Merujuk kepada surat PPD Pontian bernumbor rujukan JPA6008.UTV/10/2/7 ( ) bertarikh 23hb April 2012, Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah Mata Pelajaran Sains Pertanian dan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Daerah Pontian akan diadakan seperti ketetapan di bawah :
Tarikh : 30hb April 2012 (Isnin)
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Telok Kerang, Pontian
Masa : 2.00 - 4.30 petang
Kerjasama tuan / puan adalah sangat dihargai.
Harap maklum
Blog Jawatankuasa Kurikulum Daerah Sains Pertanian Daerah Pontian, Johor Darul Takzim.
Friday, April 27, 2012
Monday, April 2, 2012
Keputusan SPM 2011
Keputusan SPM telah diumumkan. Sudah menjadi lumrah, ada bergembira dan berduka. Kami mengucapkan tahniah kepada calon yang berjaya dan jangan leka dengan kejayaan tersebut sehingga lipa akan Allah yang menganugerahkan segalanya. Banyakkan bersyukur dan istiqamah dalam ibadah bagi memastikan kejayaan tersebut adalah kejayaan yang berkat bukan kejayaan yang sementara yang membawa kita jauh dari Allah.
Kepada calon yang kurang berjaya, jangan putus asa. Banyak bukti di luar sana yang menunjukkan berapa ramai orang yang hidup sangat bahagia walaupun keputusan SPM mereka tidak sebagus mana.
Kepada guru / ibubapa, berjaya atau gagalnya anak didik / anak kita bukan bergantung kepada keputusan SPM mereka sebaliknya sejauh mana mereka mampu menjadi anak yang soleh yang boleh mendoakan kita setelah ketiadaan kita nanti.
Selamat berjuang untuk SPM 2012
Tingkatkan usaha dan doa, semoga lebih baik dari SPM 2011.
Tuesday, March 13, 2012
Kenapa babi haram?
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Baqarah:173)
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Maaidah:3)
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Nahl:115)
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-An'aam:145)

Tuesday, March 6, 2012
Hadith Sahih Bukhari Jilid 3 (No. 1138 - 1139) : Pertanian
1138. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang mempunyai tanah, hendaklah tanah itu ditanaminya, atau berikan kepada saudaranya. Seandainya ia tidak suka memberikannya kepada orang lain, maka hendaklah tanah itu tetap dimilikinya."
1139. Dari Abu Hurairah r.a., pada suatu kali Rasulullah saw. bercerita, di mana ikut mendengar seorang Badwi: "Ada seorang laki-laki yang telah masuk syurga memohon kepada Tuhan untuk bercocok-tanam. Tuhan berkata: "Bukankah engkau telah mencapai apa yang engkau kehendaki?" Orang itu berkata: Benar! Tetapi saya ingin sekali bercocok-tanam. Lalu orang itu pun menabur benih. Dalam sekejap mata benih itu tumbuh menjadi besar dan berbuah. Buahnya besar sekali seperti gunung. Tuhan berfirman:"Hai Anak Adam! Ambillah! Engkau tidak akan merasa puas dengan apa pun. "Lalu orang Badwi itu berkata: Orang itu sudah pasti orang Quraisy atau orang Ansar. Kami tidak pandai bercocok-tanam. Mendengar itu Nabi saw. tertawa.
Sumber: http://www.bankislam.net/Hadis_Sahih_Bukhari/Pertanian/#ixzz1oISCoypQ

Thursday, February 23, 2012
Sistem Pencernaan Ternakan Ruminan
"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya. "
( Al-Nahl : 67)
Friday, February 17, 2012
Kelebihan Hari Jumaat
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)
Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).
Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi. Al-Albani mengatakan hadis ini hasan dalam Ahkam Janaiz).

Friday, February 10, 2012
Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day) (Johor)
Tarikh Keputusan: 27 Dec, 2005
Huraian Tajuk/Isu: Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day)
PENGENALAN
Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.
Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.
” Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku dikalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.
Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.
KEPUTUSAN FATWA
Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :
Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :
” Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”
والله أعلم بالصواب
Keterangan/Hujah:

- Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
- Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
- Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.
- Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.
- Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
- Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
- Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.
- Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.
Tuesday, February 7, 2012
Hadith Sahih Bukhari Jilid 3 (No. 1126 - 1131) : Pertanian
1126. Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah saw. Bersabda: "Seorang Muslim yang menanam pohon atau tanaman-tanaman, lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala.
1127. Dari Abu Umamah Al-Bahili r.a., ia melihat bajak dan alat pertanian lain, lalu berkata: Saya dengar Nabi saw. Bersabda: "Allah mendatangkan kehinaan kepada orang-orang yang menyimpan benda-benda ini dalam rumah."
1128. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. Bersabda: "Siapa yang memelihara anjing, selain anjing penjaga perkebunan atau penjaga ternak, maka pahala amal orang itu berkurang setiap harinya satu qirath." Dalam sebuah riwayat lain: "selain anjing penjaga kambing, perkebunan atau untuk berburu."
1129. Dari Ibnu 'Abbas r.a., Nabi saw. bersabda: "Lebih baik kamu memberikan tanah kepada saudara mu, daripada mengambil sewa yang ditentukan jumlahnya."
1130. Dari Sufyan bin Abu Zuhair r.a., katanya: Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang memelihara anjing, bukan untuk penjaga tanaman dan bukan pula untuk penjaga binatang ternak, maka amal orang itu setiap harinya berkurang, satu qirath." Lalu ada yang bertanya: Apakah engkau mendengar hal ini dari Rasulullah s.a.w.? Ia menjawab: Benar! Demi Tuhan masjid ini!
1131. Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Ketika seorang laki-laki mengenderai lembu, maka lembu itu melengong kepadanya sambil berkata: Saya diciptakan bukan untuk ini (dikenderai), saya diciptakan hanya untuk mengerjakan sawah ladang." Ia berkata: Saya percaya dengan ucapan itu. Demikian juga Abu Bakar dan Umar. "Seekor serigala menangkap kambing, lalu diburu oleh pengembala. Serigala itu berkata: Siapakah yang akan menguasainya pada hari berkuasanya binatang buas! Pada hari itu tiada penggembalanya selain dari aku." Dia Berkata: Saya percaya. Juga Abu Bakar dan Umar.
Sumber: http://www.bankislam.net/Hadis_Sahih_Bukhari/Pertanian/#ixzz1lel107P5

Sunday, February 5, 2012
Selamat Menyambut Maulidurasul s.a.w.
Nabi bersabda, "Tidaklah dianggap beriman di kalangan kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya." (HR Bukhari)
Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah mendengar seseorang yang berdoa, tetapi dia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulakan dengan mengucapkan puji-pujian kepada Allah, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi s.a.w. seterusnya bolehlah dia berdoa dengan apa yang dikehendakinya. (HR Abu Dawud dan Termidzi)
Nabi saw. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Baihaqi)
Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)
Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)
Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan.)
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu. (al-Ahzab:56)
Saturday, January 28, 2012
Bidang Keberhasilan Utama PPD Pontian Tahun 2012-2015
- Mempunyai barisan pemimpin pengurusan pendidikan yang berintegriti
- Mempuyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran dan sahsiah
- Melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhi keperluan global
- Mencapai prestasi cemerlang dalam pentaksiran dan penilaian
- Mempunyai kemudahan pendidikan berkualiti.
- Mempunyai sistem pengurusan yang cekap, berkesan dan berinovasi.
SBPA : CUEPACS tetap 5 perkara
PULAU PINANG 27 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak lima perkara diberikan perhatian utama oleh pasukan petugas khas bagi mengkaji semula pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Lima perkara itu adalah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji kakitangan Gred 54 ke bawah, mengekalkan status kekananan kakitangan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), mengkaji semula tangga gaji maksimum, menyenaraikan kakitangan yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, kesemua perkara itu telah dimaklumkan semasa mesyuarat pertama petugas khas mengkaji SBPA pada Rabu lalu.
Menurutnya, beliau juga mahu tiga lagi pemimpin kanan CUEPACS dibawa masuk ke dalam mesyuarat kedua pasukan petugas khas tersebut akan datang.
"Kalau saya seorang sahaja dalam mesyuarat berkenaan, saya akan tarik diri.
"Saya mohon empat pemimpin CUEPACS mesti berada dalam pasukan itu iaitu Presiden, timbalannya, Setiausaha Agung dan Setiausaha Kewangan," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberi jaminan semakan semula skim SBPA yang sedang diteliti pasukan petugas khas akan memberi kepuasan menyeluruh kepada setiap peringkat perkhidmatan awam.
Pasukan petugas khas itu yang diberi tempoh tiga bulan akan melakukan semakan sebaik-baiknya.
sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0128&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm&arc=hive

Saturday, December 24, 2011
Selamat Datang 2012
JKDSPMPV mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada warga pendidik dan murid khususnya yang berkaitan dengan matapelajaran Sains Pertanian dan MPV daerah pontian.
Semoga tahun 2012 akan memberi peluang kepada kita untuk:
1. memanfaatkan kehidupan dunia ini dengan sebaik-baiknya
2. mempersiapkan diri dengan bekal takwa sebagai sebaik-baiknya persiapan dan bekal.
3. memelihara dan menjaga diri dari perbuatan syirik, bid’ah, maksiat dan dosa.
4. meningkatkan dan menganjurkan bersedekah.
Kami berdoa semoga kita semua akan dianugerahkan umur, kesihatan dan rezeki yang berkat, anak dan keturunan serta keluarga yang menyejukkan mata dan hati, rakan yang mendorong kearah kebaikan dalam usaha mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Selamat tahun baru 2012.

Thursday, December 8, 2011
Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
Rakan guru yang dihormati, pekeliling berkaitan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bilangan 13 Tahun 2011 iaitu Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan boleh dimuat turun melalui
Harap maklum.
Tuesday, December 6, 2011
Latihan Sains Pertanian Sebelum SPM 2011
1. http://uploadmb.com/dw.php?id=1323353844&/Latihan Terakhir Sebelum SPM 2011_F5.doc
2. http://uploadmb.com/dw.php?id=1323354210&/Latihan Terakhir Sebelum SPM 2011_F4.doc
Sila jawab dengan jujur dan semak jawapan dengan merujuk nota atau buku rujukan anda.
Selamat menjawab dan semoga latihan ini dapat membantu anda menjawab soalan SPM sebenar.
Saturday, November 26, 2011
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433
JKDSPMPV mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 kepada semua guru dan murid beragama Islam khususnya mereka di Daerah Pontian. Kita perlu memahami dan mengambil pengajaran daripada peristiwa hijrah Nabi SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Ia bukan semata-mata perpindahan fizikal dari satu lokasi ke lokasi yang laon tetapi yang lebih utama ialah penghijrahan dari yang baik kepada yang lebih baik dalam semua bidang kehidupan dunia dan akhirat.
Tema tahun ini "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”. Semoga kita dapat memahami dan melaksanakan kehendak sebenar tema ini dalam kehidupan kita seharian. Amalan biasa menyambut Maal Hijrah adalah seperti membaca Doa Akhir Tahun, membaca Doa Awal Tahun, memperbaharui azam menjadi yang lebih baik dan pengiraan zakat.
Kami mendoakan semoga tahun 1433H ini akan memberi lebih kebaikan (keimanan, kesihatan, kecemerlangan, ketenangan dan kebahagiaan) kepada kita semua.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433.
Wednesday, November 16, 2011
RM100 bantuan: Pelajar atau ibu bapa boleh membuat tuntutan dari sekolah-sekolah
PUTRAJAYA: Pelajar atau ibu bapa yang tidak menerima bantuan RM100 boleh membuat tuntutan dari sekolah masing-masing, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata hari ini.
Pada masa yang sama, orang-orang yang tidak mahu bantuan persekolahan perlu memaklumkan kepada sekolah supaya ia boleh dikembalikan kepada kerajaan, katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum Kebangsaan Pendidikan Khas di sini.
Dalam Bajet 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan bahawa semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara akan menerima bantuan persekolahan berjumlah RM100 setiap satu.
Dana akan menelan kos kerajaan RM550 juta dan akan dibayar kepada akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) sekolah-sekolah, yang kemudiannya akan membayar amaun kepada pelajar-pelajar atau ibu bapa mereka.
Abd Ghafar berkata, sekolah-sekolah perlu mengagihkan bantuan RM100 untuk membantu meringankan beban ibu bapa, yang boleh menggunakan wang itu untuk membeli keperluan sekolah untuk anak-anak mereka seperti pakaian seragam dan beg sekolah.
"Itulah sebabnya mengapa kerajaan mahu mengagihkan bantuan persekolahan menjelang Disember dan sebelum cuti sekolah," katanya.
sumber : http://www.nst.com.my/top-news/rm100-aid-students-or-parents-can-claim-from-schools-1.6678

Monday, November 14, 2011
Selamat Menghadapi SPM 2011
Hari ini Isnin, 14hb November 2011 bersamaa n 18 Zulhijah 1432H merupakan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dijalankan. Semua calon berdaftar di seluruh negara akan menjawab kertas Bahasa Melayu pada jam 8.00 pagi dan kertas terakhir ialah Sains Pertanian iaitu pada 14hb Disember 2011 (Selasa).
JKDSPMPV mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan penting ini dengan tenang dan kami sentiasa menyokong calon dengan doa semoga anda dapat menjawab dengan tepat dan mendapat keputusan yang cemerlang. JKD juga mengucapkan selamat bertugas kepada guru yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan.
Selamat menghadapi SPM 2011.

Monday, October 24, 2011
Tahniah, Terima Kasih dan Semoga Terus berjaya
JKDSPMPV ingin merakamkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada dua orang kuat teknik dan vokasional dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan PPD Pontian iaitu En. Sujak bin Maskan dan En. Selamat bin Hj Mon yang telah naik pangkat dan ditugaskan di dalam jawatan baru.
En. Sujak bin Maskan, sebelum ini bertugas sebagai Ketua Unit Teknik Vokasional, JPNJ telah dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Unit Sains dan Matematik, JPNJ. Beliau mengumumkan perkara ini ketika mesyuarat Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor di JPNJ pada 14hb Oktober 2011 yang lalu. Tempat beliau diisi oleh En. Isa bin Ahmad.
En. Selamat bin Hj Mon, sebelum ini bertugas di Unit Teknik dan Vokasional PPD Pontian telah dinaikkan pangkat kepada Guru Penolong Kanan 1, SMK Benut. Tempat beliau telah diisi oleh En. Wahid.
JKDSPMPV Daerah Pontian mengucapkan ribuan terima kasih atas segala usaha dan sokongan kedua-dua individu penting dalam bidang teknik dan vokasional ini dalam meningkatkan prestasi matapelajaran dalam bidang tersebut. Kami juga memohon maaf atas segala kesipan yang kami lakukan selama ini. Kami mendoakan semoga mereka dikurniakan umur, kesihatan, rezeki terbaik dan mencapai lebih banyak kejayaan selepas ini.
Tahniah dan terima kasih.

Saturday, October 1, 2011
Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2011
Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2011 bagi murid tingkatan 4 yang telah disediakan oleh Jurulatih Utama matapelajaran Sains Pertanian Negeri Johor telah diemelkan kepada guru terbabit pada 1hb Oktober 2011. Guru-guru yang telah menerima diharapkan untuk memperbanyakkan bagi kegunaan masing-masing.
Harap maklum
Harap maklum
Friday, August 26, 2011
Panduan Menyambut Hari Raya Aidil Fitri
(1) Bertakbir (2) Mengucapkan Selamat Hari Raya satu sama lain (3) Meneruskan Qiamullail (4) Mandi sunat pada pagi Hari Raya (5) Makan sebelum Solat Sunat Aidilfitri (6) Memakai pakaian yang indah / baru (7) Berjalan kaki menuju ke tempat Solat Sunat Aidilfitri (8) Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari Solat Sunat Aidilfitri (9) Mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri (10) Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri (11) Melaksanakan pusasa sunat Enam hari di bulan Syawal. Semoga kita diberi kekuatan untuk dapat sama-sama melakukan perkara di atas.
Subscribe to:
Posts (Atom)