Thursday, August 6, 2015

Kertas 2 Soalan 1 : Pilihan 1

Soalan : Terangkan tiga amalan membaiki tanah.
a. Pembajaan
Pembajaan adalah proses membekalkan nutrien kepada tanah untuk kegunaan pokok.
Kaedah membaja
1.  Tabur
Baja (jenis granul / butiran halus) di tabur sekata di permukaan tanah.
b.   Baja boleh dibiarkan begitu sahaja atau digaul bersama tanah
2.  Alur
a.   Baja pepejal diletak di dalam alur di sebelah sisi barisan pokok.
b.   Sesuai untuk tanaman yang mudah rosak jika terkena baja
3.  Poket
a.   Baja diletakkan di dalam lubang poket sedalam 10-15cm yang digali di hujung kanopi iaitu zon akar  aktif.
b.   Baja dikambue semula dengan tanah
4.  semburan daun
a.   Larutan baja (biasanya mikronutrien) disembur kebahagian tanaman

b. Pengapuran
Tujuan pengapuran
-  mengurangkan keasidan tanah
-  membekalkan nutrien tumbuhan
-  membaiki agregat tanah
Jenis bahan kapur
-  Batu kapur ( Kalsium karbonat)
-  Kapur mati ( Kalsium hidroksida)
-  Kapur tohor (Kalsium oksida )

c.  Pemugaran
Pemugaran ialah proses memecahkan dan melonggarkan keadaan tanah   yang padat  untuk tujuan penanaman.
Jenis pemugaran
-  Alat pemugaran primer    : bajak sepak, bajak piring, bajak pahat dan   bajak putar
-  Alat pemugaran sekunder : bajak sikat, penggembur, alat pembatas

No comments: