Tuesday, August 26, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 1 (Bil 6)

Contoh Soalan :
Terangkan kaedah membaja.
Contoh Jawapan :
Kaedah membaja
                         i.          Menabur
§  ditabur di permukaan tanah sekitar pangkal pokok
§  menggunakan alat seperti alat penabur baja yang dipasang kepada traktor.
                       ii.          Semburan
§  baja dilarutkan dan disembur kepada daun pokok
§  boleh dicampur racun serangga/kulat
§  menggunakan mesin penyembur seperti penyebur galas, penyembur bermotor dll.
                     iii.          Poket
§  baja diletakkan ke dalam poket/ lubang kecil sekeliling pokok
§  kemudian ditimbus
                     iv.          Alur
§  baja ditabur dalam alur yang dibuat disekeliling pokok atau di antara barisan pokok
§  kemudian ditimbus

Sunday, August 24, 2014

Berdoalah...


Sunday, August 17, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 1 (Bil 5)

Contoh Soalan :
Terangkan kaedah mencegah dan mengawal penyakit.


Contoh Jawapan :
 i.       Kuarantin
§  Menahan sementara atau mengasing ternakan yang dibawa masuk dari luar
§  Dilakukan di sempadan pintu masuk negara/pelabuhan/ lapangan terbang
§  Untuk mencegah kemasukan penyakit
§  Dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan
ii.      Menggunakan baka yang resistan
§  Tahan terhadap himpitan iklim, patogen, parasit dan penyakit
§  Kacukan baka daripada luar dengan baka tempatan untuk meningkatkan daya tahan ternakan baru.
§  Contoh: Lembu KK x Friesien
iii.    Pengawalan vektor
§  Kawalan organisma pembawa penyakit/ pathogen/ virus/ bakteria/ kulat
§  Vektor seperti lalat/ lipas/ burung
§  Dengan menutup reban/ amalan sanitasi/ sembur racun
iv.    Amalan sanitasi
§  Kawasan sentiasa bersih/ basmi kuman sebelum masukkan ternakan
§  Bersihkan tinja/ sampah/ rumpai yang panjang/ bersihkan persekitaran
§  Dapat mengelak tempat pembiakan/ perumah parasit
§  Air minuman yang bersih
v.      Penghapusan
§  Serangan kronik/ penyakit tiada ubat/vaksin/ penyakit merbahaya
§  Secara membunuh/ ditanam/ dibakar
§  Untuk mengelak penyakit merebak kepada ternakan lain/manusia
vi.    Pemvaksinan
§  Bahan antigen
§  Merangsang penghasilan antibodi
§  Memberi keimunan terhadap penyakit
§  Kaedah pengawalan (suntikan/ campur dalam makanan)
§  Contoh vaksin (Ranikhet F/Fowl pox/ H120)
vii.   Penakaian
§  Pengasingan ternakan berpenyakit daripada ternakan lain
§  Mengelak penyakit berjangkit
§  Mengelakkan sentuhan/ hembusan nafas/ cecair badan mengenai ternakan lain
viii.  Pemberian makanan seimbang
§  Mengandungi semua nutrien yang diperlukan
§  Mengandungi semua kelas makanan
§  Kuantiti yang betul dan cukup

Friday, August 15, 2014

Solat Sunat Paling Afdal

Imam Nawawi menjelaskan : Solat sunat yang paling afdal selepas sunat rawatib dan tarawih ialah solat dhuha, kemudian apa yang berkaitan dengan sesuatu perbuatan seperti dua rakaat tawaf jika kita tidak berpendapat mewajibkannya, dua rakaat ihram, tahiyyat masjid dan kemudian sunat wuduk. [al-Majmuk jil.4, hlm. 26]


wallahualam

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 1 (Bil 4)

Contoh Soalan :
Terangkan cara mengatasi masalah himpitan iklim  terhadap ternakan.


Contoh Jawapan :

i.               Perumahan yang sesuai/sempurna
§   Menyediakan bangunan/kandang/reban
§   Ruang mencukupi/ lantai luas
§   Pengudaraan yang baik
§   Cahaya yang cukup/bangunan memanjang arah utara selatan
§   Meletakkan lindungan seperti jaring hitam untuk mengelak cahaya matahari yang terik
§   Mudah dibersihkan/dibasuh
ii.            Menyediakan naungan/lindungan
§   Tempat ternakan berteduh/ mengelakkan pancaran matahari yang terik
§   Menanam pokok naungan/ menyediakan bangsal di kawasan ragutan
§   Pokok yang rendang/tidak toksik /tidak berduri/ bangsal yang tinggi 3-4 meter.
iii.           Ragutan waktu malam
§   Waktu malam suhu rendah/ sejuk
§   Ternakan lebih banyak mengambil makanan daripada minum
§   Dapat mengelakkan ternakan mengalami kekurangan nutrien yang boleh menganggu tumbesaran
iv.            Menternak baka yang toleran/tahan terhadap haba
§   Ternakan temperat akan mengeluarkan hasil berkurangan jika diternak di kawasan tropika (Malaysia) kerana himpitan iklim.
§   Kacukkan baka tempatan dengan baka iklim sederhana/temperat untuk mendapatkan baka yang tahan/toleran terhadap haba
§   Contoh: Lembu KK (tempatan) x Friesian/  Brahman x Friesian
v.              Memberi makanan yang bernutrien tinggi
§   Akan meningkatkan lagi tumbesaran/ menampung aktiviti ternakan
§   Pemberian makanan pembuka selera dapat meningkatkan ragutan dan tumbesaran ternakan/  pemberian air sejuk dapat menambahkan pengambilan makanan
§   Makanan yang mempunyai kandungan protein kasar yang tinggi
§   Contoh makanan bernutrien tinggi seperti konsentrat/ PKC (Palm Kernel Cake=hampas isirong kelapa sawit)

Thursday, August 14, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 1 (Bil 3)


Contoh Soalan :
Terangkan kaedah kawalan organisma perosak.


Contoh Jawapan :
i.            Kawalan Fizikal
-       Membuat sekatan mekanikal/sekatan tingkah laku/perubahan persekitaran
-       Memasang jaring/membungkus
-      Mengganggu melalui bunyian/ bauan/ cahaya
-       Mengubah (turun atau naik) suhu, kelembapan seperti penggunaan atap zink
ii.         Kawalan kultur
-       Kaedah menganggu perkembangan atau kitaran hidup perosak
-       Pemugaran tanah/membajak/memusnahkan perumah perosak
-       Menggilirkan tanaman/ perosak tidak sama makanannya
-       Varieti resistan/ tahan kepada serangan perosak
-       Amalan pertanian baik/ jaga kebersihan/ jarak tanaman yang betul
iii.       Kawalan biologi
-        Menggunaka pemangsa untuk membunuh/mengurangkan perosak
-       Burung hantu/ular sawa memakan/bunuh tikus
/ Semut hitam pada pokok koko mengawal kepinding/pianggang
/Bakteria Bacillus thuringiensis mengawal larva plutella
iv.        Kawalan kimia
-       Menggunakan bahan/racun kimia/racun serangga
-       Jenis racun seperti racun makan/racun sentuh/racun sistemik/ racun pewasap
-       Tindakannya cepat/ perosak cepat mati/ banyak perosak akan mati
v.          Kawalan undang-undang
-       Penguatkuasaan undang-undang/peraturan
-       Kuarantin/ penghapusan/ persijilan
vi.        Kawalan perosak bersepadu
-       Melibatkan penggunaan pelbagai kaedah
-       Penggunaan kaedah kimia adalah yang akhir dan secara bijaksana

Wednesday, August 13, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 1 (Bil 2)

Contoh Soalan :
Terangkan kaedah mengawal hakisan tanah yang disebabkan oleh air.


Contoh Jawapan :
i.  Menanam tanaman penutup bumi
-  akar tanaman penutup bumi dapat mencekam tanah daripada dibawa air
-  tanaman penutup bumi dapat menghalang timpaan terus hujan ke atas tanah.
-  mengurangkan larian air yang membawa tanah semasa hujan
ii.    Menanam mengikut kontour
-  dapat mengurangkan larian air menuruni bukit
-  Larian air pelahan apabila mengikut kontour
iii.  Membina/membuat teres
- Teres dapat mengurangkan larian air tanah oleh air hujan.
- sudut teres yang rendah membolehkan air diresap tanah dan mengurangkan larian air
iv.  Membina sungkupan/lindungan
-  dapat menghalang timpaan hujan terus ke permukaan tanah
-  tanah tidak terkena hujan dan tidak dapat dilarikan air
-  menggunakan plastik hitam/ rumput kering dan sebagainya sebagai sungkupan/ lindungan.
v.  Perparitan/Longkang/saliran
-  menyalirkan air berlebihan mengalir keluar dari kawasan tersebut
- air dapat mengalir melalui longkang tanpa menghakis dan membawa tanah  
vi.  Menanam secara jalur
-  melintang /merintangi aliran air
-  air yang membawa tanah tersekat kerana ada tanaman secara jalur

Tuesday, August 12, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 1 (Bil. 1)

Contoh Soalan :
Terangkan trend pertanian di Malaysia.



Contoh Penulisan Jawapan:
   i.  Mempelbagaikan tanaman dan ternakan.
                - Meningkatan pendapatan pengusaha/ dua sumber pendapatan
                - Dapat memaksimumkan penggunaan tanah
                - Menjimatkan kos pembajaan dengan adanya najis haiwan
   ii. Pertanian berorientasikan eksport dan komersil.
- Hasil pertanian yang ada permintaan luar negara
- Memperoleh tukaran wang asing.
- Hasil tiada masalah pasaran
  iii. Hubungkait pertanian dengan pelancongan (agrotourism)
- Menyediakan ladang komersil supaya pelancong dapat melihat sendiri
- Jalan raya merentasi kawasan perladangan dan menyediakan tempat
  penginapan/ mudah dilawati
- Mengadakan muzium dan taman pertanian
iv.    Hubungkait pertanian dengan landskap.
                    - Menyusun atur tanaman dan kawasan ternakan yang indah
                    - Mewujudkan pemandangan dan seni taman
v. Ladang kontrak
              - Mengusahakan dengan adanya perjanjian dua pihak
- Modal disediakan oleh satu /tiada masalah modal
- Hasil akan dibeli oleh pihak yang menyediakan modal /tiada masalah  pemasaran hasil
  vi. Penggabungan ladang kecil.
              - Ladang kecil digabungkan dibawah satu pengurusan
              - Dapat mengatasi masalah tanah terbiar.
- Untuk memastikan keberkesanan menggunakan sumber sedia ada
- Membolehkan penggunaan teknologi/ mekanisasi ladang
  vii. Perhutani.
                - Mengoptimumkan penggunaan tanah
                - Mengurangkan permintaan untuk tanah pertanian yang baru
                - Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan daripada kawasan sama.

Wednesday, August 6, 2014

Jom Puasa Enam


Sunday, July 20, 2014

Tuesday, July 15, 2014

Qunut Nazilah


Wednesday, July 9, 2014

Sketsa Ramadhan (3)

Sumber : Majalah SOLUSI terbitan Julai 2014.

Monday, July 7, 2014

Sketsa Ramadhan (2)

Sumber : Majalah SOLUSI terbitan Julai 2014

Saturday, July 5, 2014

Qailullah

‘Qailullah’ atau ‘Qoilulah’ iaitu tidur singkat (sebentar) di pertengahan hari yang disertai dengan niat.

Firman Allah سبحانه وتعالى :
وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

“Dan di antara tanda-tanda KemurahanNya dan Kasih SayangNya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari, dan usahamu mencari sebahagian dari KurniaNya. Sesungguhnya pada hal yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).” (Surah Ar-Ruum : Ayat 23)

Sabda Rasulullah  :

“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.” (Hadis Riwayat Ibnu Abbas).

Waktu Qailullah (tidur siang) adalah selama beberapa minit sebelum masuk waktu solat Zuhur atau selepas makan tengahari hingga awal Asar iaitu dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja . Waktu paling afdhalnya ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat Zuhur.

Selamat beramal.

Wednesday, July 2, 2014

Sketsa Ramadhan (1)

sumber : Majalah SOLUSI terbitan Julai 2014.

Saturday, June 28, 2014

Ramadhan Kareem

JKDSPMPV mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua murid dan warga pendidik muslim.  Semoga kita semua diaugerahi kesihatan, kekuatan dan rahmatNya untuk meningkatkan amalan di bulan mulia ini.  Sama-sama kita berdoa agar ramadhan kali ini adalah ramadhan terbaik.
Selamat beramal.

Thursday, June 12, 2014

SLAAS 2013/2014 : Penilaian Lapangan

JKD merakamkan tahniah kepada SMK Telok Kerang kerana telah termasuk dalam empat buah sekolah (tiga buah SMK dan sebuah SK) yang telah dipilih oleh Panel Penilai SLAAS Perigkat Negeri untuk sesi penilaian di lapangan.  Sekiranya penilaian yang dibuat pada 23hb Jun 2014 itu mencapai standarad SLAAS yang dikehendaki, sekolah tersebut akan dicalonkan untuk SLAAS Peringkat Kebangsaan sesi 2013/2014.  Dua buah SMK lain yang terpilih adalah SMK Sri Aman Kota Tinggi dan SMK Lukmanul Hakim, Kota Tinggi.
Semoga berjaya.

Tuesday, May 20, 2014

Sekolah Lestari Augerah Alam Sekitar (SLAAS) 2013/2014


JKDSPMPV mengucapkan tahniah kepada 3 buah sekolah yang telah disenarai pendek oleh Panel Pemilihan Jabatan Alam Sekitar untuk pencalonan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sesi 2013/2014.  Tiga buah sekolah tesebut adalah SMK Ayer Baloi, SMK Dato Mohd Yunus Sulaiman dan SMK Telok Kerang Pontian.  Pembentangan tentang aktiviti pelestarian sekolah dijadualkan pada 20hb Mei 2014 (Selasa) di Bangunan HASIL, Tampoi, Johor Bahru.
Semoga berjaya.