Monday, November 14, 2011

Selamat Menghadapi SPM 2011

Hari ini Isnin, 14hb November 2011 bersamaa n 18 Zulhijah 1432H merupakan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dijalankan.  Semua calon berdaftar di seluruh negara akan menjawab kertas Bahasa Melayu pada jam 8.00 pagi dan kertas terakhir ialah Sains Pertanian iaitu pada 14hb Disember 2011 (Selasa).

JKDSPMPV mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan penting ini dengan tenang dan kami sentiasa menyokong calon dengan doa semoga anda dapat menjawab dengan tepat dan mendapat keputusan yang cemerlang.  JKD juga mengucapkan selamat bertugas kepada guru yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan.
Selamat menghadapi SPM 2011.

Monday, October 24, 2011

Tahniah, Terima Kasih dan Semoga Terus berjaya

JKDSPMPV ingin merakamkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada dua orang kuat teknik dan vokasional dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan PPD Pontian iaitu En. Sujak bin Maskan dan En. Selamat bin Hj Mon yang telah naik pangkat dan ditugaskan di dalam jawatan baru.

En. Sujak bin Maskan, sebelum ini bertugas sebagai Ketua Unit Teknik Vokasional, JPNJ telah dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Unit Sains dan Matematik, JPNJ.  Beliau mengumumkan perkara ini ketika mesyuarat Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor di JPNJ pada 14hb Oktober 2011 yang lalu.  Tempat beliau diisi oleh En. Isa bin Ahmad.

En. Selamat bin Hj Mon, sebelum ini bertugas di Unit Teknik dan Vokasional PPD Pontian telah dinaikkan pangkat kepada Guru Penolong Kanan 1, SMK Benut.  Tempat beliau telah diisi oleh En. Wahid.

JKDSPMPV Daerah Pontian mengucapkan ribuan terima kasih atas segala usaha dan sokongan kedua-dua individu penting dalam bidang teknik dan vokasional ini dalam meningkatkan prestasi matapelajaran dalam bidang tersebut.  Kami juga memohon maaf atas segala kesipan yang kami lakukan selama ini.  Kami mendoakan semoga mereka dikurniakan umur, kesihatan, rezeki terbaik dan mencapai lebih banyak kejayaan selepas ini.

Tahniah dan terima kasih.

Saturday, October 1, 2011

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2011 bagi murid tingkatan 4 yang telah disediakan oleh Jurulatih Utama matapelajaran Sains Pertanian Negeri Johor telah diemelkan kepada guru terbabit pada 1hb Oktober 2011.  Guru-guru yang telah menerima diharapkan untuk memperbanyakkan bagi kegunaan masing-masing.
Harap maklum

Friday, August 26, 2011

Nasyid : Law Kana Bainana




Panduan Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

(1) Bertakbir (2) Mengucapkan Selamat Hari Raya satu sama lain (3) Meneruskan Qiamullail (4) Mandi sunat pada pagi Hari Raya (5) Makan sebelum Solat Sunat Aidilfitri (6) Memakai pakaian yang indah / baru (7) Berjalan kaki menuju ke tempat Solat Sunat Aidilfitri (8) Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari Solat Sunat Aidilfitri (9) Mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri (10) Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri (11) Melaksanakan pusasa sunat Enam hari di bulan Syawal. Semoga kita diberi kekuatan untuk dapat sama-sama melakukan perkara di atas.

Tuesday, August 23, 2011

Renungan Ramadhan 5



Surat Pindaan Jadual Percubaan SPM 2011 Negeri Johor



Untuk makluman semua guru dan murid khususnya yang berkaitan dengan matapelajaran Sains Pertanian dan MPV daerah Pontian, terdapat pindaan ke atas Jadual Peperiksaan Percubaan SPM 2011. Untuk keterangan lanjut sila layari http://tasekutara.edu.my/v2/?p=1015 . Di harap semua guru dan murid maklum tentang perkara ini.

Wednesday, August 17, 2011

Monday, August 15, 2011

Renungan Ramadhan 3




Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Peperiksaan Percubaan SPM 2011 dijangka akan bermula pada 5hb September (Isnin), hari pertama persekolahan selepas cuti pertengahan semester ke-2 dan Hari Raya Aidilfitri. Matapelajaran Sains Pertanian (3528) akan membuka tirai Peperiksaan Percubaan SPM 2011. Kertas 1 akan bermula jam 8.30 pagi dan tamat jam 10.00 pagi manakala Kertas 2 akan bermula jam 11.00 pagi dan tamat jan 1.00 tengahari.

Kertas soalan peperiksaan akan diedarkan oleh JPNJ melalui PKPSM ke setiap daerah. Selamat menempuh peperiksaan dan doa kami sentiasa mengiringi anda semua.

Tuesday, August 9, 2011

Renungan Ramadhan 2









Di antara kelebihan membaca Al-Quran, pertama ibadah utama dari segi bacaan. Kedua pahala membaca saru ayat Al-Quran digandakan 400 kali ganda (menurut ibnu Majah) dan digandakan 700 kali ganda (menurut ibn Jauzi). Ketiga balasan satu huruf yang di baca ialah sati bidadari syurga juga dikatakan balasan satu pokok di syurga. Keempat menurut ibn abbas, pembaca Al-Quran adalah seorang hartawan dan pahala membacanya tidak akan putus. Kelima selamat dari api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat. Keenam pada hari Kiamat, Al-Quran akan menjadi pembela. Ketujuh pembaca Al-Quran akan mendapat keamanan di dunia dan kemuliaan di akhirat. Kelapan membaca sebelum tidur akan mendapat jagaan malaikat. Kesembilan pembaca akan dimasukkan di dalam golongan sidiqqin, suhada dan solihin. Kesepuluh menjadi cahaya di bumi dan sebutan malaikat di langit. Kesebelas jika di baca di rumah, ia akan memberi cahaya kepada rumah itu. Keduabelas ...Sumber : buku Indahnya Hidup Bersyariat


Saturday, August 6, 2011

Renungan Ramadhan 1




1. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "3 bentuk doa yang dimustajabkan Allah : doa ibu bapa terhadap anaknya, doa orang yang berpuasa, dan doa orang yang musafir" (Riwayat al-Baihaqi)
2. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " 4 jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredhaan Allah" (Riwayat al-Baihaqi)
Selamat Beramal.

Wednesday, August 3, 2011

Mesyuarat JU Sains Pertanian Negeri Johor Tahun 2011

Satu mesyuarat Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor anjuran Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan diadakan pada 11hb Ogos 2011 (Khamis) jam 8.30 di Bilik Mesyuarat, SMK Telok Kerang Pontian Johor. Semua JU Sains Pertanian Negeri Johor di jemput hadir.







Harap maklum.

Friday, July 29, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Umat islam di seluruh dunia akan menyambut penguhulu segala bulan iaitu Ramadhan beberapa hari lagi. Justeru, berikut beberapa tips kesempurnaan puasa yang boleh dikongsi bersama. Pertama, menahan mata dari memandang perkara yang dicela sebaliknya lebihkan memandang l-Quran. Kedua, menjaga lisan dari berkata buruk sebaliknya lebihkan berzikir. Ketiga, menahan pendengaran daripada perkara haram sebaliknya lebihkan mendengar kebaikan. Keempat, menahan anggota badan seperti kaki, tangan dan perut dari pelbagai dosa sebaliknya tumpukan anggota tersebut kepada perkara kebaikan. Kelima, tidak terlalu banyak makan ketika berbuka sebaliknya berbuka sekadar makan biasa. Keenam, mengurangkan tidur dan lebihkan amalan sunat. Ketujuh, merasa cemas dan harap iaitu hati sentiasa bimbang jika amalan puasanya tidak diterima dan berharap supaya amalan diterima Allah SWT.

JKDSPMPV mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua umat islam terutama pelajar dan warga pendidik.

Semoga ramadhan tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Selamat berpuasa




*Sumber : buletin IKRAM

Sunday, July 17, 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Semua guru (sekolah rendah dan menengah) akan mula menggunakan perisian baru bagi tujuan peperiksaan iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Untuk mendapatkan ID serta keterangan lanjut sila berurusan dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah masing-masing dan layari sesawang http://saps.moe.gov.my/ .
Selama bertugas.

Friday, July 8, 2011

Program Pengesanan dan Peperiksaan Pusat Secara Bersepadu Bersama JPN/PPD Bagi Mata Pelajaran MPV

Unit Vokasional, Sektor Pembinaan Ujian Teknikal dan Vokasional, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dengan kerjasama JPNJ akan menganjurkan program di atas pada 12hb Julai 2011 (hari Selasa) di SMK Permata Jaya Batu Pahat, Johor bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Tujuan program tersebut ialah memastikan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap skor Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan penjaminan kualiti. Guru-guru yang terlibat perlu hadir dan membawa semua fail dan dokumen lengkap yang dikehendaki bagi tujuan tersebut.
Harap maklum.

Wednesday, June 29, 2011

Pemansuhan MPV

Bermula tahun 2012, Matapelajaran Vokasional (MPV) akan dimansuhkan di sekolah menengah harian secara berperingkat. Perkara tersebut telah disahkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd Fuad Zarkashi. Menurut beliau, langkah berkenaan dibuat sejajar dengan transformasi pengajisan teknik dan vokasional seperti ditetapkan kerajaan baru-baru ini. "Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional melalaui Program Asas Vokasional (PAV)". Program PAV ini hanya dikhususkan kepada pelajar tingkatan 1 sehingga ke tingkatan 3 dan mereka turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat pembelajaran. Mereka yang berminat boleh melanjutkan pembelajaran di Kolej Vokasional selepas itu.


Sumber : utusan.com.my

Thursday, June 23, 2011

Salam Takziah

JKDSPMPV Daerah Pontian ingin merakamkan ucapan Takziah kepada warga pendidik SMK Pt Betak atas pulangnya ke Rahmatullah Cikgu Hj Ibrahim bin Sumadi (Guru Senior Sains Pertanian) pada hari Sabtu, 18hb Jun 2011.
Beliau adalah seorang guru Sains Pertanian yang dedikasi, tekun dan amat mudah berkerja bersama beliau. Kepada ahli keluarga Allahyarham Cikgu Ibrahim bin Sumadi, kami mengucapkan takziah dan semoga bersabar atas ujian Allah SWT ini.
Kami mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan dikumpulkan bersama orang-orang soleh...Alfatihah

Lawatan Ke Stesen MARDI Kluang

Selasa, 21hb Jun 2011. Seramai 38 pelajar tingkatan 4 dan 5 Teknologi telah mengikuti program lawatan ke Stesen MARDI Kluang. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan selamat bermula dari masa bertolak kira-kira jam 8.00 pagi sehingga tiba semula ke sekolah jam 5.30 petang.
Program bermula dengan taklimat oleh Dr Jasmi berkaitan sejarah, latarbelakang dan aktiviti yang dijalankan di Stesen MARDI Kluang. Lawatan bermula dengan lawatan ke Taman Herba dan diakhiri dengan lawatan ke bahagian ternakan kambing. Penerangan dan sesi soal-jawab bersama En. Mohamad dan En. Azizan amat bermakna kepada guru dan pelajar yang terlibat.
Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program lawatan terutama pihak Stesen MARDI Kluang, Tuan Pengetua dan Pentadbir SMK Telok Kerang, guru pengiring Cik Nurul Shuhada dan semua pelajar yang terlibat.

Wednesday, May 18, 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

JKDSPMPV mengucapkan selamat menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 kepada semua pelajar khususnya kepada pelajar tingkatan empat dan lima yang mengambil matapelajaran Sains Pertanian dan MPV.
Kami mendoakan semua pelajar sentiasa sihat dan berkati Allah serta dapat menjawab soalan dengan tenang dab betul. Kepada semua guru, selamat menanda kertas jawapan dan selamat bercuti.

Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

JKDSPMPV mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua para ibu. Tanpa ibu, tidak mungkin kita akan ada di sini. Kami mendoakan semoga semua ibu-ibu sentiasa dirahmati Allah SWT sepanjang masa.
Buat ibu, kami mengharapkan doamu agar perjalanan hidup kami (dunia dan akhirat) sentiasa dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.
Buat guru-guru yang juga bergelar ibu, JKD mengucapkan Selamat Hari Ibu dan percayalah, anak-anak (pelajar) sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian.
Sekian. Selamat Hari Ibu.