Sunday, September 7, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 2 (Bil 2)

Contoh Soalan :
Terangkan kelebihan kaedah biologi berbanding kaedah kimia dalam mengawal organisma.


Contoh Jawapan :
Kelebihan Kaedah Biologi :
1. Tidak mencemar alam sekitar (F)
     -  Tidak menggunakan racun kimia (H)
     -  Najis/ pemangsa mati menjadi bahan organik/baja organik (H)
2. Selamat digunakan (F)
     -  Penggunaan agen kawalan biologi telah diuji oleh agensi kerajaan/swasta (H)
         -  Tidak menjejaskan kesihatan manusia (H)
         -  Tidak merosakan tanaman/hasil tanaman (H)
3. Mengurangkan kos pengurusan (F)
     -  Tidak perlu membeli racun (H)
     -  Dapat megurangkan kos upah meracun (H)
4. Hasil bersih (F)
     -   Hasil tidak mengandungi racun/sisa racun (H)
     -   Hasil selamat dimakan (H)
5. Kesan kawalan lebih lama (F)
     -   Pemangsa hidup lama/ umur panjang/ lambat mati (H)
     -   Pemangsa membiak/ beranak (H)

(F) : Fakta
(H) : Huraian

No comments: