Tuesday, April 30, 2013

Singapore's 21st-Century Teaching Strategies

Singapura merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia.  Jom kita saksikan video di bawah dan ambil serta amalkan mana-mana amalan yang baik dan sesuai dengan persekitaran Malaysia.

Wednesday, April 24, 2013

Sama-sama kita tengok

Persembahan yang unik untuk dikongsi.

Saturday, April 20, 2013

Kenderaan idaman anda?

Jadikannya motivasi untuk berusaha lebih gigih dan sabar.

Wednesday, April 10, 2013

Mesyuarat Pembinaan Jadual Spesifikasi Item (JSI) 2013


Berdasarkan mesyuarat JKD SainsPertanian kali pertama tahun 2013, Mesyuarat
Pembinaan Jadual Spesifikasi Item (JSI) untuk Soalan Peperiksaan Setengah Tahun  dan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Tahun 2013 Daerah Pontian akan diadakan pada Selasa (16hb April) 2013 di Bilik Mesyuarat, SMK Telok Kerang Pontian bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.
Surat rasmi akan diedarkan oleh PPDTV dalam masa terdekat.
Harap maklum.

Friday, April 5, 2013

Kunci Syurga

Sama-samalah kita pertingkatkan ilmu, iman dan amal kita...insyhaallah

Tuesday, April 2, 2013

Perancangan JKD Sains Pertanian Tahun 2013

Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah Mata Pelajaran Sains Pertanian yang telah dijalankan pada 21hb Mac 2013, berikut adalah perancangan bagi tahun 2013 :
a) Peningkatan Profesionalisme guru

  • Lawatan ke Pusat Penyelidikan Ikan Air Payau Gelang Patah :
  • Pembinaan item (JSI) Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun : 16hb April 2013 (Khamis), SMK Telok Kerang
b) Peningkatan Pencapaian murid
  • Kem Harapan I (calon lemah) : 20hb Jun 2013 (SMKDMYS)
  • Kem Harapan II (calon cemerlang) : 5hb Sep 2013 (SMKDMYS)
Semoga segala perancangan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mencapai objektif yang disasarkan.