Friday, September 19, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 2 (Bil 8)

Contoh Soalan (c)
Terangkan kelebihan makanan jenis B.

Contoh Jawapan (c)
 1.             Kandungan Nutrien Tinggi (F)
§  Peratus protin kasar yang tinggi (H)
§  Meningkatkan Nisbah Penukaran Makanan (NPM) (H)
§  Boleh menentukan kandungan nutrien yang dikehendaki (H)
2.             Boleh ditambah aditif makanan (F)
§  Meningkatkan mutu makanan (H)
§  Menambahkan selera makan (H)
§  Aditif@boleh ditambah seperti molas @ gula merah (H)
3.             Mudah dikendalikan/mudah diberi pada ternakan (F)
§  Dalam guni/bekas plastik/ karung (H)
§  Pelbagai bentuk seperti until/wefer/kiub/serbuk/pelet (H)
§  Mudah diangkut/ringan (H)
4.             Mudah disimpan (F)
§  Bentuk kering (H)
§  Tahan lama (H)
§  Tidak mudah rosak / berbagai bentuk (H)
§  Perlu ruang yang kecil (H)
5.             Pelbagai Kegunaan (F)
§  Dirumus bersesuaian dengan peringkat umur ternakan (H)

§  Dirumus bersesuaian dengan peringkat pengeluaran seperti semasa bunting, menyusukan, pengemukkan, anak cerai susu  (H)

Wednesday, September 17, 2014

MAHA 2014


Tuesday, September 16, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 2 (Bil 7)

Contoh Soalan (b)
Terangkan kebaikan makanan jenis A di bawah.

Contoh Jawapan (b)
1.         Kos rendah/murah (F)
§  Boleh didapati dikebanyakan tempat (H)
§  Kos penyelenggaran rendah kerana mudah tumbuh/mudah ditanam (H)
§  Kos pengendalian yang rendah kerana lembu ragut sendiri dan dapat jimatkan kos pekerja  (H)
2.         Ketersediaan/ mudah diperolehi (F)
§  Mudah didapati dikebanyakan tempat (H)
§  Tumbuh semula dengan cepat selepas diragut atau dipotong (H)
§  Membolehkan sistem ragutan secara pusingan (H)
3.         Digemari Ternakan (F)
§  Pelbagai bentuk : Rumput/kekacang/segar/awetan (H)
§  Daun yang lembut, segar, berperisa dan rapuh (H)
4.         Kecernaan yang baik (F)
§  Kandungan fiber (serat) yang tinggi (H)
§  Struktur yang lembut memudahkan pencernaan (H)
§  Meningkatkan Nisbah Penukaran Makanan (NPM) (H)
§  Sumber utama nutrien dan tenaga (H)

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 2 (Bil 6)

Contoh Soalan (a) :
Namakan makanan jenis A dan B untuk ternakan ruminan.

Contoh Jawapan (a)
Makanan Jenis A : Foraj
Makanan Jenis B : Konsentrat

Sunday, September 14, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 2 (Bil 5)

Contoh Soalan :
Terangkan kelebihan kaedah kimia berbanding kaedah biologi dalam pengawalan organisma.



Contoh Jawapan :
1. Kesan Tindakan Cepat
2. Bilangan Perosak Sasaran 
3. Keperluan Kemahiran
4. Kedapatan Di Pasaran
5. Kos Jangka pendek rendah

1. Kesan Tindakan Cepat (F)
    - Kesan racun dapat diperhatikan dalam tempoh singkat seperti perosak mati (H)
2. Bilangan Perosak Sasaran (F)
    - Bolehmengawal banyak jenis organisma denganmenggunakan satu bahan kimia sahaja (H)
3. Keperluan Kemahiran (F)
    - Tidak memerlukan pengetahuan mendalam tentang perosak dan kemahiran tinggi ketika melaksanakan kaedah kimia (H)
4. Kedapatan Di Pasaran (F)
    - Mudah didapati dan dibeli dipasaran (H)
5. Kos Jangka pendek rendah (F)
    - Dalam jagkapendek ia menggunakan kos yang rendah (H)

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 2 (Bil 4)

Contoh Soalan :
Terangkan kebaikan pembiakan seks berbanding pembiakan aseks.


Contoh Jawapan :
1. Sistem Akar yang kuat (F)
    - Akar tunjang yang tumbuh dari biji benih merupakan sistem akar yang kuat berbanding akar serabut / adventitus dari pembiakan aseks (H)
2. Mudah dilakukan (F)
    - Pembiakan secara biji benih tidak memerlukan kemahiran tinggi dan mudah dilakukan (H)
3. Bilangan anak pokok yang banyak dan seragam (F)
    - Bilangan bahan pembiakan / biji benih yang banyak membolehkan pembaiakkan dilakukan dalan kuantiti yang banyak dan seragam (H)
4. Kaedah Untuk Menyediakan Pokok Penanti (F)
    - Pokok penanti hanya boleh disediakan menggunakan kaedah seks kerana akarnya yang kuat (H)

Friday, September 12, 2014

Salam Jumaat dan Selamat Bercuti

dan Selamat bercuti kepada murid dan warga pendidik yang akan mula bercuti.  Kepada calon SPM 2014, gunakan masa cuti ini dengan sebaik-baiknya dan jaga kesihatan dan keselamatan diri.  Kepada rakan-rakan yang akan memandu untuk balik kampung, bercuti ataupun kelas tambahan hati-hati di jalanraya.  Semoga cuti kali ini lebih bermakna untuk anda dan keluarga.
Insyaallah, laman blog ini akan terus dikemaskini sepanjang cuti persekolahan ini.

Thursday, September 11, 2014

Cukuplah sekali

Sama-sama kita fikirkan dan amalkannya.

Wednesday, September 10, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 2 (Bil 3)

Contoh Soalan :
Terangkan kebaikan pembiakan aseks berbanding seks bagi tanaman

Contoh Jawapan :
1.             Pelbagai kaedah aseks
§   Keratan batang/ daun/ cantuman baji/ cantuman matatunas/ rhizom/ umbisi/ stolon/ tisu kultur
§   Boleh dibiakkan sepanjang tahun
2.             Mendapat pokok yang seragam
§   Bahan aseks dapat dari pokok yang sama umurnya
§   Sepokok tanaman terdapat banyak dahan/batang yang boleh  dibiakan
§   Dapat dibiakkan banyak pada satu masa
3.             Pokok menyerupai/sama dengan induk
§   Genetik/ baka tanaman sama dengan pokok induk
§   Kuantiti /Kualiti hasil sama dengan pokok induk
4.             Cepat mengeluarkan hasil
§   Bahan aseks yang diambil dari pokok induk yang telah matang
§   Dahan/keratan telah matang
5.             Tanaman tidak pupus
§   Dapat membiakkan tanaman yang tidak mengeluarkan bijibenih/ bijibenih bernas
6.             Dapat memilih/ membiak klon yang dikehendaki
§   Memilih matatunas dari pokok yang berkualiti/dikehendaki
§   Dibiakan secara cantuman matatunas/cantuman baji

Monday, September 8, 2014

Sakit Mata (Konjunktivitis)

Langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan Konjunkitivitis (sakit mata) adalah adalah:
§  Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata.
§  Elakkan sebarang sentuhan muka dengan orang lain sekiranya anda mengalami gejala konjunktivitis.
§  Jangan benarkan orang lain menggunakan barangan peribadi anda seperti tuala, bantal atau alat kosmetik.
§  Jangan gunasama ubat titisan atau salap mata
§  Buangkan ubat titisan dan salap mata yang berlebihan sekiranya konjunktivitis telah pulih
§  Sekiranya anda pengguna kanta sentuh, berhentilah menggunakannya untuk sementara waktu.
§ Mereka yang terlibat di dalam sektor penjagaan kesihatan, perkhidmatan makanan atau pendidikan, dinasihatkan agar tidak bekerja sehingga mata mereka kembali pulih kerana mereka ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan jangkitan kepada orang lain


Sunday, September 7, 2014

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2014 (Sains Pertanian : 3528)

Sama-samalah kita tingkatkan usaha dan doa.

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 2 (Bil 2)

Contoh Soalan :
Terangkan kelebihan kaedah biologi berbanding kaedah kimia dalam mengawal organisma.


Contoh Jawapan :
Kelebihan Kaedah Biologi :
1. Tidak mencemar alam sekitar (F)
     -  Tidak menggunakan racun kimia (H)
     -  Najis/ pemangsa mati menjadi bahan organik/baja organik (H)
2. Selamat digunakan (F)
     -  Penggunaan agen kawalan biologi telah diuji oleh agensi kerajaan/swasta (H)
         -  Tidak menjejaskan kesihatan manusia (H)
         -  Tidak merosakan tanaman/hasil tanaman (H)
3. Mengurangkan kos pengurusan (F)
     -  Tidak perlu membeli racun (H)
     -  Dapat megurangkan kos upah meracun (H)
4. Hasil bersih (F)
     -   Hasil tidak mengandungi racun/sisa racun (H)
     -   Hasil selamat dimakan (H)
5. Kesan kawalan lebih lama (F)
     -   Pemangsa hidup lama/ umur panjang/ lambat mati (H)
     -   Pemangsa membiak/ beranak (H)

(F) : Fakta
(H) : Huraian

Saturday, September 6, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 2 (Bil 1)

Analisa Soalan SPM Kertas 2 Soalan 2 (2008 - 2013)

Tali Sandal


Thursday, September 4, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 1 (Bil 7)

Analisa soalan SPM Kertas 2 Soalan 1 (2008 - 2013)

Monday, September 1, 2014

Kenaikan Darjat dan Penghapusan Dosa

Sama-sama kita fikir dan amalkan.