Hasil mesyuarat diantara Unit Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Unit Teknik dan Vokasional Pejabat Pelajaran Daerah-Daerah pada 5hb Mei yang lalu, telah memutuskan untuk mengadakan kolokium tersebut pada 1hb Ogos 2015. Mohon kerjasama semua sekolah yang menyertai kolokium tersebut dapat membuat persiapan yang sepatutnya.
Harap maklum.
Blog Jawatankuasa Kurikulum Daerah Sains Pertanian Daerah Pontian, Johor Darul Takzim.
Thursday, May 14, 2015
Sunday, May 10, 2015
Al-fatihah...
Untuk Allahyarhamah Adik Ameen Nazifa binti Mohd Loodfi, yang telah kembali menemui Penciptanya pada malam Ahad 10hb Mei 2015 bersamaan 21 Rejab 1436H. Semoga roh adik Ameen dikumpulkan bersama-sama orang yang soleh...amin.
Friday, April 24, 2015
Adik Ameen Nazifa binti Mohd Loodfi
Adik Ameen Nazifa binti Mohd Loodfi adalah murid tingkatan 1, SMK Telok Kerang Pontian. Beliau telah menjalani pembedahan pada Khamis malam (23hb April 2015) di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan, sila hubungi terus talian di atas.
Sama-sama kita berdoa semoga adik Ameen Nazifa akan segera sembuh dan kembali ceria bersekolah seperti sediakala.
Thursday, April 23, 2015
Thursday, March 26, 2015
Lawatan Belajar ke Stesen MARDI Kluang
Pada 11hb Mac 2015 (Rabu), seramai 38 murid tingkatan 4 dan 5 berserta dua orang guru SMK Telok Kerang telah mengadakan lawatan belajar ke Stesen MARDI Kluang. Acara yang menjadi aktiviti tahunan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Peserta dan guru telah diberi penerangan dan tunjukcara malah mencuba sendiri membiakkan tanaman menggunakan kaedah aseks iaitu pembiakan tut dan cantuman matatunas.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan lawatan ini, terutama kepada Pengarah dan para Pegawai Stesen MARDI Kluang. Jasa kalian tetap kami kenang.
Terima kasih.
Terima kasih.
Friday, March 20, 2015
Semakan Kenaikan Pangkat Online
Rakan-rakan guru boleh membuat semakan urusan kenaikan pangkat secara atas talian di url berikut http://apps9.moe.gov.my/naikpangkat/
http://apps9.moe.gov.my/naikpangkat/
Tuesday, March 10, 2015
Taklimat Kolokium Sains Pertanian Johor 2015 (02/2015 Daerah Pontian)
Taklimat Kolokium Sains Pertanian Johor 2015 kali ke-2 telah sempurna dilaksanakan pada 9hb Mac 2015 (Isnin) jam 2.10 hingga 5.00 petang. Taklimat yang diadakan di Bilik Audio, SMK Telok Kerang itu dipengerusikan oleh Tn. Hj. Abdul Wahid bin Mohd Yusof (PPPD Teknik dan Vokasional PPD Pontian.
Taklimat tersebut juga menyelaras aktiviti kolokium setiap sekolah termasuk perkembangan projek tanaman, masalah yang dihadapi dan cadangan mengatasi. Taklimat kali ke-3 akan dimaklumkan kelak setelah berbincang dengan pihak berkaitan.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan taklimat ini.
Taklimat tersebut juga menyelaras aktiviti kolokium setiap sekolah termasuk perkembangan projek tanaman, masalah yang dihadapi dan cadangan mengatasi. Taklimat kali ke-3 akan dimaklumkan kelak setelah berbincang dengan pihak berkaitan.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan taklimat ini.
Monday, March 2, 2015
Tuesday, February 24, 2015
Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)
Muaturun Buku Pelan PP dan Slaid powerpoint PPB di http://apps8.moe.gov.my/abpg/bpg/PPPB/
Selamat menyiapkan PPPB.
Thursday, February 19, 2015
Kolokium Sains Pertanian Negeri Johor 2015
JKDSPMPV telah bermesyuarat pada hari Ahad 15hb Februari yang lalu dan mesyuarat ke-2 akan diadakan pada hari Ahad 8hb Mac 2015 untuk memastikan perancangan yang telah dibuat dilaksanakan dan cuba membantu menyelesaikan masalah yang timbul. Makumat berkaitan syarat-syarat pertandingan, instrumen penjurian pertandingan dam sebagainya telah diedar kepada JKD setiap daerah.
Selamat bertanding.
Iskandar Malaysia Sustainable & Low Carbon Schools Exhibition 2015
JKD merakamkan ucapan tahniah kepada murid dan guru yang telah mendapat Anugerah Emas dan beberapa anugerah lain dalam Iskandar Malaysia Sustainable & Low Carbon Schools Exhibition 2015 yang telah diadakan di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi MAlaysia (UTM) Skudai Johor pada 7hb Februari lepas.
Sekolah yang telah memenangi Anugerah Emas IMSLCSE2015 adalah SMK Telok Kerang dan SMK Sri Kukup. Semoga dengan anugerah-anugerah ini akan meningkatkan lagi usaha melestarikan sekolah masig-masing.
Sekali lagi terima kasih dan tahniah.
Tuesday, December 2, 2014
Selamat Menjawab Kertas Sains Pertanian 1 dan 2
Kami JKDSPMPV Daerah Pontian mendoakan semoga semua calon dapat menjawab soalan kertas 1 dan 2 Sains Pertanian dengan tenang dan mendapat kecemerlangan.
Setelah segala usaha dan ikhtiar telah anda dan guru-guru lakukan, kini tibalah usaha terakhir iaitu doa dan tawakal kepada Allah SWT. Semoga dikurniakan yang terbaik untuk anda semua.
Amin
Monday, December 1, 2014
Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 5 atau 6 (Bil 6)
Amali Pemasangan Sistem Pengairan
Alatan : penebuk lubang batang paip dan pemotong paip
Bahan : paip pelbagai saiz dan penapis air
Langkah Eksperimen :
Langkah Keselamata :
1.Periksa setiap sambungan dan
pastikan tiada kebocoran.
2.Ketatkan sambungan yang bocor,
pasang hos klip jika perlu.
3.Pastikan tiada berlaku sumbatan
pada kepala percikan dan titisan.
4.Kepala percikan yang tersumbat
hendaklah ditanggalkan dan dibersihkan dengan mencucuk
jarum peniti pada lubang percikan.
5.Titisan yang tersumbat hendaklah
ditanggalkan dan dibersihkan menggunakan berus.
6.Penapis hendaklah dibuka dan
dibersihkan setiap tidak lebih daripada 12 jam.
7.Gunakan berus untuk membersihkan
penapis.
Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 5 atau 6 (Bil 5)
Amali hidroponik Takung :
Alatan : pH meter, EC meter
Bahan : Larutan baja A dan B, air
Langkah eksperimen :
Langkah Keselamatan:
1.Masukkan Larutan baja A dan Larutan Baja B berasingan
2.Bebenang @
kapas sentiasa lembap
3.Kandungan nutrien cukup EC 12-15
4.Ada ruang udara antara larutan baja dan polistirena
5.Bebenang @ kapas padat
Terima kasih kepada Cikgu Zailani (sainspertaniansmkbl.com)atas sumbangan slide.
Sunday, November 30, 2014
Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 5 atau 6 (Bil 4)
Eksperimen menentukan pH menggunakan pH meter
Alatan : pH meter, rod kaca
Bahan : sampel tanah, air suling
Pastikan elektrod meter pH dibersihkan sebelum dan selepas digunakan
Saturday, November 29, 2014
Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 5 atau 6 (Bil 3)
Eksperimen kemasakan buah menggunakan Kalsium Karbida
Alatan : spatula dan bekas menyimpan pisang (bertutup)
Bahan : pisang, kalsium karbida
Langkah-langkah eksperimen
Subscribe to:
Posts (Atom)

























































