Tuesday, May 28, 2013

Tanah

Tanah ialah lapisan atas permukaan bumi.
A : Sisa tumbuhan dan haiwan
B : Tanah atas
C : Tanah bawah
D : Batuan
Kepentingan Tanah
a.  memberi sokongan mekanik kepada akar tumbuhan
b.  membekalkan nutrien kepada tumbuhan
c   membekalkan oksigen dan air

Kepentingan Tanah
a.  memberi sokongan mekanik kepada akar tumbuhan
     - supaya tumbuhan tumbuh tegak dan menerima cahaya yang cukup

b.  membekalkan nutrien kepada tumbuhan
     - nutrien wujud dalam bentuk bahan organik tersimpan dalam tanah
     - bahan organik yang mereput membebaskan nutrien

c   membekalkan oksigen dan air
     - oksigen diperlukan untuk proses respirasi melalui akar
     - air diserap oleh akar tumbuhan bersama nutrien

Pengetahuan Am
"Untuk membersihkan bekas kamu yang dijilat  anjing, basuhlah bekas itu sebanyak tujuh kali .  Basuhan pertama hendaklah dengan air bercampur tanah." (Riwayat al-Dar Qutni)

"Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging khinzir dan haiwan yang disembelih bukan dengan nama Allah." (al-Baqarah 2 : 173)

Anjing dan khinzir adalah binatang bernajis berat.  Kita perlu berhati-hati jika terlibat dengan kedua binatang tersebut terutama ketika membersihkan najis dari keduanya.  Mungkin ada yang bertanya sebab tanah perlu digunakan untuk mencuci najis berat ini.  Tidak bolehkah menggunakan bahan pencuci seperti sabun atau detergen lain? Adakah tanah mempunyai sifat-sifat istimewa?  


Mungkin ini boleh membantu :

1. Pelbagai ubat-ubatan moden khususnya antibiotik terhasil dar sumber tanah seperti cyclosporin, penicilin, streptomycin, erythromycin, tetcacylin, aureomycin dan sebagainya.
2. Kajian perubatan moden mendapati bahawa tanah mengandungi bakteria yang menghasilkan ivermectin yang berfungsi sebagai ubat untuk membunuh cacing yang menyerang manusia dan ternakan.
3. Bahan antikanser juga didapati daripada bakteria tertentu dalam tanah untuk membunuh sel-sel kanser.
4. Kajian oleh WHO mendapati sabun, abu dan tanah selut efektif sebagai bahan pencuci jika dilakukan dengan cara yang betul.
5. Kajian di Amerika mendapati tanah mampu berfungsi sebagai agen pembersih atau penapis air (river-bank-filteration).  Ini juga membuktikan air yang mengalir boleh digunakan untuk berwudhuk keranan diyakini bersih dan selamat berpandukan kajian ini.
6. Nabi Adam berasal daripada tanah, tanaman juga berasal daripada tanah, dan orang yang meninggal dunia juga dikebumilkan di dalam tanah.
7. Unsur kedua terbanyak di bumi selain air.

Sumber : majalah SOLUSI isu 56 Jun 2013)

No comments: