Wednesday, August 13, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 1 (Bil 2)

Contoh Soalan :
Terangkan kaedah mengawal hakisan tanah yang disebabkan oleh air.


Contoh Jawapan :
i.  Menanam tanaman penutup bumi
-  akar tanaman penutup bumi dapat mencekam tanah daripada dibawa air
-  tanaman penutup bumi dapat menghalang timpaan terus hujan ke atas tanah.
-  mengurangkan larian air yang membawa tanah semasa hujan
ii.    Menanam mengikut kontour
-  dapat mengurangkan larian air menuruni bukit
-  Larian air pelahan apabila mengikut kontour
iii.  Membina/membuat teres
- Teres dapat mengurangkan larian air tanah oleh air hujan.
- sudut teres yang rendah membolehkan air diresap tanah dan mengurangkan larian air
iv.  Membina sungkupan/lindungan
-  dapat menghalang timpaan hujan terus ke permukaan tanah
-  tanah tidak terkena hujan dan tidak dapat dilarikan air
-  menggunakan plastik hitam/ rumput kering dan sebagainya sebagai sungkupan/ lindungan.
v.  Perparitan/Longkang/saliran
-  menyalirkan air berlebihan mengalir keluar dari kawasan tersebut
- air dapat mengalir melalui longkang tanpa menghakis dan membawa tanah  
vi.  Menanam secara jalur
-  melintang /merintangi aliran air
-  air yang membawa tanah tersekat kerana ada tanaman secara jalur

Tuesday, August 12, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 1 (Bil. 1)

Contoh Soalan :
Terangkan trend pertanian di Malaysia.



Contoh Penulisan Jawapan:
   i.  Mempelbagaikan tanaman dan ternakan.
                - Meningkatan pendapatan pengusaha/ dua sumber pendapatan
                - Dapat memaksimumkan penggunaan tanah
                - Menjimatkan kos pembajaan dengan adanya najis haiwan
   ii. Pertanian berorientasikan eksport dan komersil.
- Hasil pertanian yang ada permintaan luar negara
- Memperoleh tukaran wang asing.
- Hasil tiada masalah pasaran
  iii. Hubungkait pertanian dengan pelancongan (agrotourism)
- Menyediakan ladang komersil supaya pelancong dapat melihat sendiri
- Jalan raya merentasi kawasan perladangan dan menyediakan tempat
  penginapan/ mudah dilawati
- Mengadakan muzium dan taman pertanian
iv.    Hubungkait pertanian dengan landskap.
                    - Menyusun atur tanaman dan kawasan ternakan yang indah
                    - Mewujudkan pemandangan dan seni taman
v. Ladang kontrak
              - Mengusahakan dengan adanya perjanjian dua pihak
- Modal disediakan oleh satu /tiada masalah modal
- Hasil akan dibeli oleh pihak yang menyediakan modal /tiada masalah  pemasaran hasil
  vi. Penggabungan ladang kecil.
              - Ladang kecil digabungkan dibawah satu pengurusan
              - Dapat mengatasi masalah tanah terbiar.
- Untuk memastikan keberkesanan menggunakan sumber sedia ada
- Membolehkan penggunaan teknologi/ mekanisasi ladang
  vii. Perhutani.
                - Mengoptimumkan penggunaan tanah
                - Mengurangkan permintaan untuk tanah pertanian yang baru
                - Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan daripada kawasan sama.

Wednesday, August 6, 2014

Jom Puasa Enam


Sunday, July 20, 2014

Tuesday, July 15, 2014

Qunut Nazilah


Wednesday, July 9, 2014

Sketsa Ramadhan (3)

Sumber : Majalah SOLUSI terbitan Julai 2014.

Monday, July 7, 2014

Sketsa Ramadhan (2)

Sumber : Majalah SOLUSI terbitan Julai 2014

Saturday, July 5, 2014

Qailullah

‘Qailullah’ atau ‘Qoilulah’ iaitu tidur singkat (sebentar) di pertengahan hari yang disertai dengan niat.

Firman Allah سبحانه وتعالى :
وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

“Dan di antara tanda-tanda KemurahanNya dan Kasih SayangNya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari, dan usahamu mencari sebahagian dari KurniaNya. Sesungguhnya pada hal yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).” (Surah Ar-Ruum : Ayat 23)

Sabda Rasulullah  :

“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.” (Hadis Riwayat Ibnu Abbas).

Waktu Qailullah (tidur siang) adalah selama beberapa minit sebelum masuk waktu solat Zuhur atau selepas makan tengahari hingga awal Asar iaitu dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja . Waktu paling afdhalnya ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat Zuhur.

Selamat beramal.

Wednesday, July 2, 2014

Sketsa Ramadhan (1)

sumber : Majalah SOLUSI terbitan Julai 2014.

Saturday, June 28, 2014

Ramadhan Kareem

JKDSPMPV mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua murid dan warga pendidik muslim.  Semoga kita semua diaugerahi kesihatan, kekuatan dan rahmatNya untuk meningkatkan amalan di bulan mulia ini.  Sama-sama kita berdoa agar ramadhan kali ini adalah ramadhan terbaik.
Selamat beramal.

Thursday, June 12, 2014

SLAAS 2013/2014 : Penilaian Lapangan

JKD merakamkan tahniah kepada SMK Telok Kerang kerana telah termasuk dalam empat buah sekolah (tiga buah SMK dan sebuah SK) yang telah dipilih oleh Panel Penilai SLAAS Perigkat Negeri untuk sesi penilaian di lapangan.  Sekiranya penilaian yang dibuat pada 23hb Jun 2014 itu mencapai standarad SLAAS yang dikehendaki, sekolah tersebut akan dicalonkan untuk SLAAS Peringkat Kebangsaan sesi 2013/2014.  Dua buah SMK lain yang terpilih adalah SMK Sri Aman Kota Tinggi dan SMK Lukmanul Hakim, Kota Tinggi.
Semoga berjaya.

Tuesday, May 20, 2014

Sekolah Lestari Augerah Alam Sekitar (SLAAS) 2013/2014


JKDSPMPV mengucapkan tahniah kepada 3 buah sekolah yang telah disenarai pendek oleh Panel Pemilihan Jabatan Alam Sekitar untuk pencalonan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sesi 2013/2014.  Tiga buah sekolah tesebut adalah SMK Ayer Baloi, SMK Dato Mohd Yunus Sulaiman dan SMK Telok Kerang Pontian.  Pembentangan tentang aktiviti pelestarian sekolah dijadualkan pada 20hb Mei 2014 (Selasa) di Bangunan HASIL, Tampoi, Johor Bahru.
Semoga berjaya.

Thursday, May 8, 2014

Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)








Mesyuarat JKD Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional Negeri Johor Bil 1/2014

Sebahagian maklumat penting yang perlu dikongsi bersama rakan.  Slaid tersebut adalah sebahagian isi ucap utama Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dalam mesyuarat JKD Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional.  Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 30hb April 2014 (hari Rabu) jam 8.30 pagi di SMK Dato Ibrahim Majid, Kluang.

Wednesday, April 16, 2014

How to Calibrate Your pH Meter

Untuk panduan kita bersama.

Eksperimen Menentukan Tekstur Tanah : Kaedah Mendapan


Tajuk      :   Eksperimen Menetukan tekstur tanah secara mendapan (SPM 2005, SPM 2010)
Bahan    :   Sampel  tanah, air.
Radas     :   Balang gas,  penutup balang gas,   pembaris, carta segitiga tekstur tanah Atterberg.

Langkah-langkah :

  1. Masukkan tanah ke dalam balang gas sehingga separuh penuh.
  2. Masukkan air ke dalam balang gas sehingga tiga per empat penuh.
  3. Tutup mulut balang gas dengan penutup 
  4. Goncangkan campuran perlahan-lahan supaya kumin tanah terpisah.
  5. Biarkan balang gas di atas meja semalaman (24 jam)  .
  6. Lakukan pemerhatian.
  7. Ukur ketinggian ( gunakan pembaris) setiap pisahan tanah
  8. Catatkan dalam jadual.
  9. Hitungkan peratusan pisahan tanah.
  10. Tentukan kelas tekstur tanah berdasarkan peratusan pisahan
Langkah keselamatan :
     1.    Meja yang digunakan untuk meletakkan balang gas mestilah rata.

Friday, April 11, 2014

Jumaat Yang Produktif

Bagaimana dengan Jumaat kita hari ini?

Monday, April 7, 2014

Friday, April 4, 2014

Ayam


Tuesday, April 1, 2014

Lawatan Lestari ke Cameron Highland 2014

Seramai 35 murid telah menyertai lawatan lestari ke Cameron Highland anjuran JK Mata Pelajaran Sains Pertanian, SMK Telok Kerang pada 19-21hb Mac 2014. Banyak perkara yang murid pelajari sepanjang sesi lawatan ini seperti menghargai dan mensyukuri keindahan alam sekitar, mendidik akhlak murid selaras dengan ajaran agama dan menjadikan lawatan sebagai wadah memberi pengalaman dan pengetahuan.
 

Terima kasih kepada semua yang menjayakan lawatan ini  Semoga usaha anda semua diberkati Allah SWT.