Alhamdullilah, sempurna sudah Kursus Ternakan Puyuh Guru-Guru Sains Pertanian Negeri Johor. Kursus ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sesi kuliah dan lawatan ladang. 4 sesi kuliah dijalankan iaitu :
1. Pengenalan Industri Puyuh dan Kemudahan Perumahan oleh Pn Hjh Habibah binti Abdul Rahman (Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Nusajaya)
2. Pengurusan Puyuh Pedaging oleh Pn Hjh Habibah binti Abdul Rahman (Pegawai JPV Nusajaya)
3. Penyakit, Rawatan dan Pencegahan oleh Dr Lo Sheau Wui (Pegawai Perubatan Veterinar di Unit Komoditi Ternakan JPV Nusajaya)
4. Pengurusan Sisa Ladang dan Penggunaan Teknologi EM oleh Pn Suriah binti Purmin (Penolong Pegawai Perkhidmatan Veterinar di JPV Daerah Kluang)
5. Sesi perkongsian pegalaman bersama En. Fadli, usahawan ternakan puyuh berjaya dari Pontian.
Sesi lawatan ke ladang ternakan puyuh penelur di Pusat Latihan Teknologi Veterinar Kluang juga diadakan selama lebih 1 jam.
Ucapan terima kasih kepada semua yang membantu samada secara langsung atau tidak dalam menjayakan kursus ini. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada UTV Sektor Pengurusan Akademik JPNJ (En Noor Azam bin Mohd Yusuf), UTV PPD Pontian (Hj Abdul Wahid bin Mohd Yusof)JPV Daerah Pontian (En Zamari dan En. Zazali bin Othman), JPV Nusajaya, JPV Kluang da semua 36 peserta kursus iaitu guru Sains Pertanian dari seluruh negeri Johor. Kami juga memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang kurusus dijalankan.
Kami mengharapkan kursus ini mampu memberi pengetahuan dan kemahiran kepada semua guru sebagai persediaan pelaksanaan MPEI Pertanian pada 2017 nanti. Kursus ini diharapkan menjadi pencetus idea untuk kursus-kursus lain untuk guru Sains Pertanian negeri Johor di masa hadapan.
Johor Leads...Pontian Diamik.
Blog Jawatankuasa Kurikulum Daerah Sains Pertanian Daerah Pontian, Johor Darul Takzim.
Friday, September 30, 2016
Bahan Kursus Ternakan Puyuh Pedaging Guru-Guru Sains Pertanian Negeri Johor
Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada guru dan murid serta menjadi ibadah dan amal jariah berpanjangan kepada yang menyumbang ilmu.
Monday, September 26, 2016
Al-Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Anuar bin Md Isa
kira-kira jam 4.00 pagi 25 September 2016 bersamaan 24 Zulhijah 1437H
di Tanah Suci Mekah.
di Tanah Suci Mekah.
Laman web yang dibina dan dikendalikan oleh Allahyarham (http://gemilangpertanian.blogspot.com).
Friday, September 23, 2016
Kursus Ternakan Puyuh Pedaging Untuk Guru-Guru Sains Pertanian Negeri Johor
Insyaallah, kursus anjuran Unit Teknik dan Vokasional, Sektor Pengurusan Akademik dan Jawatankuasa Kurikulum Daerah (Mata Pelajaran Sains Pertanian), SMK Telok Kerang Pontian dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Verterinar Daerah Pontian akan menjalankan kursus di atas pada ketetapan berikut :
Tarikh :29hb September 2016 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pusat Latihan Teknologi Verterinar Kluang,
KM 13 Jalan Kluang 86100 Kluang Johor DT .
Semoga kursus tersebuat dapat dilaksanakan dengan selamat, lancar dan mencapai objektif yang disasarkan...Aminn
Bersama Memartabatkan Pertanian
Tarikh :29hb September 2016 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pusat Latihan Teknologi Verterinar Kluang,
KM 13 Jalan Kluang 86100 Kluang Johor DT .
Semoga kursus tersebuat dapat dilaksanakan dengan selamat, lancar dan mencapai objektif yang disasarkan...Aminn
Bersama Memartabatkan Pertanian
Wednesday, September 7, 2016
Koleksi Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2016
Senarai di bawah adalah koleksi soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2016 bagi matapelajaran Sains Pertanian Kertas 1 dan Kertas 2 berserta cadangan peraturan permarkahan. Sila klik pada "link" berkaitan untuk "Open", "View", "Print", "Share" atau "Download". Terima kasih kepada penyumbang soalan, semoga usaha tuan/puan dinilai sebagai amal baik dan dibalas dengan sebaik-baik balasan.
Selamat mengulangkaji.
Soalan Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 1 Selangor
Soalan Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 2 Selangor
Skema Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 1 Selangor
Skema Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 2 Selangor
Soalan Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 2 Selangor
Skema Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 1 Selangor
Skema Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 2 Selangor
Skema Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 1 Terengganu
Skema Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 2 Terengganu
Soalan Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 1 Johor
Skema Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 2 Terengganu
Soalan Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 1 Johor
Soalan Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 1 Kedah
Soalan Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 2 Kedah
Skema Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 1 Kedah
Skema Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 2 Kedah
Soalan Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 2 Kedah
Skema Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 1 Kedah
Skema Pep Percubaan SPM 2016 Kertas 2 Kedah
Selamat mengulangkaji.
Friday, August 26, 2016
Sebahagian Rujukan Untuk MPEI Pertanian
Disenaraikan beberapa bahan yang mungkin boleh membantu guru dan murid MPEI Pertanian.
Semoga bermanfaat.
Friday, August 19, 2016
Orientasi Penyebaran KSSM MPEI Pertanian Daerah Pontian 2016
Kursus Ternakan Puyuh Pedaging (insyaallah) akan diberi kepada semua guru daerah Pontian dan semua JU MPEI Pertanian Negeri Johor sebagai salah satu persediaan pelaksanaan MEPI Pertanian tahun hadapan. Perincian kursus akan dimaklumkan melalui telegram.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pelaksanaan orientasi KSSM ini terutamanya KEtua Unit UTV PPD Pontian, Tn. HJ. Abdul Wahid bin Mohd Yusof, JKDSP Pontian dan semua peserta orientasi. Semoga orientasi ini akan membantu pelaksanaan MPEI Pertanian 2017.
Pontian Dinamik .
Wednesday, August 17, 2016
Kursus Orientasi KSSM MPEI Pertanian Daerah
PPD Pontian akan melaksanakan kursus tersebut pada hari Khamis (18 Ogos 2016) di Bilik Mesyuarat SMK Telok Kerang bermula jam 8.00 pagi dan tamat 4.30 petang (Insyaallah).
Kesemua Jurulatih Utama dan Ketua Panitia MPEI Pertanian diwajibkan hadir. Untuk keretangan lanjut sila rujuk surat PPD Pontian bernombor rujukan JPA6008.UTV/600-3/7/1 Jld 49( ) yang bertarikh 11 Ogos 2016.
Harap maklum.
Kesemua Jurulatih Utama dan Ketua Panitia MPEI Pertanian diwajibkan hadir. Untuk keretangan lanjut sila rujuk surat PPD Pontian bernombor rujukan JPA6008.UTV/600-3/7/1 Jld 49( ) yang bertarikh 11 Ogos 2016.
Harap maklum.
Wednesday, July 27, 2016
Peperiksaan Percubaan SPM 2016
Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menyediakan Jadual Spesifikasi Item (JSI) untuk kegunaan guru-guru membina item bagi Peperiksaan Percubaan SPM. Peperiksaan itu akan dilaksanakan Ogos ini. JSI boleh dimuaturun di http://jpnjdata.net/ah/menu/ atau berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah masing-masing.
Selamat membina item dan selamat mengulangkaji.
Selamat membina item dan selamat mengulangkaji.
Monday, July 25, 2016
Bengkel Eko-Sistem Penghasilan dan Penggunaan Kompos bagi Pengurusan Ladang Secara Lestari
Peserta didedahkan tentang teknologi EM (Effective Microorganism) dalam penghasilan dan penggunaan kompos dalam pengurusan tanaman. Ilmu dan kemahiran ini amat bernilai kerana topik EM ini adalah sebahagian daripada standard kandungan yang terdapat dalam DSKP MPEI Pertanian yang akan diajar disekolah bermula 2017.
Terima Kasih.
Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian (Kertas 2) Daerah Pontian 2016
Perbengkelan dilaksanakan secara berkumpulan (baik, sederhana dan lemah) berdasarkan pencapaian murid dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016. Kumpulan 1 (pencapaian baik) dikelolakan oleh penceramah Tn. Hj. Aminuddin bin Abdul Rahman dari SMK Ayer Baloi, Pontian, Kumpulan 2 (pencapaian sederhana (dikelolakan oleh Tn. Hj. Mohd Shariff dari SMK Tun Sri Lanang, Muar dan kumpulan 3 (pencapaian rendah) dikelolakan oleh Tn, Hj. Minhad bin Kasmadi dari SMK Seri Aman, Kota Tinggi.
Semoga usaha ini akan dapat meningkatkan pencapaian Sains Pertanian dalam SPM 2016. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang menjayakan program ini.
Pontian Dinamik.
Thursday, June 23, 2016
Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian (Kertas 1) Daerah Pontian Tahun 2016
JKD merakamkan jutaan terima kasih kepada :
1. Ketiga-tiga penceramah jemputan iaitu En. Bukari bin Paiman (SMK Tun Ismail, Pt Raja Batu Pahat), En. Zulnaidi bin Abdullah (SMK Dato Mohd Hassan Yunos) dan Tn. Hj. Minhad bin Kasmadi (SMK Seri Aman, Kota Tinggi) yang telah berkongsi ilmu bersama murid dan guru-guru daerah Pontian.
2. T. Haji Wahifd bin Mohd Yusof, dari Unit Teknik dan Vokasional, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian atas kerjasama padu menyokong segala program yang dirancang JKD .
3. Tuan Pengetua, SMK Ayer Baloi kerana sudi menerima kehadiran kami dan menyediakan tempat serta segala kemudahan berkaitan sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
4. Semua guru pengiring dari semua sekolah terlibat iaitu SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman, SMK Sri Kukup, SMK Parit Betak, SMK Ayer Baloi dan SMK Telok Kerang.
5. Semua murid dari kelima-lima sekolah yang terlibat, semoga kalian dapat menimba sebanyak ilmu daripada penceramah untuk kegunaa semasa peperiksaan kelak.
Kami berharap usaha ini akan memberi impak besar kepada pencapaian Sains Pertanian dalam SPM 2016. Progran Kecemerlangan Sains Pertanian (Kertas 2) Tahun 2016 akan diadakan bulan Julai depan...Insyaallah.
Pontian Dinamik.
Friday, June 3, 2016
Thursday, June 2, 2016
Wednesday, June 1, 2016
Tuesday, May 31, 2016
Mata Pelajaran Elektif Menengah Atas KSSM
2. Mata Pelajaran Elektif Sastera dan Elektif Bahasa:
Masa diperuntukan untuk setiap mata pelajaran ialah 2 jam seminggu.
3. Mata Pelajaran Elektif Stem, Elektif Kemanusiaan dan Sasteras Ikhtiasas, Elektif Kesenian dan Elektif Pengajian Islam:
Masa yang diperuntukan untuk setiap mata pelajaran ialah 3 jam seminggu.
sumber : Orientasi Kurikulum Standard Sekolah Menengan (KSSM) Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI)
Monday, May 30, 2016
Penjenamaan Semula Mata Pelajaran
Sepuluh Mata Pelajaran Elektif Teknikal (MPET) Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) akan dijenamakan semula dengan isi kandungan yang dikemaskini bagi memenuhi perkembangan dan perubahan semasa.
Dokumen Stadard Kandungan dan Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran akan digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bermula pada tahun 2017 (tahun hadapan...6 bulan lagi)
Fakta penjenamaan semula berkaitan Sains Pertanian :
1. KBSM -> Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
2. MPET -> Mata Pelajarann Elekti Ikhtisas (MPEI)
3. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran -> Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran (DKSP)
4. Teknik Vokasional -> Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM)
5. Sains Pertanian -> Pertanian
5. Sains Pertanian -> Pertanian
6. Isikandungan mata pelajaran digubal semula.
Maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Thursday, May 26, 2016
Kursus Orientasi DSKP Mata Pelajaran Pertanian Tingkatan 4 KSSM
Kursus orientasi bagi mata pelajaran Pertanian tingkatan 4 telah disampaikan oleh En. Bukari bin Paiman dan Tn. Hj. Mohd Shariff bin Omar. Daerah Pontian telah diwakili oleh Tn. Hj. Aminudin bin Abdul Rahman dan En. Nordin bin Ehsan.
Saturday, April 23, 2016
Aktiviti Pemasaran : Tanaman Pisang DOLE
Pemasaran hasil
1. Mengumpul
Letak hasil yang dipungut di satu tempat tertentu sama ada ladang atau pusat pengumpulan kelompok
Kumpul di jalan utama ladang untuk memudahkan diangkut ke kilang atau pasaran
2. Memproses
Tujuan supaya hasil lebih menarik, tahan lama, harga tinggi, mengekalkan kesegaran atau menukar bentuk hasil
3. Menggred
Menentukan kumpulan hasil mengikut satu piawaian
Supaya hasil yang dipasarkan seragam dan mendapat harga tinggi
Contoh kategori
Hasil Kategori Gred
Telur Berat
Buah-buahan Bentuk, Varieti
Betik Klon
Durian Klon
Ayam Bahagian Anggota
4. Membungkus
Kumpul hasil yang telah digred dalam satu bekas
Tujuan pembungkusan - mengekalkan kesegaran, menarik perhatian pelanggan, untuk mendapat harga lebih tinggi, memelihara kualiti hasil dan memudahkan penghantaran
Contoh cara pembungkusan : kotak kayu (limau), botol (jus buah), plastik sayur)
Bekas pembungkusan – kotak, tin, botol, plastik dan pemvakuman
5. Mengiklan
Menyampai maklumat produk kepada pengguna
Mempengaruhi pengguna untuk membeli
Kaedah mengiklan - katalog, risalah, papan tanda, edar sampel, pameran , media elektronik dan media cetak
6. Menyimpan
Untuk mengekalkan kesegaran dan kualiti hasil
Hasil lambat busuk sebab kurang respirasi dan aktiviti metabolisme pada hasil
Contoh kaedah penyimpanan - sejuk beku > daging dan ikan, suhu rendah > sayur, kawalan kandungan gas > pisang, betik, mempelam
7. Menjual
Menyampaikan hasil kepada pengguna akhir
Menjual/memasar melalui ajen, pemborong, peruncit atau jualan terus kepada pengguna
Tuesday, April 19, 2016
Contoh Soalan KBAT Kertas 1 Sains Pertanian
SPM Kertas 1 tahun 2014 dan 2015. Ianya adalah hak cipta Lembaga Peperiksaan
KPM. Soalan-soalan ini ditulis semula dan dibina bagi
membantu guru-guru dalam membina soalan berbentuk KBAT.
Kami memohon maaf sekiranya ada sebarang kesilapan atau soalan yang
tidak mencapai tahap KBAT sebagaimana yang diharapkan. Buku tersebut boleh di lihat, muatturun dan sebagainya di Buku Contoh Soalan KBAT Kertas 2 Sains Pertanian.
Kami mendoakan semoga Cikgu Zailani sentiasa dalam lindungan Yang Esa dan sihat walafiat agar dapat menyumbang lebih banyak bahan yang membantu murid-murid dan guru Sains Pertanian seluruh negara..ameen.
Semoga bermanfaat.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































