Tuesday, May 31, 2016

Mata Pelajaran Elektif Menengah Atas KSSM


1. Murid diberi peluang mengambil mata pelajaran elektif sebanyak 2 jam sehingga 12 jam seminggu (bergantung kepada kombinasi mata pelajaran elektif yang dipilih).

2. Mata Pelajaran Elektif Sastera dan Elektif Bahasa:
Masa diperuntukan untuk setiap mata pelajaran ialah 2 jam seminggu.

3. Mata Pelajaran Elektif Stem, Elektif Kemanusiaan dan Sasteras Ikhtiasas, Elektif Kesenian dan Elektif Pengajian Islam:
Masa yang diperuntukan untuk setiap mata pelajaran ialah 3 jam seminggu.

sumber : Orientasi Kurikulum Standard Sekolah Menengan (KSSM) Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI)

Monday, May 30, 2016

Penjenamaan Semula Mata Pelajaran

Sepuluh Mata Pelajaran Elektif Teknikal (MPET) Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) akan dijenamakan semula dengan isi kandungan yang dikemaskini bagi memenuhi perkembangan dan perubahan semasa. 
Dokumen Stadard Kandungan dan Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran akan digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bermula pada tahun 2017 (tahun hadapan...6 bulan lagi)

Fakta penjenamaan semula berkaitan Sains Pertanian :
1. KBSM -> Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
2. MPET -> Mata Pelajarann Elekti Ikhtisas (MPEI)
3. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran -> Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran (DKSP)
4. Teknik Vokasional -> Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM)
5. Sains Pertanian -> Pertanian
6. Isikandungan mata pelajaran digubal semula.

Maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.
sumber : Orientasi Kurikulum Standard Sekolah Menengan (KSSM) Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI)

Thursday, May 26, 2016

Kursus Orientasi DSKP Mata Pelajaran Pertanian Tingkatan 4 KSSM


Kurikulum baru Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) Pertanian akan dilaksanakan pada 2017 bagi menggantikan mata pelajaran Sains Pertanian sediada.  Justeru itu pada 24hb Mei 2016 (Selasa) bermula 8.30pagi dan tamat sekitar jam 5.00 petang telah diadakan satu kursus orientasi untuk guru-guru Sains Pertanian seluruh Negeri Johor.  Kursus tersebut diadakan di SMK Suria Perdana, Batu Pahat.  Setiap daerah diwakili oleh dua orang guru yang akan menyampaikan maklumat kursus tersebut kepada rakan sejawat (SP) di daerah masing-masing.

Kursus orientasi bagi mata pelajaran Pertanian tingkatan 4 telah disampaikan oleh En. Bukari bin Paiman dan Tn. Hj. Mohd Shariff bin Omar.  Daerah Pontian telah diwakili oleh Tn. Hj. Aminudin bin Abdul Rahman dan En. Nordin bin Ehsan.