Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Sunday, August 30, 2015

Akronim Isu Pertanian di Malaysia

Video pendek di atas adalah hasil kreativiti murid Sains Pertanian daerah Pasir Gudang.  Video menunjukkan penggunaan akronim untuk mengingat isu-isu pertanian di Malaysia.  Semoga bermanafaat.

Aku. Tak. Lari. Pun. Cuma. Hormat. Bini

Aku : Amalan Teknologi Baru
Tak : Tidak stabil harga
Lari : Latihan dan Pendidikan
Pun : Produktiviti
Cuma : Cemar alam sekitar
Hormat : Hijrah penduduk
Bini : Buruh kurang

Ia adalah salah satu aktiviti dalam Program Kem Kecemerlangan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional Daerah Pasir Gudang anjuran UTV Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang yang diadakan pada 28 dan 29hb Ogos 2015 di Hotel Selesa Pasir Gudang.  Semoga semua calon Sains Pertanian SPM 2015 Daerah Pasir Gudang akan mencapai kecemerlangan. Ameen.

Tuesday, August 25, 2015

Mesyuarat Penyelarasan Kem Kecemerlangan Sains Pertanian 2015

Mesyuarat Kecemerlangan Sains Pertanian 2015 anjuran PPD UTV dan JKDSP Daerah Pontian akan diadakan seperti perincian berikut.  Sila klik..Perincian Mesyuarat

Friday, August 21, 2015

Friday, July 24, 2015

Al-Fatihah..


Pada malam 4 Syawal 1436H (20hb Julai 2015) yang lalu, Tn. Hj. Zulhairi bin Hj Abdul Kader, Pegawai Unit Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah kembali ke rahmatullah.  Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan islam Felda Bukit Batu, Kulaijaya. Beliau adalah pegawai yang bertanggungjawab ke atas mata pelajaran Sains Pertanian.

JKDSP Daerah Pontian mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan sejawatan allahyarham. Kami mendokan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh...ameen.

Saturday, June 13, 2015

Senarai Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2015

Senarai Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2015. Seperti yang sedia maklum, senarai ranking universiti terbaik di Malaysia untuk tahun 2015 telah pun dikeluarkan dan disusun mengikut kajian yang dikeluarkan dengan lebih terperinci oleh QS ASIA Top University Ranking.

Di Malaysia terdapat 4 buah universiti yang bertambah baik berbanding tahun 2014 iaitu Universiti Malaya meningkat ke tempat ke 29 daripada 32 tahun lepas, Universiti Sains Malaysia kepada 49 daripada 57. Universiti Teknologi Malaysia berada di kedudukan ke 61 dari kedudukan asal 66, Universiti Putra Malaysia (76-66), manakala Universiti Kebangsaan Malaysia kekal pada kedudukan ke 56.

sumber : http://www.nizarazu.com/senarai-ranking-universiti-terbaik-di-malaysia-2015/



Thursday, May 14, 2015

Kolokium Sains Pertanian Negeri Johor 2015

Hasil mesyuarat diantara Unit Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Unit Teknik dan Vokasional Pejabat Pelajaran Daerah-Daerah pada 5hb Mei yang lalu, telah memutuskan untuk mengadakan kolokium tersebut pada 1hb Ogos 2015.  Mohon kerjasama semua sekolah yang menyertai kolokium tersebut dapat membuat persiapan yang sepatutnya.
Harap maklum.

Friday, April 24, 2015

Adik Ameen Nazifa binti Mohd Loodfi

    

Adik Ameen Nazifa binti Mohd Loodfi adalah murid tingkatan 1, SMK Telok Kerang Pontian.  Beliau telah menjalani pembedahan pada Khamis malam (23hb April 2015) di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.  Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan, sila hubungi terus talian di atas.
Sama-sama kita berdoa semoga adik Ameen Nazifa akan segera sembuh dan kembali ceria bersekolah seperti sediakala.  

Thursday, June 12, 2014

SLAAS 2013/2014 : Penilaian Lapangan

JKD merakamkan tahniah kepada SMK Telok Kerang kerana telah termasuk dalam empat buah sekolah (tiga buah SMK dan sebuah SK) yang telah dipilih oleh Panel Penilai SLAAS Perigkat Negeri untuk sesi penilaian di lapangan.  Sekiranya penilaian yang dibuat pada 23hb Jun 2014 itu mencapai standarad SLAAS yang dikehendaki, sekolah tersebut akan dicalonkan untuk SLAAS Peringkat Kebangsaan sesi 2013/2014.  Dua buah SMK lain yang terpilih adalah SMK Sri Aman Kota Tinggi dan SMK Lukmanul Hakim, Kota Tinggi.
Semoga berjaya.

Friday, November 15, 2013

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2014

Makluman buat pelajar Tahun Enam (6) / calon UPSR 2013 yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun 2014 (Semenanjung Malaysia), permohonan telahpun dibuka mulai 14 November 2013 (tarikh keputusan UPSR diumumkan) dan tarikh tutup pada 27 November 2013. Mulai tahun 2014, kemasukan ke MRSM perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan temuduga.

Permohonan secara online boleh dibuat melalui link berikut : http://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp
Terima kasih.
sumber : http://www.ciklaili.com/2013/11/permohonan-kemasukan-ke-tingkatan-1.html#axzz2kTnaM6of



Tuesday, November 12, 2013

Misi dan Visi KPM yang Baharu

VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

Sumber : http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=3890

Saturday, November 2, 2013

SPPBS

"KPM mengambil maklum mengenai masalah akses ke SPPBS. Sehubungan dengan itu, kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik) serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) bagi tahun 2013 akan ditutup buat sementara bermula 30 November 2013 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014 bagi kemasukan prestasi tahun 2013 yang masih belum selesai."

Sumber rujuk http://sppbs.moe.gov.my/

Friday, October 11, 2013

Lawatan Belajar ke Stesyen MARDI Kluang

Lawatan belajar ke Stesyen MARDI Kluang iaitu aktiviti terakhir JKD Sains Pertanian dan MPV Daerah Pontian tahun 2013 telah dilaksanakan pada hari Khamis (10hb Oktober 2013) dengan jayanya.  Lawatan belajar tesebut adalah kolaborasi dua buah sekolah iaitu SMK Sri Kukup dan SMK Telok Kerang dengan objektif yang jelas iaitu mengukuhkan kemahiran murid dalam aspek pembiakan tanaman dan ternakan.
Lawatan tersebut disertai 24 murid tingkatan 5 dari SMK Sri Kukup dan 16 murid tingkatan 4 dari SMK telok Kerang. Kemahiran murid dapat diperkukuhkan dengan melaksanakan sendiri amali pembiakan cantuman baji dan tut dengan bimbingan kakitangan mahir MARDI.
Sesi lawatan ke Pusat Embrio Haiwan Negara (NAEC) Stesyen MARDI Kluang dan berpeluang menerima penerangan serta tunjukcara melakukan aktivit permanian beradas bermula dari pemilihan baka sehingga menyuntik semen.  Murid juga diberi peluang melakukan sendiri aktiviti permanian beradas ke atas kambing dengan bantuan kakitangan MARDI.  Ia sangat mengujakan peserta lawatan.
JKDSPMPV mengucapkan tahniah kepada guru penggerak lawatan belajar ini iaitu Pn. Sabariah binti Md Arif dan Pn. Hamimah binti Hamim (SMK Sri Kukup) dan En. Nordin bin Ehsan (SMK Telok Kerang) atas inisiatif mereka melaksanakan lawatan.  Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada semua pegawai dan kakitangan Stesyen MARDI Kluang atas sambutan dan kerjasama yang amat baik sepanjang lawatan.
Terima kasih.

Thursday, September 19, 2013

Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian Daerah Pontian 2013


Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanaian Daerah Pontian telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna pada hari Khamis (19hb September 2013) bermula jam 9.00 pagi dan tamat sekitar 1.45 petang.  Perbengkelan disertai oleh seramai 99 murid yang mendapat keputusan sederhana di dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan SPM 2013 dari sekolah-sekolah daerah Pontian. 
Peserta dibahagiakan kepada dua kumpulan (53 dan 46 orang setiap kumpulan) dan pelaksanaannya memfokus kepada kaedah mudah mendapat markah dan mengelakkan kesilapan ketika menjawab.  Penceramah terditi daripada En. Bukari bin Paiman dan En. Mohd Shariff bin Omar.

JKD merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua yang menjayakan perbengkelan ini terutamanya semua guru Sains Pertanian dan peserta perbengkelan.  Semoga bengkel kecemerlangan ini akan dapat mempertingkatkan pencapaian Sains Pertanian dalam SPM yang akan dijalankan pada 4hb Disember 2013 ini.

Thursday, June 20, 2013

Jerebu 2013

Friday, June 14, 2013

SAPS


Dimaklumkan bahawa SAPS akan ditutup sementara kepada SEMUA PENGGUNA sehingga 30 Jun 2013. Terima kasih.

Sunday, June 2, 2013

Lawatan ke Institut Pertanian Ayer Hitam

Seramai 37 orang murid dan 3 orang guru dari SMK Telok Kerang Pontian telah mengadakan lawatan ke Institut Pertanian Ayer Hitam (IPAH) pada hari Khamis (23hb Mei 2013) yang lalu.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan lawatan ini.

Monday, May 20, 2013

Pengetahuan Am

Wednesday, May 8, 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi murid tingkatan 4 dan 5 telah bermula dikebanyakan sekolah.  JSI bagi setiap kertas bagi matapelajaran Sains Pertanian Daerah Pontian telah dibincang dan diedarkan kepada semua Ketua Panitia ketika mesyuarat JSI yang lalu. Kepada semua murid, luangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran dan jawab soalan dengan tenang.  Kami doakan semoga anda mendapat keputusan terbaik.
Selamat menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013.

Thursday, May 2, 2013

Pesanan Kepada Pengundi Dalam PRU13


a) Menjalankan tanggungjawab mengundi 
b) Membuat pilihan yang tepat berdasarkan maklumat lengkap dan adil terhadap calon, parti dan manifesto.
c) Tidak menjadikan sentimen, fitnah, kebencian dan juga hasutan sebagai asas pemilihan.
d) Mengeji, mengelakkan diri dari menyokong, menyebarluaskan bahan tidak bermoral dan biarlah pihak berkuasa yang terlibat membuat siasatan seadilnya berdasarkan undang-undang.
e) Memilih mereka yang boleh menunaikan amanah, bersikap mesra-Islam.
f) Memilih parti yang boleh memartabatkan Islam, berusaha ke arah tadbir urus yang baik (good governance), keadilan dan juga amalan politik yang sihat.
g) Memilih calon yang kuat berpegang dengan agama dan tinggi moralnya, hatta di kalangan bukan Islam.
h) Mempertahankan harga diri dengan tidak mengambil rasuah politik.
i) Berusaha mencari keyakinan terhadap seseorang calon yang bertanding, partinya dan gabungannya.
j) Memahami konteks politik di Malaysia yang terdiri dari pelbagai agama, bangsa, parti dan ditegah dari sengaja merosakkan undi.
k) Menjauhkan diri dari terjebak dalam aktiviti kafir mengkafir.
l) Menggesa agar semua pengundi yang berbeza kecenderungan politik dan parti yang disokong agar tidak (sekiranya tercipta) memanjangkan 'permusuhan', 'sengketa' dan dendam.
Sehubungan itu juga, MURSHID juga ingin mengingatkan para pengundi sekelian bahawa pilihan yang anda lakukan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di padang Mahsyar. Maka, pastikan pilihan anda itu bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan.

Dari kami MURSHID :
Tuan Guru Dr Abdul Basit Abdul Rahman (Pengerusi Shura)
Dr Zaharuddin Abd Rahman (Presiden & Ahli Shura)
Tuan Guru Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Ahli Shura)
Dr Zahazan Mohamed (Ahli Shura)
Ustaz Roslan Mohamed (Timbalan Presiden & Ahli Shura)
Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahman (Naib Presiden)
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman (Setiausaha Agung)
Ust Muhd Ramadhan Fitri Ellias (Bendahari Agung)

Ahli Jawatankuasa
Dr Maszlee Malik
Dr Ahmad Wifaq Mokhtar
Dr Mohd Sukki Othman
Sumber dan artikel penuh dari : http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1019-seruan-murshid-menjelang-pru-13-malaysia.html