Ribuan terima kasih kepada Cikgu Zailani bin Abd. Rahim dari SMK Jugra, Banting Selangor atas kesudian beliau berkongsi hasil tangan dan buah fikiran yang sangat bernilai ini. Semoga segala usaha beliau akan menjadi amal kebajikan yang diterima Allah.
Moga bermanfaat kepada semua.
Blog Jawatankuasa Kurikulum Daerah Sains Pertanian Daerah Pontian, Johor Darul Takzim.
Showing posts with label Sains Pertanian T4. Show all posts
Showing posts with label Sains Pertanian T4. Show all posts
Thursday, March 3, 2016
Sunday, October 18, 2015
Modul Pembelajaran Teknikal (M-TEK)
Modul yang disediakan ini selari dengan keperluan sukatan pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5. Ia merupakan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu guru-guru dan pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik. Modul ini dilengkapi dengan nota ringkas peta minda (Mind Map) dan soalan-soalan latihan mengikut topik.
Selamat belajar.
Wednesday, April 16, 2014
Eksperimen Menentukan Tekstur Tanah : Kaedah Mendapan
Tajuk :
Eksperimen Menetukan tekstur tanah secara mendapan (SPM 2005, SPM 2010)
Bahan :
Sampel tanah, air.Radas : Balang gas, penutup balang gas, pembaris, carta segitiga tekstur tanah Atterberg.
Langkah-langkah :
- Masukkan tanah ke dalam balang gas sehingga
separuh penuh.
- Masukkan air ke dalam balang gas sehingga tiga
per empat penuh.
- Tutup mulut balang gas dengan penutup
- Goncangkan campuran perlahan-lahan supaya
kumin tanah terpisah.
- Biarkan balang gas di atas meja semalaman (24
jam) .
- Lakukan pemerhatian.
- Ukur ketinggian ( gunakan pembaris) setiap
pisahan tanah
- Catatkan dalam jadual.
- Hitungkan peratusan pisahan tanah.
- Tentukan kelas tekstur tanah berdasarkan
peratusan pisahan
1. Meja yang digunakan untuk meletakkan balang gas mestilah rata.
Monday, April 7, 2014
Tuesday, May 28, 2013
Tanah
Tanah ialah lapisan atas permukaan bumi.
A : Sisa tumbuhan dan haiwan
B : Tanah atas
C : Tanah bawah
D : Batuan
Kepentingan Tanah
a. memberi
sokongan mekanik kepada akar tumbuhan
b. membekalkan nutrien kepada tumbuhan
c membekalkan
oksigen dan air
Kepentingan Tanah
a. memberi sokongan mekanik kepada
akar tumbuhan
- supaya tumbuhan tumbuh tegak dan menerima cahaya yang cukup
b. membekalkan nutrien kepada tumbuhan
- nutrien wujud dalam bentuk bahan organik
tersimpan dalam tanah
- bahan
organik yang mereput membebaskan nutrien
c membekalkan oksigen dan air
-
oksigen diperlukan untuk proses respirasi melalui akar
- air
diserap oleh akar tumbuhan bersama nutrien
Pengetahuan Am
"Untuk membersihkan bekas kamu yang dijilat anjing, basuhlah bekas itu sebanyak tujuh kali . Basuhan pertama hendaklah dengan air bercampur tanah." (Riwayat al-Dar Qutni)
"Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging khinzir dan haiwan yang disembelih bukan dengan nama Allah." (al-Baqarah 2 : 173)
Anjing dan khinzir adalah binatang bernajis berat. Kita perlu berhati-hati jika terlibat dengan kedua binatang tersebut terutama ketika membersihkan najis dari keduanya. Mungkin ada yang bertanya sebab tanah perlu digunakan untuk mencuci najis berat ini. Tidak bolehkah menggunakan bahan pencuci seperti sabun atau detergen lain? Adakah tanah mempunyai sifat-sifat istimewa?
Mungkin ini boleh membantu :
1. Pelbagai ubat-ubatan moden khususnya antibiotik terhasil dar sumber tanah seperti cyclosporin, penicilin, streptomycin, erythromycin, tetcacylin, aureomycin dan sebagainya.
2. Kajian perubatan moden mendapati bahawa tanah mengandungi bakteria yang menghasilkan ivermectin yang berfungsi sebagai ubat untuk membunuh cacing yang menyerang manusia dan ternakan.
3. Bahan antikanser juga didapati daripada bakteria tertentu dalam tanah untuk membunuh sel-sel kanser.
4. Kajian oleh WHO mendapati sabun, abu dan tanah selut efektif sebagai bahan pencuci jika dilakukan dengan cara yang betul.
5. Kajian di Amerika mendapati tanah mampu berfungsi sebagai agen pembersih atau penapis air (river-bank-filteration). Ini juga membuktikan air yang mengalir boleh digunakan untuk berwudhuk keranan diyakini bersih dan selamat berpandukan kajian ini.
6. Nabi Adam berasal daripada tanah, tanaman juga berasal daripada tanah, dan orang yang meninggal dunia juga dikebumilkan di dalam tanah.
7. Unsur kedua terbanyak di bumi selain air.
Sumber : majalah SOLUSI isu 56 Jun 2013)

Monday, May 20, 2013
Kaedah Menghasilkan Varieti Baru Tanaman
1. Mengenalpasti Baka Berpotensi
• Menyediakan tumbuhan yang berbagai sifat dan berpotensi
• Terdiri daripada varieti yang sedang ditanam, tanaman dari genus yang sama dan tumbuhan liar yang tumbuh ditempat asal tanaman itu.
2. Melakukan Pemilihan
• Setelah baka berpotensi dikenalpasti, pemilihan boleh dilakukan.
• Asas pemilihan berdasarkan ada atau tidaknya sifat tumbuhan yang dikehendakiserta perbandingan prestasi pokok tersebut dengan pokok lain.
• Pokok yang sediada juga boleh dipilih, ia boleh dipertingkatkan prestasinya secara mengkacuk dengan pokok induk yang lain
3. Melakukan Pengacukan
• Pengacukan dapat menggabungkan bahan genetik dari dua pokok induk.
• Sifat yang dikehendaki boleh dipindahkan dari pokok yang dipilih.
• Hasil pengacukan dipanggil Hibrid
• Anak pokok baru hibrid mempunyai kombinasi baru bahan genetik.
4. Menguji Generasi F1
• Generasi F1 merupakan anak pokok generasi pertama hasil penggabungan bahan genetik kedua pokok induk secara kacukan.
• Pokok ini diuji terlebih dahulu berdasarkan sifat tertentu seperti pengeluaran dan keresistanan penyakit.
• Hasil daripada pengujian generasi F1 menentukan samada biji benih diakui berprestasi baik dan seterusnya digunakan untuk pembiakan

Thursday, January 10, 2013
Wednesday, May 30, 2012
Fokus Amali 1/2012
Menentukan pH tanah dengan kaedah Larutan Penunjuk Universel (Kaedah Kuhn).
Bahan : Sampel tanah, Air suling, Barium sulfat, Larutan penunjuk universal.
Radas : Tabung uji, Penyumbat tabung uji, Rak tabung uji, Spatula dan Carta warna pH.
Langkah-langkah eksperimen :
1. Masukkan 2-5 cm barium sulfat ke dalam sebuah tabung uji
2. Masukkan 2-5 cm sampel tanah ke dalam tabung uji tersebut.
3. Tambahkan air suling hingga ¾ penuh tabung uji tersebut.
4. Tambahkan 2-3 titis larutan penunjuk universal.
5. Tutup tabung uji itu dengan penyumbat tabung uji.
6. Goncang tabung uji tersebut.
7. Letak tabung uji tersebut dalam rak tabung uji
8. Biarkan ia mendak.
9. Perhatikan warna yang terhasil.
10. Padankan warna itu dengan carta warna pH.
11. Tentukan nilai pH.
12. Ulang eksperimen dengan menggunakan 2 sampel tanah yang lain.
Langkah keselamatan
1. Jangan gunakan ibu jari untuk menutup tabung uji semasa menggoncang tabung uji.
2. Lakukan penentuan warna pH di tempat terang
Subscribe to:
Posts (Atom)