Saturday, October 5, 2013

Bengkel SKOR A+ Sains Pertanian Daerah Pontian 2013

Lokasi : Tanjung Piai Resort, Pontian Johor Darul Takzim.

Sebahagian tempat penginapan : D402, D404 dan D406

Alhamdulilah..
Bengkel SKOR A+ Sains Pertanian Daerah Pontian tahun 2013 telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna seperti dirancang bermula jam 2.00 petang hari jumaat (4hb Oktober) dan tamat sekitar jam 1.00 petang hari Sabtu (5hb Oktober). Sepanjang tempoh tersebut, peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik, kaedah dan tips cara mendapat markah semaksima mungkin dalam peperiksaan kelak.
JKDSPMPV merakamkan ribuan terima kasih kepada :
1.  65 orang peserta dari seluruh daerah Pontian yang telah terpilih dan telah menunjukkan semangat, disiplin, sikap dan kerjasama yang amat baik.
2.  Tuan Hj. Abdul Wahid bin Mohd Yusof (Unit Teknik dan Vokasional, PPD Pontian) atas kerjasama beliau dari proses perancangan sehingga pelaksanaan bengkel ini. Terima kasih kerana bersama kami dari pendaftaran peserta sehingga menutup majlis rasmi bengkel SKOR A+.
3.  2 orang penceramah (Guru Cemerlang Sains Pertanian) yang sudi datang dan berkongsi ilmu bersama kami.  Beliau adalah En. Bukari bin Paiman (Kertas 1) dan En. Salem bin Amir (Keras 2).
4.  Semua guru pengiring (juga sebagai fasilitator, pemandu, pegawai keselamatan, pegawai kebajikan, ibu dan bapa kepada peserta) dari sekolah menengah daerah Pontian iaitu Pn. Sabariah dan Pn. Hamimah (SMK Sri Kukup), Pn. Yanti, Pn. Norizah, En. Rahman (SMK DMYS), En. Shahir (SMK Pt Betak), En. Aminuddin (SMK Ayer Baloi) dan Pn. Syuhada (SMK Telok Kerang).
5.  Semua pihak yang telah menjayakan bengkel SKOR A+ ini samada secara langsung atau tidak langsung...semoga kalian sentiasa dalam kerehdaan Illahi.
JKDSPMPV telah melakukan yang terbaik dalam kemampuan kami dan kami ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam bengkel tersebut.  Kami sentiasa mendoakan semoga semua calon SPM akan dapat menjawab dengan tepat dan mendapat keputusan terbaik.
Terima Kasih.

No comments: