Thursday, March 26, 2015

Lawatan Belajar ke Stesen MARDI Kluang

Pada 11hb Mac 2015 (Rabu), seramai 38 murid tingkatan 4 dan 5 berserta dua orang guru SMK Telok Kerang telah mengadakan lawatan belajar ke Stesen MARDI Kluang.  Acara yang menjadi aktiviti tahunan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.  Peserta dan guru telah diberi penerangan dan tunjukcara malah mencuba sendiri membiakkan tanaman menggunakan kaedah aseks iaitu pembiakan tut dan cantuman matatunas.



Terima kasih kepada semua yang menjayakan lawatan ini, terutama kepada Pengarah dan para Pegawai Stesen MARDI Kluang.  Jasa kalian tetap kami kenang.
Terima kasih.

No comments: