Wednesday, June 29, 2011

Pemansuhan MPV

Bermula tahun 2012, Matapelajaran Vokasional (MPV) akan dimansuhkan di sekolah menengah harian secara berperingkat. Perkara tersebut telah disahkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd Fuad Zarkashi. Menurut beliau, langkah berkenaan dibuat sejajar dengan transformasi pengajisan teknik dan vokasional seperti ditetapkan kerajaan baru-baru ini. "Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional melalaui Program Asas Vokasional (PAV)". Program PAV ini hanya dikhususkan kepada pelajar tingkatan 1 sehingga ke tingkatan 3 dan mereka turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat pembelajaran. Mereka yang berminat boleh melanjutkan pembelajaran di Kolej Vokasional selepas itu.


Sumber : utusan.com.my

Thursday, June 23, 2011

Salam Takziah

JKDSPMPV Daerah Pontian ingin merakamkan ucapan Takziah kepada warga pendidik SMK Pt Betak atas pulangnya ke Rahmatullah Cikgu Hj Ibrahim bin Sumadi (Guru Senior Sains Pertanian) pada hari Sabtu, 18hb Jun 2011.
Beliau adalah seorang guru Sains Pertanian yang dedikasi, tekun dan amat mudah berkerja bersama beliau. Kepada ahli keluarga Allahyarham Cikgu Ibrahim bin Sumadi, kami mengucapkan takziah dan semoga bersabar atas ujian Allah SWT ini.
Kami mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan dikumpulkan bersama orang-orang soleh...Alfatihah

Lawatan Ke Stesen MARDI Kluang

Selasa, 21hb Jun 2011. Seramai 38 pelajar tingkatan 4 dan 5 Teknologi telah mengikuti program lawatan ke Stesen MARDI Kluang. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan selamat bermula dari masa bertolak kira-kira jam 8.00 pagi sehingga tiba semula ke sekolah jam 5.30 petang.
Program bermula dengan taklimat oleh Dr Jasmi berkaitan sejarah, latarbelakang dan aktiviti yang dijalankan di Stesen MARDI Kluang. Lawatan bermula dengan lawatan ke Taman Herba dan diakhiri dengan lawatan ke bahagian ternakan kambing. Penerangan dan sesi soal-jawab bersama En. Mohamad dan En. Azizan amat bermakna kepada guru dan pelajar yang terlibat.
Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program lawatan terutama pihak Stesen MARDI Kluang, Tuan Pengetua dan Pentadbir SMK Telok Kerang, guru pengiring Cik Nurul Shuhada dan semua pelajar yang terlibat.