Tuesday, July 15, 2008

Seminar Pendidikan Pertanian Negeri Johor 2008

BATU PAHAT: Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO) Batu Pahat telah mengadakan satu seminar bertajuk Seminar Pendidikan Pertanian Negeri Johor 2008 di IPTHO pada 12hb Julai 2008 (Sabtu). Kesemua guru yang mengajar matapelajaran Sains Pertanian seluruh Negeri Johor telah dijemput untuk menyertai seminar tersebut. Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pontian Teknologi dan Vokasional, En. Selamat bin Mon turut menghadiri seminar tersebut.
Dalam seminar tersebut 3 kertas kerja telah dibentangkan. Kertas kerja pertama bertajuk Isu Pertanian Masa Kini dibentangkan oleh En. Adnan bin Mat Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor. Kertas kerja kedua bertajuk Teknologi EM (Effective Microorganisme) dibentangkan oleh En. Shahrom bin Atan, Penolong Pegawai Pertanian Kanan Batu Pahat manakala kertas kerja ketiga bertajuk Teknologi Cacing dibentangkan oleh En. Mastor bin Siam, Penolong Pegawai Pertanian Kanan Batu Pahat.
Seminar bermula jam 8.00 pagi dan tamat sekitar 1.30 petang.

No comments: