Monday, September 26, 2016

Al-Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Anuar bin Md Isa

Cikgu Anuar telah kembali ke Rahmatullah 
kira-kira jam 4.00 pagi 25 September 2016 bersamaan 24 Zulhijah 1437H
di Tanah Suci Mekah.

Laman web yang dibina dan dikendalikan oleh Allahyarham (http://gemilangpertanian.blogspot.com).

Almarhum merupakan seorang guru yang sangat dedikasi, cemerlang dalam perkhidmatan dan sedia berkongsi ilmu dan kemahiran dengan sesiapa sahaja.  Almarhum banyak menyumbangkan bakti dalam memartabatkan mata pelajaran Sains Pertanian termasuk menggubal KSSM MPEI Pertanian, membina item, Jurulatih Kebangsaan untuk MPEI Pertanian dan sebagainya.  Sumbangan terakhir beliau untuk warga pendidik dan murid pertanian adalah Buku Teks MPEI Pertanian Tingkatan 4 yang akan kita gunakan tahun hadapan (2017)..insyaallah.  Semoga segala usaha dan sumbangan beliau akan dinilai Allah SWT sebagai ibadah dan amal jariah yang berpanjangan.  Sama-sama kita doakan semoga rohnya dihimpunkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.


Al-Fatihah..