tunjukcara malah mencuba sendiri membiakkan tanaman menggunakan kaedah aseks iaitu pembiakan tut dan cantuman matatunas.



Terima kasih kepada semua yang menjayakan lawatan ini, terutama kepada Pengarah dan para Pegawai Stesen MARDI Kluang.  Jasa kalian tetap kami kenang.
Terima kasih.

Friday, March 20, 2015

Semakan Kenaikan Pangkat Online

Rakan-rakan guru boleh membuat semakan urusan kenaikan pangkat secara atas talian di url berikut http://apps9.moe.gov.my/naikpangkat/

http://apps9.moe.gov.my/naikpangkat/

Takwim Peperiksaan 2015


sumber : http://www.moe.gov.my/v/takwim-peperiksaan

Tuesday, March 10, 2015

Taklimat Kolokium Sains Pertanian Johor 2015 (02/2015 Daerah Pontian)

Taklimat Kolokium Sains Pertanian Johor 2015 kali ke-2 telah sempurna dilaksanakan pada 9hb Mac 2015 (Isnin) jam 2.10 hingga 5.00 petang.  Taklimat yang diadakan di Bilik Audio, SMK Telok Kerang itu dipengerusikan oleh Tn. Hj. Abdul Wahid bin Mohd Yusof (PPPD Teknik dan Vokasional PPD Pontian.

Taklimat tersebut juga menyelaras aktiviti kolokium setiap sekolah termasuk perkembangan projek tanaman, masalah yang dihadapi dan cadangan mengatasi.  Taklimat kali ke-3 akan dimaklumkan kelak setelah berbincang dengan pihak berkaitan.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan taklimat ini.

Monday, March 2, 2015

Tuesday, February 24, 2015

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)

Muaturun Buku Pelan PP dan Slaid powerpoint PPB di  http://apps8.moe.gov.my/abpg/bpg/PPPB/


Selamat menyiapkan PPPB.


Thursday, February 19, 2015

Not bad ah...Gong Xi Fa Cai

We sometimes forget..

video

New Year is about living in harmony..

Kolokium Sains Pertanian Negeri Johor 2015


Unit Teknik dan Vokasional (UTV), Sektor Pengurusan Akademik (SPA), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) setiap daerah, sekolah-sekolah seluruh negeri Johor, Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor dan pelbagai agensi berkaitan akan melaksanakan satu program membugarkan mata pelajaran Sains Pertanian.  Program yang dinamakan Kolokium Sains Pertanian 2015 itu (Insyaallah) akan dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 24 dan 25hb April 2015 di SMK Dato Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam, Kluang.


Program yang mensasarkan murid dan guru Sains Pertanian dan KHB (Pertanian) ini telah merancang pelbagai aktiviti seperti pertandingan tanaman sayuran sekolah-sekolah seluruh negeri Johor, pameran dan jualan produk pertanian oleh sekolah-sekolah, agensi-agensi berkaitan pertanian dan peniaga-peniaga kecil, pembentangan kertas kerja dan sebagainya.

JKDSPMPV telah bermesyuarat pada hari Ahad 15hb Februari yang lalu dan mesyuarat ke-2 akan diadakan pada hari Ahad 8hb Mac 2015 untuk memastikan perancangan yang telah dibuat dilaksanakan dan cuba membantu menyelesaikan masalah yang timbul. Makumat berkaitan syarat-syarat pertandingan, instrumen penjurian pertandingan dam sebagainya telah diedar kepada JKD setiap daerah.

Selamat bertanding.