Friday, October 11, 2013

Lawatan Belajar ke Stesyen MARDI Kluang

Lawatan belajar ke Stesyen MARDI Kluang iaitu aktiviti terakhir JKD Sains Pertanian dan MPV Daerah Pontian tahun 2013 telah dilaksanakan pada hari Khamis (10hb Oktober 2013) dengan jayanya.  Lawatan belajar tesebut adalah kolaborasi dua buah sekolah iaitu SMK Sri Kukup dan SMK Telok Kerang dengan objektif yang jelas iaitu mengukuhkan kemahiran murid dalam aspek pembiakan tanaman dan ternakan.
Lawatan tersebut disertai 24 murid tingkatan 5 dari SMK Sri Kukup dan 16 murid tingkatan 4 dari SMK telok Kerang. Kemahiran murid dapat diperkukuhkan dengan melaksanakan sendiri amali pembiakan cantuman baji dan tut dengan bimbingan kakitangan mahir MARDI.
Sesi lawatan ke Pusat Embrio Haiwan Negara (NAEC) Stesyen MARDI Kluang dan berpeluang menerima penerangan serta tunjukcara melakukan aktivit permanian beradas bermula dari pemilihan baka sehingga menyuntik semen.  Murid juga diberi peluang melakukan sendiri aktiviti permanian beradas ke atas kambing dengan bantuan kakitangan MARDI.  Ia sangat mengujakan peserta lawatan.
JKDSPMPV mengucapkan tahniah kepada guru penggerak lawatan belajar ini iaitu Pn. Sabariah binti Md Arif dan Pn. Hamimah binti Hamim (SMK Sri Kukup) dan En. Nordin bin Ehsan (SMK Telok Kerang) atas inisiatif mereka melaksanakan lawatan.  Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada semua pegawai dan kakitangan Stesyen MARDI Kluang atas sambutan dan kerjasama yang amat baik sepanjang lawatan.
Terima kasih.

No comments: