Wednesday, September 10, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 2 (Bil 3)

Contoh Soalan :
Terangkan kebaikan pembiakan aseks berbanding seks bagi tanaman

Contoh Jawapan :
1.             Pelbagai kaedah aseks
§   Keratan batang/ daun/ cantuman baji/ cantuman matatunas/ rhizom/ umbisi/ stolon/ tisu kultur
§   Boleh dibiakkan sepanjang tahun
2.             Mendapat pokok yang seragam
§   Bahan aseks dapat dari pokok yang sama umurnya
§   Sepokok tanaman terdapat banyak dahan/batang yang boleh  dibiakan
§   Dapat dibiakkan banyak pada satu masa
3.             Pokok menyerupai/sama dengan induk
§   Genetik/ baka tanaman sama dengan pokok induk
§   Kuantiti /Kualiti hasil sama dengan pokok induk
4.             Cepat mengeluarkan hasil
§   Bahan aseks yang diambil dari pokok induk yang telah matang
§   Dahan/keratan telah matang
5.             Tanaman tidak pupus
§   Dapat membiakkan tanaman yang tidak mengeluarkan bijibenih/ bijibenih bernas
6.             Dapat memilih/ membiak klon yang dikehendaki
§   Memilih matatunas dari pokok yang berkualiti/dikehendaki
§   Dibiakan secara cantuman matatunas/cantuman baji

No comments: