Thursday, June 23, 2011

Lawatan Ke Stesen MARDI Kluang

Selasa, 21hb Jun 2011. Seramai 38 pelajar tingkatan 4 dan 5 Teknologi telah mengikuti program lawatan ke Stesen MARDI Kluang. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan selamat bermula dari masa bertolak kira-kira jam 8.00 pagi sehingga tiba semula ke sekolah jam 5.30 petang.
Program bermula dengan taklimat oleh Dr Jasmi berkaitan sejarah, latarbelakang dan aktiviti yang dijalankan di Stesen MARDI Kluang. Lawatan bermula dengan lawatan ke Taman Herba dan diakhiri dengan lawatan ke bahagian ternakan kambing. Penerangan dan sesi soal-jawab bersama En. Mohamad dan En. Azizan amat bermakna kepada guru dan pelajar yang terlibat.
Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program lawatan terutama pihak Stesen MARDI Kluang, Tuan Pengetua dan Pentadbir SMK Telok Kerang, guru pengiring Cik Nurul Shuhada dan semua pelajar yang terlibat.

No comments: