Wednesday, July 27, 2016

Peperiksaan Percubaan SPM 2016

Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menyediakan Jadual Spesifikasi Item (JSI) untuk kegunaan guru-guru membina item bagi Peperiksaan Percubaan SPM.  Peperiksaan itu akan dilaksanakan Ogos ini.  JSI boleh dimuaturun di http://jpnjdata.net/ah/menu/ atau berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah masing-masing.

Selamat membina item dan selamat mengulangkaji.

Monday, July 25, 2016

Bengkel Eko-Sistem Penghasilan dan Penggunaan Kompos bagi Pengurusan Ladang Secara Lestari





Seramai 4 guru Sains Pertanian Daerah Pontian telah terpilih untuk menjalani Bengkel Eko-sistem Hasilan dan Penggunaan Kompos bagi Pengurusan Ladang Secara Lestari di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.  Bengkel hands-on anjuran UTM dengan kerjasama JPNJ tersebut diadakan pada hari Ahad (24 Julai 2016) di Pusat Ko-Kurikulum, Universiti Penyelidikan tersebut.

Peserta didedahkan tentang teknologi EM (Effective Microorganism) dalam penghasilan dan penggunaan kompos dalam pengurusan tanaman.  Ilmu dan kemahiran ini amat bernilai kerana topik EM ini adalah sebahagian daripada standard kandungan yang terdapat dalam DSKP MPEI Pertanian yang akan diajar disekolah bermula 2017.

Terima Kasih.

Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian (Kertas 2) Daerah Pontian 2016





Alhamdulillah...JKD Sains Pertanian Daerah Pontian dengan sokongan padu Tn. Hj. Abdul Wahid bin Mohd Yusof, Ketua Unit Teknik dan Vokasional PPD Pontian dan kerjasama semua guru Sains Pertanian Daerah Pontian berjaya melaksanakan bengkel tersebut pada hari Khamis, 21hb Julai 2016.

Perbengkelan dilaksanakan secara berkumpulan (baik, sederhana dan lemah) berdasarkan pencapaian murid dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016.  Kumpulan 1 (pencapaian baik) dikelolakan oleh penceramah Tn. Hj. Aminuddin bin Abdul Rahman dari SMK Ayer Baloi, Pontian, Kumpulan 2 (pencapaian sederhana (dikelolakan oleh Tn. Hj. Mohd Shariff dari SMK Tun Sri Lanang, Muar dan kumpulan 3 (pencapaian rendah) dikelolakan oleh Tn, Hj. Minhad bin Kasmadi dari SMK Seri Aman, Kota Tinggi.

Semoga usaha ini akan dapat meningkatkan pencapaian Sains Pertanian dalam SPM 2016.  Terima kasih sekali lagi kepada semua yang menjayakan program ini.

Pontian Dinamik.