VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”
Sumber : http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=3890
Blog Jawatankuasa Kurikulum Daerah Sains Pertanian Daerah Pontian, Johor Darul Takzim.
Tuesday, November 12, 2013
Saturday, November 9, 2013
Skim Gaji Bersepadu
Skim Gaji Bersepadu untuk Guru akan disiarkan pada 1.1.2014.
JPA telah memaklumkan perkara ini kepada KPPK.
Diharap bersabar.
Pn Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung KPPK
Tarikh Berita/News Date:
07/11/2013
sumber : http://www.nutp.org/new/ms/node/1307
Friday, November 8, 2013
10 Muharam
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".
Huraian Hadith:
Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari terseut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:
1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3. Dicipta Adam a.s.
4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
8. Selamatnya Musa dan pengikutnya.
9. Lemasnya Firaun.
10. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11. Diangkat Nabi Isa ke langit.
12. Diangkat Nabi Idris ke langit.
13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19. Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.
Sumber : http://www.islam.gov.my/e-hadith/sejarah-puasa-assyura
Monday, November 4, 2013
Selamat Tahun Baharu 1435 Hijrah
"Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah"
Semoga tahun 1435H lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...Amin
Saturday, November 2, 2013
SPPBS
"KPM mengambil maklum mengenai masalah akses ke SPPBS. Sehubungan dengan itu, kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik) serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) bagi tahun 2013 akan ditutup buat sementara bermula 30 November 2013 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014 bagi kemasukan prestasi tahun 2013 yang masih belum selesai."
Sumber rujuk http://sppbs.moe.gov.my/
Friday, October 25, 2013
Google : Si Enjin Carian (1)
Google search merupakan salah satu enjin carian yang paling popular atau kerap diguna untuk membuat sesuatu carian Enjin carian popular yang lain termasuk Bing, Yahoo, Ask, Aol, mywebsearch, Blekko, Lycos, Dogpile, WebCrawler dan sebagainya.
Pencarian maklumat yang lebih tepat akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa jika pengguna memahami serba sedikit tips mengguna enjin carian. Contoh :
1. Convert Unit : digunakan untuk menukar mata wang, RM ke tukaran asing dan unit metrik, atau mana-mana unit lain. Cara : taip unit yang dikenali dan unit yang tidak diketahui untuk mencari jawapan anda. Contoh : taip "10 dolar AS in RM" atau "69 meter in inch" atau "10kmh in mph" atau apa-apa sahaja unit yang berkaitan.
Pencarian maklumat yang lebih tepat akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa jika pengguna memahami serba sedikit tips mengguna enjin carian. Contoh :
1. Convert Unit : digunakan untuk menukar mata wang, RM ke tukaran asing dan unit metrik, atau mana-mana unit lain. Cara : taip unit yang dikenali dan unit yang tidak diketahui untuk mencari jawapan anda. Contoh : taip "10 dolar AS in RM" atau "69 meter in inch" atau "10kmh in mph" atau apa-apa sahaja unit yang berkaitan.
"10 dolar AS in RM"
"69 meter in inch"
Selamat mencuba.
Wednesday, October 16, 2013
Friday, October 11, 2013
Lawatan Belajar ke Stesyen MARDI Kluang
Lawatan belajar ke Stesyen MARDI Kluang iaitu aktiviti terakhir JKD Sains Pertanian dan MPV Daerah Pontian tahun 2013 telah dilaksanakan pada hari Khamis (10hb Oktober 2013) dengan jayanya. Lawatan belajar tesebut adalah kolaborasi dua buah sekolah iaitu SMK Sri Kukup dan SMK Telok Kerang dengan objektif yang jelas iaitu mengukuhkan kemahiran murid dalam aspek pembiakan tanaman dan ternakan.
Lawatan tersebut disertai 24 murid tingkatan 5 dari SMK Sri Kukup dan 16 murid tingkatan 4 dari SMK telok Kerang. Kemahiran murid dapat diperkukuhkan dengan melaksanakan sendiri amali pembiakan cantuman baji dan tut dengan bimbingan kakitangan mahir MARDI.Sesi lawatan ke Pusat Embrio Haiwan Negara (NAEC) Stesyen MARDI Kluang dan berpeluang menerima penerangan serta tunjukcara melakukan aktivit permanian beradas bermula dari pemilihan baka sehingga menyuntik semen. Murid juga diberi peluang melakukan sendiri aktiviti permanian beradas ke atas kambing dengan bantuan kakitangan MARDI. Ia sangat mengujakan peserta lawatan.
JKDSPMPV mengucapkan tahniah kepada guru penggerak lawatan belajar ini iaitu Pn. Sabariah binti Md Arif dan Pn. Hamimah binti Hamim (SMK Sri Kukup) dan En. Nordin bin Ehsan (SMK Telok Kerang) atas inisiatif mereka melaksanakan lawatan. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada semua pegawai dan kakitangan Stesyen MARDI Kluang atas sambutan dan kerjasama yang amat baik sepanjang lawatan.
Terima kasih.
Saturday, October 5, 2013
Bengkel SKOR A+ Sains Pertanian Daerah Pontian 2013
Lokasi : Tanjung Piai Resort, Pontian Johor Darul Takzim.
Sebahagian tempat penginapan : D402, D404 dan D406
Bengkel SKOR A+ Sains Pertanian Daerah Pontian tahun 2013 telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna seperti dirancang bermula jam 2.00 petang hari jumaat (4hb Oktober) dan tamat sekitar jam 1.00 petang hari Sabtu (5hb Oktober). Sepanjang tempoh tersebut, peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik, kaedah dan tips cara mendapat markah semaksima mungkin dalam peperiksaan kelak.
JKDSPMPV merakamkan ribuan terima kasih kepada :
1. 65 orang peserta dari seluruh daerah Pontian yang telah terpilih dan telah menunjukkan semangat, disiplin, sikap dan kerjasama yang amat baik.
2. Tuan Hj. Abdul Wahid bin Mohd Yusof (Unit Teknik dan Vokasional, PPD Pontian) atas kerjasama beliau dari proses perancangan sehingga pelaksanaan bengkel ini. Terima kasih kerana bersama kami dari pendaftaran peserta sehingga menutup majlis rasmi bengkel SKOR A+.
3. 2 orang penceramah (Guru Cemerlang Sains Pertanian) yang sudi datang dan berkongsi ilmu bersama kami. Beliau adalah En. Bukari bin Paiman (Kertas 1) dan En. Salem bin Amir (Keras 2).
4. Semua guru pengiring (juga sebagai fasilitator, pemandu, pegawai keselamatan, pegawai kebajikan, ibu dan bapa kepada peserta) dari sekolah menengah daerah Pontian iaitu Pn. Sabariah dan Pn. Hamimah (SMK Sri Kukup), Pn. Yanti, Pn. Norizah, En. Rahman (SMK DMYS), En. Shahir (SMK Pt Betak), En. Aminuddin (SMK Ayer Baloi) dan Pn. Syuhada (SMK Telok Kerang).
5. Semua pihak yang telah menjayakan bengkel SKOR A+ ini samada secara langsung atau tidak langsung...semoga kalian sentiasa dalam kerehdaan Illahi.
JKDSPMPV telah melakukan yang terbaik dalam kemampuan kami dan kami ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam bengkel tersebut. Kami sentiasa mendoakan semoga semua calon SPM akan dapat menjawab dengan tepat dan mendapat keputusan terbaik.
Terima Kasih.
Tuesday, October 1, 2013
Siapakah dia orang yang kaya?
Nabi saw. bersabda: “4 perkara jika kamu pelihara sebaiknya maka kamu adalah orang yang kaya walaupun banyak kemegahan dunia tidak kamu miliki iaitu memelihara amanah, berkata jujur, baik akhlak, dan dapat mengawal diri daripada makan terlalu lahap”. (HR Ahmad dan Tabrani)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Kaya itu bukanlah lantaran banyak harta, tetapi kaya adalah kaya jiwa (hati)." (HR Muslim)
Friday, September 27, 2013
Sunday, September 22, 2013
Friday, September 20, 2013
Thursday, September 19, 2013
Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian Daerah Pontian 2013
Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanaian Daerah Pontian telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna pada hari Khamis (19hb September 2013) bermula jam 9.00 pagi dan tamat sekitar 1.45 petang. Perbengkelan disertai oleh seramai 99 murid yang mendapat keputusan sederhana di dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan SPM 2013 dari sekolah-sekolah daerah Pontian.

Peserta dibahagiakan kepada dua kumpulan (53 dan 46 orang setiap kumpulan) dan pelaksanaannya memfokus kepada kaedah mudah mendapat markah dan mengelakkan kesilapan ketika menjawab. Penceramah terditi daripada En. Bukari bin Paiman dan En. Mohd Shariff bin Omar.
JKD merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua yang menjayakan perbengkelan ini terutamanya semua guru Sains Pertanian dan peserta perbengkelan. Semoga bengkel kecemerlangan ini akan dapat mempertingkatkan pencapaian Sains Pertanian dalam SPM yang akan dijalankan pada 4hb Disember 2013 ini.
JKD merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua yang menjayakan perbengkelan ini terutamanya semua guru Sains Pertanian dan peserta perbengkelan. Semoga bengkel kecemerlangan ini akan dapat mempertingkatkan pencapaian Sains Pertanian dalam SPM yang akan dijalankan pada 4hb Disember 2013 ini.
Wednesday, September 11, 2013
Bloom Taxonomy (New Version)
1. Remembering : can student recall or remember the information?
2. Understanding : can the student explain ideas or concept?
3. Applying : can student use the information in a new way?
4. Analyzing : can the student distinguish between the different parts?
5. Evaluating : can the student justify a stand or decision?
6. Creating : can the student create new product or point of view?
Friday, August 16, 2013
Storan Data Paling Besar?
- Bait (B) merujuk kepada unit data yang terdiri daripada 8 bit yang digunakan secara meluas oleh kebanyakan komputer peribadi. Bait mewakili aksara seperti huruf abjad, nombor dan simbol tipografi.
- Kilobait (KB) membawa maksud "1,000" berdasarkan SI (International System of Units). Bagaimanapun, dalam bidang komputer, ia membawa maksud 1,024. Oleh yang demikian, satu Kilobait adalah bersamaan 1,024 bait.
- Gigabait (GB atau Gbait) ialah unit maklumat atau storan komputer yang membawa pengertian 1000³ bait atau 1024³ bait (1000³ = satu bilion).
- Terabait (TB) ialah istilah ukuran untuk muatan storan data. Nilainya berdasarkan radiks perpuluhan (asas 10) dan ditakrifkan sebagai satu trilion (skala pendek) bait, atau 1000 gigabait.
- Petabait (PB) ialah unit maklumat atau storan komputer yang sama dengan satu kuadrilion bait.
- Eksabait (EB) ialah unit maklumat atau storan komputer yang sama dengan satu kuintilion bait.
- Zetabait (ZB) ialah unit maklumat atau storan komputer yang sama dengan satu sekstilion (satu triliard skala panjang) bait.
- Yottabait (YB) ialah unit maklumat atau storan komputer yang sama dengan satu septilion (satu kuadrilion skala panjang atau 1024) bait. Pada masa ini, tidak terdapat sebarang komputer yang mempunyai storan sebesar satu yottabait. Sebenarnya, ruang bagi semua komputer di dalam dunia masih belum mencapai satu yottabait apabila digabungkan.
Friday, July 26, 2013
Thursday, July 11, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)































