Showing posts with label SPM 2016. Show all posts
Showing posts with label SPM 2016. Show all posts

Sunday, November 13, 2016

Soalan Latihan Calon SPM 2016

Kompilasi soalan percubaan SPM 2016 negeri-negeri secara topikal dilampirkan di bawah.  Ia disusun secara topikal bagi memudahkan calon mengingat semula fakta dan huraian sebagaimanan susunan buku teks.

Soalan latihan KBAT Sains Pertanian di bawah adalah soalan yang telah dihasilkan oleh Cikgu Zailani Abd Rahim (SMK Jugra) dan telah dimuatnaik dalam blog ini pada awal tahun 2016.

Moga bermanfaat dan selamat mengulangkaji.

Monday, October 3, 2016

Analisis Soalan Percubaan SPM 2016 (Kertas 2)


Rumusan merupakan senarai semua soalan yang disenaraikan semula oleh admin berdasarkan soalan negeri-negeri tersebut.  Mungkin terdapat kesilapan dan calon perlu ingat SETIAP TOPIK ADALAH PENTING.

Wednesday, September 7, 2016

Koleksi Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2016

Senarai di bawah adalah koleksi soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2016 bagi matapelajaran Sains Pertanian Kertas 1 dan Kertas 2 berserta cadangan peraturan permarkahan.  Sila klik pada "link" berkaitan untuk "Open", "View", "Print", "Share" atau "Download".  Terima kasih kepada penyumbang soalan, semoga usaha tuan/puan dinilai sebagai amal baik dan dibalas dengan sebaik-baik balasan.





Selamat mengulangkaji.

Wednesday, July 27, 2016

Peperiksaan Percubaan SPM 2016

Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menyediakan Jadual Spesifikasi Item (JSI) untuk kegunaan guru-guru membina item bagi Peperiksaan Percubaan SPM.  Peperiksaan itu akan dilaksanakan Ogos ini.  JSI boleh dimuaturun di http://jpnjdata.net/ah/menu/ atau berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah masing-masing.

Selamat membina item dan selamat mengulangkaji.

Monday, July 25, 2016

Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian (Kertas 2) Daerah Pontian 2016





Alhamdulillah...JKD Sains Pertanian Daerah Pontian dengan sokongan padu Tn. Hj. Abdul Wahid bin Mohd Yusof, Ketua Unit Teknik dan Vokasional PPD Pontian dan kerjasama semua guru Sains Pertanian Daerah Pontian berjaya melaksanakan bengkel tersebut pada hari Khamis, 21hb Julai 2016.

Perbengkelan dilaksanakan secara berkumpulan (baik, sederhana dan lemah) berdasarkan pencapaian murid dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016.  Kumpulan 1 (pencapaian baik) dikelolakan oleh penceramah Tn. Hj. Aminuddin bin Abdul Rahman dari SMK Ayer Baloi, Pontian, Kumpulan 2 (pencapaian sederhana (dikelolakan oleh Tn. Hj. Mohd Shariff dari SMK Tun Sri Lanang, Muar dan kumpulan 3 (pencapaian rendah) dikelolakan oleh Tn, Hj. Minhad bin Kasmadi dari SMK Seri Aman, Kota Tinggi.

Semoga usaha ini akan dapat meningkatkan pencapaian Sains Pertanian dalam SPM 2016.  Terima kasih sekali lagi kepada semua yang menjayakan program ini.

Pontian Dinamik.

Thursday, June 23, 2016

Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian (Kertas 1) Daerah Pontian Tahun 2016

Alhamdulillah, bengkel kecemerlangan tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya seperti dirancang.







JKD merakamkan jutaan terima kasih kepada :
1. Ketiga-tiga penceramah jemputan iaitu En. Bukari bin Paiman (SMK Tun Ismail, Pt Raja Batu Pahat), En. Zulnaidi bin Abdullah (SMK Dato Mohd Hassan Yunos) dan Tn. Hj. Minhad bin Kasmadi (SMK Seri Aman, Kota Tinggi) yang telah berkongsi ilmu bersama murid dan guru-guru daerah Pontian.
2. T. Haji Wahifd bin Mohd Yusof, dari Unit Teknik dan Vokasional, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian atas kerjasama padu menyokong segala program yang dirancang JKD .
3. Tuan Pengetua, SMK Ayer Baloi kerana sudi menerima kehadiran kami dan menyediakan tempat serta segala kemudahan berkaitan sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
4. Semua guru pengiring dari semua sekolah terlibat iaitu SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman, SMK Sri Kukup, SMK Parit Betak, SMK Ayer Baloi dan SMK Telok Kerang.
5. Semua murid dari kelima-lima sekolah yang terlibat, semoga kalian dapat menimba sebanyak ilmu daripada penceramah untuk kegunaa semasa peperiksaan kelak.

Kami berharap usaha ini akan memberi impak besar kepada pencapaian Sains Pertanian dalam SPM 2016.  Progran Kecemerlangan Sains Pertanian (Kertas 2) Tahun 2016 akan diadakan bulan Julai depan...Insyaallah.

Pontian Dinamik.

Wednesday, March 2, 2016

Jadual Waktu SPM 2016 (Sains Pertanian)

Jadual Waktu peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2016 yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.  Peperiksaan bertulis SPM 2016 akan berlangsung selama 17 hari bermula 7 November sehingga 6 Disember 2016.

Sudahkan anda bersedia menghadapinya?