Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Sunday, August 23, 2015

Kertas 2 Soalan 1 : Pilihan 5

Soalan : Terangkan kaedah mencegah hakisan tanah.

i.  Menanam tanaman penutup bumi
-  akar tanaman penutup bumi dapat mencengkam tanah daripada dibawa air
-  mengurangkan larian air yang membawa tanah semasa hujan
-  tanaman penutup bumi dapat menghalang timpaan hujan daripada terus kena ke atas tanah melindungi permukaan tanah.

ii.  Membina sungkupan
-  dapat menghalang timpaan hujan terus ke permukaan tanah
-  tanah tidak terkena hujan dan tidak dapat dilarikan air
-  menggunakan plastik hitam / rumput kering sebagai sungkupan.
-  contoh  tumbuhan kekacang :  Centro, Puero dan Calapo

iii. Perparitan / Longkang / saliran
-  menyalirkan air berlebihan mengalir keluar dari kawasan tersebut
-  air dapat mengalir melalui longkang tanpa menghakis dan membawa tanah

iv. Membuat teres
-  mengelakkan air daripada mengalir terus melalui lereng bukit
-  memperlahankan larian air

v.  Menanam mengikut kontur
-  Pokok yang ditanam dikawasan curam dengan mengikut kontur boleh menghalang air hujan daripada terus menuruni kawasan curam
-  memperlahankan larian air

vi. Membuat sungkupan
-  Menghalang air mengalir secara bebas di permukaan tanah
-  melindungi tanah daripada timpaan air hujan

vii. Menanam secara jalur
-  Tanaman ditanam merentasi lereng  secara jalur merentasi lereng atau kawasan curam.

Tuesday, August 18, 2015

Kertas 2 Soalan 1 : Pilihan 4

Soalan : Terangkan penggunaan mekanisasi dalam aktiviti penternakan.


a.   Pemberian makanan
- Tiub berauger atau pengangkut berantai
- Makanan dibekalkan dengan menyeluruh dengan kadar yang dikawal

b.   Pemberian minuman
- Sistem puting logam (kawalan inja)
- Kadar boleh dikawal
- Boleh disepadukan pemberian ubat/vaksin

c.    Pengutipan hasil
- Mesin pemerah susu
- Cepat/mudah dan tahap kebersihan tinggi

d.    Penggredan telur
- Penggeredan telur automatik
- Disepadukan dengan operasi membungkus.

Thursday, August 13, 2015

Kertas 2 Soalan 1 : Pilihan 3

Soalan : Terangkan penggunaan mekanisasi dalam aktiviti tanaman.



a.   Penyediaan tanah
- Mesin gergaji berantai diguna untuk menebang pokok
- Jentolak untuk mengumpul kayu/tunggul
- Alat bajak primer seperti bajak piring, bajak sepak, bajak pahat
- Alat bajak sekumder seperti bajak putar dan bajak sikat

b.   Penanaman
- Alat penabur biji benih
- Penyembur kabus
- Contoh penanaman padi

c.   Pembajaan
- Penabur baja, penghembus berjentera untuk menabur baja dan penyembur boom.
- Baja daunan boleh dilakukan menggunakan pengairan percikan atau titisan.
- Baja ditabur lebih cepat/sempurna

d.  Pengawalan rumpai dan perosak
- Penebas putar, penyembur sandang berjetera,mesin rumput tolak, penebas sandang, pam berkuasa dan penyembur galas
- Operasi pengawalan lebih berkesan/mudah/cepat sebelum kerosan lebih serius.

e.   Pengairan
- Sistem pengairan titisan/percikan/banjir
- Air dapat dibekalkan lebih seragam/mencukupi, menyeluruh

f.   Penyaliran
- Pam air/pengorek kaut/pemarit
- Air berlebihan dikeluarkan lebih cepat dan tidak memudaratkan tanaman.

g.   Penuaian hasil
- Mesin jentuai kombin/penuai buah
- Kerja penuaian serentak dan bersepadu
- Contoh mengering dan menggred

Tuesday, August 11, 2015

Kertas 2 Soalan 1 : Pilihan 2

Soalan : Terangkan aktiviti dalam pemasaran hasil pertanian.


a.   Mengumpul
-   hasil ladang dipunggut pada satu  tempat tertentu samada di ladang atau pusat pengumpulan kelompok
-   Contoh: padi dituai - masuk dan angkut lori kecil – pusat pengumpulan

b.   Memperoses
-    menjadikan hasil lebih menarik / tahan lama / harga lebih tinggi
-    hasil ladang diproses dalam bentuk segar / awetan dan lain-lain
§   Contoh: hasil ladang segar buah-buahan, daging, ikan  segar awetan / pengeringan /penjerukkan

c.   Menggred
-    menentukan kumpulan hasil mengikut satu piawaian.
§ Contoh: gred warna / anggota badan / berat / bentuk / saiz / klon

d.   Membungkus
-    mengumpul hasil pertanian yang telah digred dalam satu bekas tertentu.
-    menarik perhatian dan mengekalkan kesegaran / kualiti hasil
§ Contoh: botol – perahan jus / jem / kicap Plastic/polistrena – sayuran / kerepek

e.   Mengiklan
-    kaedah komunikasi pemasaran untuk menjelas dan menyampaikan informasi produk kepada pengguna.
-    Contoh: katelog / risalah / demostrasi / sample / papan iklan / pameran / peragaan

f.   Menyimpan
-    kaedah mengekalkan kesegaran dan kualiti hasil pertanian
§ Contoh: 
sejuk beku – daging / ikan di simpan dalam peti sejuk beku suhu kurang 0 darjah C.  
suhu rendah – buah-buahan / sayuran suhu 0-4 darjah C
-    kawalan kandungan gas – pisang / betik / mempelam dikurangkan kandungan oksigen dengan menambah kandungan karbon dioksida untuk lambat masak.

g.  Menjual
-    menyampai hasil kepada pengguna akhir untuk mendapatkan keuntungan / kebajikan.
-    Contoh: hasil lada.

Thursday, August 6, 2015

Kertas 2 Soalan 1 : Pilihan 1

Soalan : Terangkan tiga amalan membaiki tanah.
a. Pembajaan
Pembajaan adalah proses membekalkan nutrien kepada tanah untuk kegunaan pokok.
Kaedah membaja
1.  Tabur
Baja (jenis granul / butiran halus) di tabur sekata di permukaan tanah.
b.   Baja boleh dibiarkan begitu sahaja atau digaul bersama tanah
2.  Alur
a.   Baja pepejal diletak di dalam alur di sebelah sisi barisan pokok.
b.   Sesuai untuk tanaman yang mudah rosak jika terkena baja
3.  Poket
a.   Baja diletakkan di dalam lubang poket sedalam 10-15cm yang digali di hujung kanopi iaitu zon akar  aktif.
b.   Baja dikambue semula dengan tanah
4.  semburan daun
a.   Larutan baja (biasanya mikronutrien) disembur kebahagian tanaman

b. Pengapuran
Tujuan pengapuran
-  mengurangkan keasidan tanah
-  membekalkan nutrien tumbuhan
-  membaiki agregat tanah
Jenis bahan kapur
-  Batu kapur ( Kalsium karbonat)
-  Kapur mati ( Kalsium hidroksida)
-  Kapur tohor (Kalsium oksida )

c.  Pemugaran
Pemugaran ialah proses memecahkan dan melonggarkan keadaan tanah   yang padat  untuk tujuan penanaman.
Jenis pemugaran
-  Alat pemugaran primer    : bajak sepak, bajak piring, bajak pahat dan   bajak putar
-  Alat pemugaran sekunder : bajak sikat, penggembur, alat pembatas

Tuesday, August 4, 2015

Analisis Kertas 2 : Soalan 1

Trend soalan 1 (10 tahun kebelakangan)

Konstruk Kertas 2 : Soalan 1

SOALAN 1 : Mengaplikasikan pengetahuan sedia ada.
1. Menerangkan cara-cara mengatasi isu pertanian di Malaysia .
2. Membuat inferens eksperimen cahaya diperlukan untuk fotosintesis.
3. Membuat inferen nilai pH tanah dengan kesesuaian penanaman 
4. Menerangkan penggunaan pengawalatur pertumbuhan. 
5. Menerangkan cara-cara pencegahan dan pengawalan penyakit.
6. Melakarkan pelan susun atur ladang , 
7. Menyediakan jadual kerja
8. Menyediakan format rekod yang berkaitan  -Perbelanjaan
9. Merangka rancangan operasi ladang.
10. Menerangkan pengurusan pekerja, jentera, tanaman, ternakan.
11. Menerangkan aktiviti-aktiviti pemasaran hasil. 
12. Menghuraikan penggunaan mekanisasi dalam aktiviti tanaman   
13. Menghuraikan penggunaan mekanisasi dalam aktiviti ternakan.
14. Menghuraikan penggunaan komputer dalam pertanian. 
15. Menerangkan penggunaan bioteknologi dalam pertanian.
Inokulasi Rhizobium
Kawalan perosak secara biologi
Penguraian sisa pertanian
Penghasilan makanan berasaskan pertanian
Penghasilan varieti baru melalui kejuruteraan genetik.

Monday, December 1, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 5 atau 6 (Bil 5)

Amali hidroponik Takung :
Alatan : pH meter, EC meter
Bahan : Larutan baja A dan B, air
Langkah eksperimen :














Langkah Keselamatan:
1.Masukkan Larutan baja A dan Larutan Baja B berasingan
2.Bebenang  @ kapas sentiasa lembap
3.Kandungan nutrien cukup EC 12-15
4.Ada ruang udara antara larutan baja dan polistirena
5.Bebenang @ kapas padat

Terima kasih kepada Cikgu Zailani (sainspertaniansmkbl.com)atas sumbangan slide.

Sunday, November 30, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 5 atau 6 (Bil 4)

Eksperimen menentukan pH menggunakan pH meter
Alatan : pH meter, rod kaca
Bahan : sampel tanah, air suling


Langkah eksperimen :









Langkah Keselamatan :
Pastikan elektrod meter pH dibersihkan sebelum dan selepas digunakan

Saturday, November 29, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 5 atau 6 (Bil 3)

Eksperimen kemasakan buah menggunakan Kalsium Karbida
Alatan :  spatula dan bekas menyimpan pisang (bertutup)
Bahan : pisang, kalsium karbida

Langkah-langkah eksperimen








Langkah Keselamatan :
Jauhi dari punca api kerana kalsium karbida akan bertindak balas dengan air / kelembapan yang akan menghasilkan gas yang sangat mudah terbakar.

Wednesday, November 26, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 5 atau 6 (Bil 2)

  • Antara kaedah untuk mengingat langkah eksperimen adalah dengan mengingat rajah. 
  • Pastikan langkah eksperimen mengikut urutan yang betul.
  • Pastikan juga sukatan bahan ditulis (contoh 2.5 cm, 3/4 tabunguji, 2-3 titis).
Eksperimen Menentukan pH menggunakan Kaedah Kuhn.
Alatan : Tabung uji dan carta warna
Bahan : Sampel tanah, larutan bariun sulfat

    Langkah Eksperimen :
    Langkah Keselamatan :
    Tutup tabung uji menggunakan getah penyumbat dan elakkan mengguna ibu jari.
    Lakukan penentuan warna di tempat terang.

    Thursday, November 13, 2014

    Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 5 atau 6 (Bil 1)

    Amali Pembiakan Tanaman Secara Tut / Markot
    Alatan :
    Pisau cantuman dan skateur.
    Bahan :
    Tanah dan hormon pengakaran.
    Langkah-langkah amali :









    Langkah Keselamatan :
    Gunakan pisau yang tajam dan bersih.
    Kikis lapisan kambium sehingga bersih.

    Wednesday, November 5, 2014

    Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 3 atau 4 (Bil 5)

    Contoh Soalan :

    Contoh Jawapan :