Sunday, February 5, 2012

Selamat Menyambut Maulidurasul s.a.w.


Nabi bersabda, "Tidaklah dianggap beriman di kalangan kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya." (HR Bukhari)

Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah mendengar seseorang yang berdoa, tetapi dia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulakan dengan mengucapkan puji-pujian kepada Allah, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi s.a.w. seterusnya bolehlah dia berdoa dengan apa yang dikehendakinya. (HR Abu Dawud dan Termidzi)
Nabi saw. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Baihaqi)
Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)
Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)
Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan.)
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu. (al-Ahzab:56)

Saturday, January 28, 2012

Bidang Keberhasilan Utama PPD Pontian Tahun 2012-2015

  1. Mempunyai barisan pemimpin pengurusan pendidikan yang berintegriti
  2. Mempuyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran dan sahsiah
  3. Melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhi keperluan  global
  4. Mencapai prestasi cemerlang dalam pentaksiran dan penilaian
  5. Mempunyai kemudahan pendidikan berkualiti.
  6. Mempunyai sistem pengurusan yang cekap, berkesan dan berinovasi.

SBPA : CUEPACS tetap 5 perkara

PULAU PINANG 27 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak lima perkara diberikan perhatian utama oleh pasukan petugas khas bagi mengkaji semula pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Lima perkara itu adalah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji kakitangan Gred 54 ke bawah, mengekalkan status kekananan kakitangan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), mengkaji semula tangga gaji maksimum, menyenaraikan kakitangan yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, kesemua perkara itu telah dimaklumkan semasa mesyuarat pertama petugas khas mengkaji SBPA pada Rabu lalu.
Menurutnya, beliau juga mahu tiga lagi pemimpin kanan CUEPACS dibawa masuk ke dalam mesyuarat kedua pasukan petugas khas tersebut akan datang.
"Kalau saya seorang sahaja dalam mesyuarat berkenaan, saya akan tarik diri.
"Saya mohon empat pemimpin CUEPACS mesti berada dalam pasukan itu iaitu Presiden, timbalannya, Setiausaha Agung dan Setiausaha Kewangan," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberi jaminan semakan semula skim SBPA yang sedang diteliti pasukan petugas khas akan memberi kepuasan menyeluruh kepada setiap peringkat perkhidmatan awam.
Pasukan petugas khas itu yang diberi tempoh tiga bulan akan melakukan semakan sebaik-baiknya.


sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0128&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm&arc=hive

Saturday, December 24, 2011

Selamat Datang 2012

JKDSPMPV mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada warga pendidik dan murid khususnya yang berkaitan dengan matapelajaran Sains Pertanian dan MPV daerah pontian.
Semoga tahun 2012  akan memberi peluang kepada kita untuk:
1. memanfaatkan kehidupan dunia ini dengan sebaik-baiknya
2. mempersiapkan diri dengan bekal takwa sebagai sebaik-baiknya persiapan dan bekal.
3. memelihara dan menjaga diri dari perbuatan syirik, bid’ah, maksiat dan dosa.
4. meningkatkan dan menganjurkan bersedekah.
Kami berdoa semoga kita semua akan dianugerahkan umur, kesihatan dan rezeki yang berkat, anak dan keturunan serta keluarga yang menyejukkan mata dan hati, rakan yang mendorong kearah kebaikan dalam usaha mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Selamat tahun baru 2012.

Thursday, December 8, 2011

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Rakan guru yang dihormati, pekeliling berkaitan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bilangan 13 Tahun 2011 iaitu Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan boleh dimuat turun melalui
Harap maklum.

Tuesday, December 6, 2011

Latihan Sains Pertanian Sebelum SPM 2011


Berikut adalah beberapa latihan yang dicadangkan kepada calon SPM 2011.  Latihan ini adalah kompilasi soalan peperiksaan percubaan SPM 2011 dari seluruh Malaysia yang dapat dikumpul dan disusun mengikut topik dan tingkatan.
1. http://uploadmb.com/dw.php?id=1323353844&/Latihan Terakhir Sebelum SPM 2011_F5.doc
2. http://uploadmb.com/dw.php?id=1323354210&/Latihan Terakhir Sebelum SPM 2011_F4.doc
Sila jawab dengan jujur dan semak jawapan dengan merujuk nota atau buku rujukan anda.
Selamat menjawab dan semoga latihan ini dapat membantu anda menjawab soalan SPM sebenar.

Saturday, November 26, 2011

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433

JKDSPMPV mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 kepada semua guru dan murid beragama Islam khususnya mereka di Daerah Pontian.  Kita perlu memahami dan mengambil pengajaran daripada peristiwa hijrah Nabi SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah.  Ia bukan semata-mata perpindahan fizikal dari satu lokasi ke lokasi yang laon tetapi yang lebih utama ialah penghijrahan dari yang baik kepada yang lebih baik dalam semua bidang kehidupan dunia dan akhirat.
Tema tahun ini "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”.  Semoga kita dapat memahami dan melaksanakan kehendak sebenar tema ini dalam kehidupan kita seharian.  Amalan biasa menyambut Maal Hijrah adalah seperti membaca Doa Akhir Tahun, membaca Doa Awal Tahun, memperbaharui azam menjadi yang lebih baik dan pengiraan zakat.
Kami mendoakan semoga tahun 1433H ini akan memberi lebih kebaikan (keimanan, kesihatan, kecemerlangan, ketenangan dan kebahagiaan) kepada kita semua.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433.

Wednesday, November 16, 2011

RM100 bantuan: Pelajar atau ibu bapa boleh membuat tuntutan dari sekolah-sekolah

PUTRAJAYA: Pelajar atau ibu bapa yang tidak menerima bantuan RM100 boleh membuat tuntutan dari sekolah masing-masing, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata hari ini.
Pada masa yang sama, orang-orang yang tidak mahu bantuan persekolahan perlu memaklumkan kepada sekolah supaya ia boleh dikembalikan kepada kerajaan, katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum Kebangsaan Pendidikan Khas di sini.
Dalam Bajet 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan bahawa semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara akan menerima bantuan persekolahan berjumlah RM100 setiap satu.
Dana akan menelan kos kerajaan RM550 juta dan akan dibayar kepada akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) sekolah-sekolah, yang kemudiannya akan membayar amaun kepada pelajar-pelajar atau ibu bapa mereka.
Abd Ghafar berkata, sekolah-sekolah perlu mengagihkan bantuan RM100 untuk membantu meringankan beban ibu bapa, yang boleh menggunakan wang itu untuk membeli keperluan sekolah untuk anak-anak mereka seperti pakaian seragam dan beg sekolah.
"Itulah sebabnya mengapa kerajaan mahu mengagihkan bantuan persekolahan menjelang Disember dan sebelum cuti sekolah," katanya.

sumber : http://www.nst.com.my/top-news/rm100-aid-students-or-parents-can-claim-from-schools-1.6678

Monday, November 14, 2011

Selamat Menghadapi SPM 2011

Hari ini Isnin, 14hb November 2011 bersamaa n 18 Zulhijah 1432H merupakan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dijalankan.  Semua calon berdaftar di seluruh negara akan menjawab kertas Bahasa Melayu pada jam 8.00 pagi dan kertas terakhir ialah Sains Pertanian iaitu pada 14hb Disember 2011 (Selasa).

JKDSPMPV mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan penting ini dengan tenang dan kami sentiasa menyokong calon dengan doa semoga anda dapat menjawab dengan tepat dan mendapat keputusan yang cemerlang.  JKD juga mengucapkan selamat bertugas kepada guru yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan.
Selamat menghadapi SPM 2011.

Monday, October 24, 2011

Tahniah, Terima Kasih dan Semoga Terus berjaya

JKDSPMPV ingin merakamkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada dua orang kuat teknik dan vokasional dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan PPD Pontian iaitu En. Sujak bin Maskan dan En. Selamat bin Hj Mon yang telah naik pangkat dan ditugaskan di dalam jawatan baru.

En. Sujak bin Maskan, sebelum ini bertugas sebagai Ketua Unit Teknik Vokasional, JPNJ telah dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Unit Sains dan Matematik, JPNJ.  Beliau mengumumkan perkara ini ketika mesyuarat Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor di JPNJ pada 14hb Oktober 2011 yang lalu.  Tempat beliau diisi oleh En. Isa bin Ahmad.

En. Selamat bin Hj Mon, sebelum ini bertugas di Unit Teknik dan Vokasional PPD Pontian telah dinaikkan pangkat kepada Guru Penolong Kanan 1, SMK Benut.  Tempat beliau telah diisi oleh En. Wahid.

JKDSPMPV Daerah Pontian mengucapkan ribuan terima kasih atas segala usaha dan sokongan kedua-dua individu penting dalam bidang teknik dan vokasional ini dalam meningkatkan prestasi matapelajaran dalam bidang tersebut.  Kami juga memohon maaf atas segala kesipan yang kami lakukan selama ini.  Kami mendoakan semoga mereka dikurniakan umur, kesihatan, rezeki terbaik dan mencapai lebih banyak kejayaan selepas ini.

Tahniah dan terima kasih.

Saturday, October 1, 2011

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2011 bagi murid tingkatan 4 yang telah disediakan oleh Jurulatih Utama matapelajaran Sains Pertanian Negeri Johor telah diemelkan kepada guru terbabit pada 1hb Oktober 2011.  Guru-guru yang telah menerima diharapkan untuk memperbanyakkan bagi kegunaan masing-masing.
Harap maklum

Friday, August 26, 2011

Nasyid : Law Kana Bainana




Panduan Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

(1) Bertakbir (2) Mengucapkan Selamat Hari Raya satu sama lain (3) Meneruskan Qiamullail (4) Mandi sunat pada pagi Hari Raya (5) Makan sebelum Solat Sunat Aidilfitri (6) Memakai pakaian yang indah / baru (7) Berjalan kaki menuju ke tempat Solat Sunat Aidilfitri (8) Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari Solat Sunat Aidilfitri (9) Mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri (10) Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri (11) Melaksanakan pusasa sunat Enam hari di bulan Syawal. Semoga kita diberi kekuatan untuk dapat sama-sama melakukan perkara di atas.

Tuesday, August 23, 2011

Renungan Ramadhan 5



Surat Pindaan Jadual Percubaan SPM 2011 Negeri Johor



Untuk makluman semua guru dan murid khususnya yang berkaitan dengan matapelajaran Sains Pertanian dan MPV daerah Pontian, terdapat pindaan ke atas Jadual Peperiksaan Percubaan SPM 2011. Untuk keterangan lanjut sila layari http://tasekutara.edu.my/v2/?p=1015 . Di harap semua guru dan murid maklum tentang perkara ini.

Wednesday, August 17, 2011

Monday, August 15, 2011

Renungan Ramadhan 3




Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Peperiksaan Percubaan SPM 2011 dijangka akan bermula pada 5hb September (Isnin), hari pertama persekolahan selepas cuti pertengahan semester ke-2 dan Hari Raya Aidilfitri. Matapelajaran Sains Pertanian (3528) akan membuka tirai Peperiksaan Percubaan SPM 2011. Kertas 1 akan bermula jam 8.30 pagi dan tamat jam 10.00 pagi manakala Kertas 2 akan bermula jam 11.00 pagi dan tamat jan 1.00 tengahari.

Kertas soalan peperiksaan akan diedarkan oleh JPNJ melalui PKPSM ke setiap daerah. Selamat menempuh peperiksaan dan doa kami sentiasa mengiringi anda semua.

Tuesday, August 9, 2011

Renungan Ramadhan 2









Di antara kelebihan membaca Al-Quran, pertama ibadah utama dari segi bacaan. Kedua pahala membaca saru ayat Al-Quran digandakan 400 kali ganda (menurut ibnu Majah) dan digandakan 700 kali ganda (menurut ibn Jauzi). Ketiga balasan satu huruf yang di baca ialah sati bidadari syurga juga dikatakan balasan satu pokok di syurga. Keempat menurut ibn abbas, pembaca Al-Quran adalah seorang hartawan dan pahala membacanya tidak akan putus. Kelima selamat dari api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat. Keenam pada hari Kiamat, Al-Quran akan menjadi pembela. Ketujuh pembaca Al-Quran akan mendapat keamanan di dunia dan kemuliaan di akhirat. Kelapan membaca sebelum tidur akan mendapat jagaan malaikat. Kesembilan pembaca akan dimasukkan di dalam golongan sidiqqin, suhada dan solihin. Kesepuluh menjadi cahaya di bumi dan sebutan malaikat di langit. Kesebelas jika di baca di rumah, ia akan memberi cahaya kepada rumah itu. Keduabelas ...Sumber : buku Indahnya Hidup Bersyariat


Saturday, August 6, 2011

Renungan Ramadhan 1




1. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "3 bentuk doa yang dimustajabkan Allah : doa ibu bapa terhadap anaknya, doa orang yang berpuasa, dan doa orang yang musafir" (Riwayat al-Baihaqi)
2. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " 4 jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredhaan Allah" (Riwayat al-Baihaqi)
Selamat Beramal.

Wednesday, August 3, 2011

Mesyuarat JU Sains Pertanian Negeri Johor Tahun 2011

Satu mesyuarat Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor anjuran Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan diadakan pada 11hb Ogos 2011 (Khamis) jam 8.30 di Bilik Mesyuarat, SMK Telok Kerang Pontian Johor. Semua JU Sains Pertanian Negeri Johor di jemput hadir.







Harap maklum.