Tuesday, August 26, 2008

TANAMAN SECARA FERTIGASI DI SMK TELOK KERANG PONTIAN (Bahagian 2)

Fertigasi (Drip Irrigation Technique) didefinisikan sebagai Penanaman Tanpa Tanah (soiless culture) dengan pemberian baja melalui sistem pengairan.
Kelebihan sistem fertigasi adalah :
i. Nutrien lengkap boleh dikawal mengikut pertumbuhan pokok
ii. Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit
iii. Mengatasi masaalah tanah
iv. Meningkatkan hasil pengeluaran
v. Masalah merumpai sangat rendah
vi. Kualiti hasil yang lebih baik
vii. Penggunaan baja yang cekap
viii. Mengurangkan penggunaan racun
ix. Hasil yang lebih tinggi

Kelemahan sistem fertigasi adalah :
i. Modal permulaan yang tinggi
ii. Pengetahuan yang mendalam perihal tanaman
iii. Pengurusan ladang yang berterusan
iv. Kerosakan sistem membawa kerugian
Tanaman yang boleh ditanam ialah tanaman sayur berbuah seperti Tomato, Cili, Melon, Timun jepun dan Terung.
Bersambung pada artikel akan datang.

Monday, August 11, 2008

SEMINAR KECEMERLANGAN AKADEMIK MATA PELAJARAN SAINS PERTANIAN NEGERI JOHOR 2008

Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Pontian (PPD) dan Jawatankuasa Daerah Sains Pertanian dan Matapelajaran Vokasional daerah Pontian (JKD SPMPV) telah berjaya menganjurkan Seminar Kecemerlangan Akademik Mata Pelajaran Sains Pertanian Negeri Johor 2008. Program tersebut diadakan pada hari Sabtu (9hb Ogos 2008) di dewan SMK Ayer Baloi Pontian bermula jam 8.30 pagi dan tamat jam 1.30 petang.
Program dimulakan dengan ucapan En. Sujak bin Maskan dari Unit Kurikulum JPNJ selaku wakil JPNJ. Pembentangan pertama dilakukan oleh En. Mohd Shariff bin Omar dan pembentangan kedua oleh En. Zulnaidi bin Abdullah, kedua-dua pembentang adalah Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor. Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 96% peserta menghadirkan diri dari semua sekolah dalam daerah Pontian.
Editor dan JKD merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan progran kecemerlangan ini terutama kepada JPNJ, PPD, Pengetua SMK Ayer Baloi, guru-guru dan semua peserta yang terlibat.

Wednesday, August 6, 2008

TANAMAN SECARA FERTIGASI DI SMK TELOK KERANG PONTIAN (Bahagian 1)

Persatuan Sains Pertanian dan Landskap, SMK Telok Kerang Pontian akan melaksanakan program menanam semula timun, kacang buncis, kacang bendi dan kacang panjang secara fertigasi. Tanaman tersebut merupakan tanaman musim ke-3 selepas mask melon dan tembikai wangi yang baru di tuai hasilnya beberapa minggu lalu. Projek fertigasi ini bermula pada penghujung tahun 2007 di bawah seliaan En. Hasan Kasmuri yang mendapat sokongan padu dari pengetua, para pentadbir, guru-guru, kakitangan dan pelajar. Projek Fertigasi di sini mempunyai 4 buah rumah lindungan dimana setiap satu mempunyai 62 buah polibeg yang dilengkapi dengan sistem pengairan yang dikawal secara automatik.
Projek ini adalah selaras dengan Sukatan Pelajaran Sains Pertanian tingkatan 5 di bawah topik Teknologi Dalam Pertanian.
Bersambung pada artikel akan datang.

Thursday, July 31, 2008

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE CAMERON HIGHLAND DAN LAMAN 2008


Persatuan Sains Pertanian dan Landskap SMK Telok Kerang telah berjaya mengadakan program lawatan sambil belajar ke Cameron Highland, Pahang dan Festival Taman dan Landskap Antarabangsa Malaysia 2008 (LAMAN08) di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur bermula 25 ~ 27hb Julai 2008. Program lawatan sambil belajar tersebut disertai oleh 40 orang pelajar dan 4 orang guru.

Di antara objektif program tersebut ialah mengenalpasti teknologi pertanian terkini dan memberi pengalaman sebenar aplikasi prinsip-prinsip landskap. Peserta program lawatan adalah terdiri daripada 25 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan yang kesemuanya ahli Persatuan Sains Pertanian dan Landskap.

Editor dan guru-guru terlibat mengucapkan terima kasih di atas segala kerjasama dan sokongan pelajar, pentadbir sekolah dan semua pihak yang membantu kejayaan program lawatan ini. Harapan kami agar kerjasama padu ini dapat diteruskan pada masa mendatang bagi memastikan pelajar dapat seberapa banyak pengetahuan dan pengalaman untuk masa depan mereka.

Tuesday, July 15, 2008

MAHA2008


Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agrotourism 2008 (MAHA2008) akan diadakan pada 11 hingga 23 hb Ogos 2008. Pameran yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu merupakan acara pameran pertanian terbesar pernah diadakan yang mempamerkan inovasi dan penyelesaian industri pertanian terkini. Semua sekolah yang menawarkan matapelajaran berkaitan pertanian dicadangkan melawat pameran tersebut.
SMK Telok Kerang, Pontian di bawah matapelajaran vokasional (MPV) Landskap Nurseri akan menyertai pertandingan membina terrarium peringkat kebangsaan dalam pameran pertanian terbesar itu.
Kami doakan semoga segalanya selamat dan mendapat kejayaan cemerlang.
Penerangan lanjut sila layari http://www.mahaexpo.com/

LAMAN 2008


Festival Taman dan Landskap Antarabangsa Malaysia 2008 (LAMAN2008) akan bermula pada 19hb Julai hingga 27hb Julai 2008 di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Semua sekolah yang menawarkan matapelajaran berkaitan pertanian, landskap dan tanaman hiasan dicadangkan melawat festival dwi tahunan tersebut.

Keterangan lanjut layari http://laman.com.my

Seminar Pendidikan Pertanian Negeri Johor 2008

BATU PAHAT: Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO) Batu Pahat telah mengadakan satu seminar bertajuk Seminar Pendidikan Pertanian Negeri Johor 2008 di IPTHO pada 12hb Julai 2008 (Sabtu). Kesemua guru yang mengajar matapelajaran Sains Pertanian seluruh Negeri Johor telah dijemput untuk menyertai seminar tersebut. Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pontian Teknologi dan Vokasional, En. Selamat bin Mon turut menghadiri seminar tersebut.
Dalam seminar tersebut 3 kertas kerja telah dibentangkan. Kertas kerja pertama bertajuk Isu Pertanian Masa Kini dibentangkan oleh En. Adnan bin Mat Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor. Kertas kerja kedua bertajuk Teknologi EM (Effective Microorganisme) dibentangkan oleh En. Shahrom bin Atan, Penolong Pegawai Pertanian Kanan Batu Pahat manakala kertas kerja ketiga bertajuk Teknologi Cacing dibentangkan oleh En. Mastor bin Siam, Penolong Pegawai Pertanian Kanan Batu Pahat.
Seminar bermula jam 8.00 pagi dan tamat sekitar 1.30 petang.

Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU buat semua insan mulia bergelar cikgu/teacher/sir/ustaz/ustazah dan sebagainya. Hari untuk muhasabah diri untuk manusia kerana Allah.

Terima Kasih, cikgu