Blog Jawatankuasa Kurikulum Daerah Sains Pertanian Daerah Pontian, Johor Darul Takzim.
Saturday, December 24, 2011
Selamat Datang 2012
Semoga tahun 2012 akan memberi peluang kepada kita untuk:
1. memanfaatkan kehidupan dunia ini dengan sebaik-baiknya
2. mempersiapkan diri dengan bekal takwa sebagai sebaik-baiknya persiapan dan bekal.
3. memelihara dan menjaga diri dari perbuatan syirik, bid’ah, maksiat dan dosa.
4. meningkatkan dan menganjurkan bersedekah.
Kami berdoa semoga kita semua akan dianugerahkan umur, kesihatan dan rezeki yang berkat, anak dan keturunan serta keluarga yang menyejukkan mata dan hati, rakan yang mendorong kearah kebaikan dalam usaha mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Selamat tahun baru 2012.
Thursday, December 8, 2011
Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
Tuesday, December 6, 2011
Latihan Sains Pertanian Sebelum SPM 2011
1. http://uploadmb.com/dw.php?id=1323353844&/Latihan Terakhir Sebelum SPM 2011_F5.doc
2. http://uploadmb.com/dw.php?id=1323354210&/Latihan Terakhir Sebelum SPM 2011_F4.doc
Sila jawab dengan jujur dan semak jawapan dengan merujuk nota atau buku rujukan anda.
Selamat menjawab dan semoga latihan ini dapat membantu anda menjawab soalan SPM sebenar.
Saturday, November 26, 2011
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433
Wednesday, November 16, 2011
RM100 bantuan: Pelajar atau ibu bapa boleh membuat tuntutan dari sekolah-sekolah
Pada masa yang sama, orang-orang yang tidak mahu bantuan persekolahan perlu memaklumkan kepada sekolah supaya ia boleh dikembalikan kepada kerajaan, katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum Kebangsaan Pendidikan Khas di sini.
Dalam Bajet 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan bahawa semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara akan menerima bantuan persekolahan berjumlah RM100 setiap satu.
Dana akan menelan kos kerajaan RM550 juta dan akan dibayar kepada akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) sekolah-sekolah, yang kemudiannya akan membayar amaun kepada pelajar-pelajar atau ibu bapa mereka.
Abd Ghafar berkata, sekolah-sekolah perlu mengagihkan bantuan RM100 untuk membantu meringankan beban ibu bapa, yang boleh menggunakan wang itu untuk membeli keperluan sekolah untuk anak-anak mereka seperti pakaian seragam dan beg sekolah.
"Itulah sebabnya mengapa kerajaan mahu mengagihkan bantuan persekolahan menjelang Disember dan sebelum cuti sekolah," katanya.
sumber : http://www.nst.com.my/top-news/rm100-aid-students-or-parents-can-claim-from-schools-1.6678
Monday, November 14, 2011
Selamat Menghadapi SPM 2011
JKDSPMPV mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan penting ini dengan tenang dan kami sentiasa menyokong calon dengan doa semoga anda dapat menjawab dengan tepat dan mendapat keputusan yang cemerlang. JKD juga mengucapkan selamat bertugas kepada guru yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan.
Selamat menghadapi SPM 2011.
Monday, October 24, 2011
Tahniah, Terima Kasih dan Semoga Terus berjaya
En. Sujak bin Maskan, sebelum ini bertugas sebagai Ketua Unit Teknik Vokasional, JPNJ telah dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Unit Sains dan Matematik, JPNJ. Beliau mengumumkan perkara ini ketika mesyuarat Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor di JPNJ pada 14hb Oktober 2011 yang lalu. Tempat beliau diisi oleh En. Isa bin Ahmad.
En. Selamat bin Hj Mon, sebelum ini bertugas di Unit Teknik dan Vokasional PPD Pontian telah dinaikkan pangkat kepada Guru Penolong Kanan 1, SMK Benut. Tempat beliau telah diisi oleh En. Wahid.
JKDSPMPV Daerah Pontian mengucapkan ribuan terima kasih atas segala usaha dan sokongan kedua-dua individu penting dalam bidang teknik dan vokasional ini dalam meningkatkan prestasi matapelajaran dalam bidang tersebut. Kami juga memohon maaf atas segala kesipan yang kami lakukan selama ini. Kami mendoakan semoga mereka dikurniakan umur, kesihatan, rezeki terbaik dan mencapai lebih banyak kejayaan selepas ini.
Tahniah dan terima kasih.
Saturday, October 1, 2011
Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2011
Harap maklum
Friday, August 26, 2011
Panduan Menyambut Hari Raya Aidil Fitri
(1) Bertakbir (2) Mengucapkan Selamat Hari Raya satu sama lain (3) Meneruskan Qiamullail (4) Mandi sunat pada pagi Hari Raya (5) Makan sebelum Solat Sunat Aidilfitri (6) Memakai pakaian yang indah / baru (7) Berjalan kaki menuju ke tempat Solat Sunat Aidilfitri (8) Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari Solat Sunat Aidilfitri (9) Mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri (10) Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri (11) Melaksanakan pusasa sunat Enam hari di bulan Syawal. Semoga kita diberi kekuatan untuk dapat sama-sama melakukan perkara di atas.
Tuesday, August 23, 2011
Surat Pindaan Jadual Percubaan SPM 2011 Negeri Johor
Wednesday, August 17, 2011
Monday, August 15, 2011
Peperiksaan Percubaan SPM 2011
Tuesday, August 9, 2011
Renungan Ramadhan 2
Di antara kelebihan membaca Al-Quran, pertama ibadah utama dari segi bacaan. Kedua pahala membaca saru ayat Al-Quran digandakan 400 kali ganda (menurut ibnu Majah) dan digandakan 700 kali ganda (menurut ibn Jauzi). Ketiga balasan satu huruf yang di baca ialah sati bidadari syurga juga dikatakan balasan satu pokok di syurga. Keempat menurut ibn abbas, pembaca Al-Quran adalah seorang hartawan dan pahala membacanya tidak akan putus. Kelima selamat dari api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat. Keenam pada hari Kiamat, Al-Quran akan menjadi pembela. Ketujuh pembaca Al-Quran akan mendapat keamanan di dunia dan kemuliaan di akhirat. Kelapan membaca sebelum tidur akan mendapat jagaan malaikat. Kesembilan pembaca akan dimasukkan di dalam golongan sidiqqin, suhada dan solihin. Kesepuluh menjadi cahaya di bumi dan sebutan malaikat di langit. Kesebelas jika di baca di rumah, ia akan memberi cahaya kepada rumah itu. Keduabelas ...Sumber : buku Indahnya Hidup Bersyariat
Saturday, August 6, 2011
Renungan Ramadhan 1
1. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "3 bentuk doa yang dimustajabkan Allah : doa ibu bapa terhadap anaknya, doa orang yang berpuasa, dan doa orang yang musafir" (Riwayat al-Baihaqi)
2. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " 4 jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredhaan Allah" (Riwayat al-Baihaqi)
Selamat Beramal.
Wednesday, August 3, 2011
Mesyuarat JU Sains Pertanian Negeri Johor Tahun 2011
Friday, July 29, 2011
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Umat islam di seluruh dunia akan menyambut penguhulu segala bulan iaitu Ramadhan beberapa hari lagi. Justeru, berikut beberapa tips kesempurnaan puasa yang boleh dikongsi bersama. Pertama, menahan mata dari memandang perkara yang dicela sebaliknya lebihkan memandang l-Quran. Kedua, menjaga lisan dari berkata buruk sebaliknya lebihkan berzikir. Ketiga, menahan pendengaran daripada perkara haram sebaliknya lebihkan mendengar kebaikan. Keempat, menahan anggota badan seperti kaki, tangan dan perut dari pelbagai dosa sebaliknya tumpukan anggota tersebut kepada perkara kebaikan. Kelima, tidak terlalu banyak makan ketika berbuka sebaliknya berbuka sekadar makan biasa. Keenam, mengurangkan tidur dan lebihkan amalan sunat. Ketujuh, merasa cemas dan harap iaitu hati sentiasa bimbang jika amalan puasanya tidak diterima dan berharap supaya amalan diterima Allah SWT.Sunday, July 17, 2011
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
Semua guru (sekolah rendah dan menengah) akan mula menggunakan perisian baru bagi tujuan peperiksaan iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Untuk mendapatkan ID serta keterangan lanjut sila berurusan dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah masing-masing dan layari sesawang http://saps.moe.gov.my/ .Selama bertugas.
Friday, July 8, 2011
Program Pengesanan dan Peperiksaan Pusat Secara Bersepadu Bersama JPN/PPD Bagi Mata Pelajaran MPV
Unit Vokasional, Sektor Pembinaan Ujian Teknikal dan Vokasional, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dengan kerjasama JPNJ akan menganjurkan program di atas pada 12hb Julai 2011 (hari Selasa) di SMK Permata Jaya Batu Pahat, Johor bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Tujuan program tersebut ialah memastikan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap skor Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan penjaminan kualiti. Guru-guru yang terlibat perlu hadir dan membawa semua fail dan dokumen lengkap yang dikehendaki bagi tujuan tersebut.Harap maklum.
Wednesday, June 29, 2011
Pemansuhan MPV
Bermula tahun 2012, Matapelajaran Vokasional (MPV) akan dimansuhkan di sekolah menengah harian secara berperingkat. Perkara tersebut telah disahkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd Fuad Zarkashi. Menurut beliau, langkah berkenaan dibuat sejajar dengan transformasi pengajisan teknik dan vokasional seperti ditetapkan kerajaan baru-baru ini. "Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional melalaui Program Asas Vokasional (PAV)". Program PAV ini hanya dikhususkan kepada pelajar tingkatan 1 sehingga ke tingkatan 3 dan mereka turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat pembelajaran. Mereka yang berminat boleh melanjutkan pembelajaran di Kolej Vokasional selepas itu.Thursday, June 23, 2011
Salam Takziah
JKDSPMPV Daerah Pontian ingin merakamkan ucapan Takziah kepada warga pendidik SMK Pt Betak atas pulangnya ke Rahmatullah Cikgu Hj Ibrahim bin Sumadi (Guru Senior Sains Pertanian) pada hari Sabtu, 18hb Jun 2011.Beliau adalah seorang guru Sains Pertanian yang dedikasi, tekun dan amat mudah berkerja bersama beliau. Kepada ahli keluarga Allahyarham Cikgu Ibrahim bin Sumadi, kami mengucapkan takziah dan semoga bersabar atas ujian Allah SWT ini.
Kami mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan dikumpulkan bersama orang-orang soleh...Alfatihah
Lawatan Ke Stesen MARDI Kluang
Program bermula dengan taklimat oleh Dr Jasmi berkaitan sejarah, latarbelakang dan aktiviti yang dijalankan di Stesen MARDI Kluang. Lawatan bermula dengan lawatan ke Taman Herba dan diakhiri dengan lawatan ke bahagian ternakan kambing. Penerangan dan sesi soal-jawab bersama En. Mohamad dan En. Azizan amat bermakna kepada guru dan pelajar yang terlibat.
Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program lawatan terutama pihak Stesen MARDI Kluang, Tuan Pengetua dan Pentadbir SMK Telok Kerang, guru pengiring Cik Nurul Shuhada dan semua pelajar yang terlibat.
Wednesday, May 18, 2011
Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011
JKDSPMPV mengucapkan selamat menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 kepada semua pelajar khususnya kepada pelajar tingkatan empat dan lima yang mengambil matapelajaran Sains Pertanian dan MPV. Sunday, May 8, 2011
Selamat Hari Ibu
JKDSPMPV mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua para ibu. Tanpa ibu, tidak mungkin kita akan ada di sini. Kami mendoakan semoga semua ibu-ibu sentiasa dirahmati Allah SWT sepanjang masa.Buat ibu, kami mengharapkan doamu agar perjalanan hidup kami (dunia dan akhirat) sentiasa dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.
Buat guru-guru yang juga bergelar ibu, JKD mengucapkan Selamat Hari Ibu dan percayalah, anak-anak (pelajar) sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian.
Sekian. Selamat Hari Ibu.
Friday, April 15, 2011
Bengkel Profesionalisme Guru : Pembinaan JSU dan Item Soalan Peperiksaan Sains Pertanian
Monday, January 17, 2011
Mesyuarat JKD Sains Pertanian dan MPV Kali Pertama 2011 (01/2011)
Mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Daerah Sains Pertanian dan Matapelajaran Vokasional (JKDSPMPV) Daerah Pontian akan diadakan seperti ketetapan di bawah : Tuesday, January 4, 2011
Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali Ke Sekolah
JKD mengucapkan selamat menyambut tahun baharu 2011 kepada semua pelajar dan rakan warga pendidik daerah Pontian terutamanya guru dan pelajar Sains Pertanian dan MPV. Semoga tahun ini kan memberikan lebih kejayaan yang bermakna kepada kita semua.Sesi persekolahan 2011 bermula pada hari Isnin (3hb Januari 2011), begitu juga dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Kami doakan semua rakan guru dan para pelajar dikurniakan umur dan kesihatan terbaik, kekuatan dan kesabaran untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan cemerlang dan ikhlas.
Mesyuarat JKD 01/2011 akan diadakan beberapa minggu lagi bagi merancang program tahunan dan perbincangan aktiviti peningkatan pencapaian akademik.








