Blog Jawatankuasa Kurikulum Daerah Sains Pertanian Daerah Pontian, Johor Darul Takzim.
Tuesday, April 30, 2013
Singapore's 21st-Century Teaching Strategies
Singapura merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia. Jom kita saksikan video di bawah dan ambil serta amalkan mana-mana amalan yang baik dan sesuai dengan persekitaran Malaysia.
Wednesday, April 24, 2013
Saturday, April 20, 2013
Wednesday, April 10, 2013
Mesyuarat Pembinaan Jadual Spesifikasi Item (JSI) 2013
Berdasarkan mesyuarat JKD SainsPertanian kali pertama tahun 2013, Mesyuarat
Pembinaan Jadual Spesifikasi Item (JSI) untuk Soalan Peperiksaan Setengah Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Tahun 2013 Daerah Pontian akan diadakan pada Selasa (16hb April) 2013 di Bilik Mesyuarat, SMK Telok Kerang Pontian bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.
Surat rasmi akan diedarkan oleh PPDTV dalam masa terdekat.
Harap maklum.
Surat rasmi akan diedarkan oleh PPDTV dalam masa terdekat.
Harap maklum.
Friday, April 5, 2013
Tuesday, April 2, 2013
Perancangan JKD Sains Pertanian Tahun 2013
Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah Mata Pelajaran Sains Pertanian yang telah dijalankan pada 21hb Mac 2013, berikut adalah perancangan bagi tahun 2013 :
a) Peningkatan Profesionalisme guru
a) Peningkatan Profesionalisme guru
- Lawatan ke Pusat Penyelidikan Ikan Air Payau Gelang Patah :
- Pembinaan item (JSI) Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun : 16hb April 2013 (Khamis), SMK Telok Kerang
b) Peningkatan Pencapaian murid
- Kem Harapan I (calon lemah) : 20hb Jun 2013 (SMKDMYS)
- Kem Harapan II (calon cemerlang) : 5hb Sep 2013 (SMKDMYS)
Tuesday, March 12, 2013
Mesyuarat JKD Sains Pertanian 01/2013
Merujuk kepada surat PPD Pontian bernombor rujukan JPA6008.UTV/10/27/( ) bertarikh 6hb Mac 2013. Mesyuarat tersebut akan diadakan pada 21hb Mac 2013 (Khamis) di Bilik Mesyuarat, SMK Telok Kerang bermula jam 2.30 petang.
Mohon kerjasama tuan/puan supaya membawa bersama data TOV dan ETR murid tingkatan 4 dan 5 untuk tujuan menentukan TOV mata pelajaran Sains Pertanian Daerah.
Harap maklum
Friday, January 18, 2013
Thursday, January 10, 2013
Selamat Datang 2013
Semoga tahun ini, kita, ahli keluarga dan anak-anak murid kita akan lebih diberkati dari tahun-tahun sebelumnya. Amin..
Monday, November 26, 2012
Analisa Soalan Percubaan SPM Kertas 2 Sebahagian Negeri Seluruh Malaysia (Soalan 5 dan 6)
Berdasarkan soalan percubaan negeri-negeri didapati soalan-soalan berikut telah dikemukakan untuk soalan 5 dan 6 :
- Menentukan pH menggunakan kaedah Kuhn
- Pembiakan secara tut
- Pembiakan secara cantuman matatunas
- Menentukan kemasakan buah menggunakan Kaslium Karbida
- Menentukan pH menggunakan pH meter
- Penyediaan tapai ubi
- Penyediaan kompos
- Pemasangan sistem pengairan titisan
- Bedahsiasat sistem pencernaan ayam
- Menentukan pH tanah menggunakan barium sulfat/ larutan universal/kaedah Kuh.
- Menentukan pH tanah menggunakan meter pH
- Melakukan eksperimen membuat tut/ markot
- Pembiakan secara cantuman matatunas
- Menentukan kemasakan buah menggunakan Kaslium Karbida
- Eksperimen bedah siasat ayam.
- Penyediaan tapai ubi
Thursday, November 15, 2012
Salam Maal Hijrah 1434H
“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. [Surah Al-Asr: 1-3]
Sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri dan orang-orang tersayang.
Selamat menyambut Maal Hijrah 1434...Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.
Sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri dan orang-orang tersayang.
Selamat menyambut Maal Hijrah 1434...Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.
Tuesday, November 13, 2012
Sampaikan Walaupun Sepatah Ayat
Renung-renungkan.
Saturday, November 10, 2012
Analisa Soalan Percubaan SPM Kertas 2 Sebahagian Negeri Seluruh Malaysia (Soalan 3 dan 4)
Kertas 2 dalam Bahagian B mengandungi 2 soalan iaitu Soalan 3 dan soalan 4 (soalan pilihan iaitu calon hanya perlu menjawab satu soalan sahaja). Soalan 3 dan soalan 4 ini lebih menumpu kepada topik pengiraan baja (tingkatan 4), pengiraan NPM dan belanjawan (tingkatan 5).
Soalan 3: Berdasarkan soalan tujuh negeri terpilih, kesemua negeri memilih topik pengiraan baja kecuali Negeri Sembilan memilih topik NPM dan belanjawan. Corak soalan bagi pengiraan baja terbahagi kepada tiga jenis iaitu mengira nutrien, mengira baja dan mengira kos.
Soalan 4 : Soalan gabungan diantara NPM dan belanjawan agak popular. Pengiraan NPM lebih ringkas iaitu calon hanya perlu mengiran NPM bagi minggu atau hari tertentu. Soalan pengiraan belanjawan melibatkan pengiraan pendapatan, mengira kos, keuntungan, PSRL dan mengira pulangan jika sejumlah wang dilaburkan ke dalam bidang usaha.
Calon diingatkan supaya membuat latihan secukupnya bagi mengelakkan kesilapan seperti tidak mampu mengingat semula formula pengiraan, tersilap menekan butang nombor di kalkulator, tersilap memindah nombor dari kalkulator ke kertas jawapan dan tidak menulis unit bagi soalan tertentu.
Thursday, November 1, 2012
Analisa Soalan Percubaan SPM Kertas 2 Sebahagian Negeri Seluruh Malaysia (Soalan 2)
Senarai soalan 2, Bahagian A Peperiksaan Percubaan SPM 2012.
Topik yang perlu diberi lebih penumpuan adalah seperti berikut :
1. Bandingbeza diantara kaedah Biologi dan kaedah Kimia dalam mengawal perosak tanaman
2. Bandingbeza diantara kaedah Titisan dan kaedah Percikan
3. Bandingbeza diantara pembiakan secara Tut dan Cantuman Matatunas
4. Mengira PSRL dan keuntungan berdasarkan data diberi
5. Membuat keputusan bidangusaha
Selamat belajar.
1. Bandingbeza diantara kaedah Biologi dan kaedah Kimia dalam mengawal perosak tanaman
2. Bandingbeza diantara kaedah Titisan dan kaedah Percikan
3. Bandingbeza diantara pembiakan secara Tut dan Cantuman Matatunas
4. Mengira PSRL dan keuntungan berdasarkan data diberi
5. Membuat keputusan bidangusaha
Selamat belajar.
Tuesday, October 30, 2012
Analisa Soalan Percubaan SPM Kertas 2 Sebahagian Negeri Seluruh Malaysia (Soalan 1)
Berikut adalah senarai soalan bahagian A, soalan 1 Peperiksaan Percubaan SPM 2012 bagi negeri-negeri terpilih :
Berdasarkan senarai soalan di atas dan corak soalan tahun-tahun yang lalu, tajuk-tajuk berikut perlu diberi lebih perhatian :
Berdasarkan senarai soalan di atas dan corak soalan tahun-tahun yang lalu, tajuk-tajuk berikut perlu diberi lebih perhatian :
- Isu pertanian di Malaysia.
- Trend pertanian di Malaysia.
- Cara mendapatkan cahaya optimum
- Penggunaan Pengawalatur Pertumbuhan
- Penyediaan Jadual Kerja.
- Cara mengatasi Himpitan Iklim.
- Cara mengawal penyakit ternakan.
- Cara mencegah penyakit ternakan.
- Cara merawat penyakit ternakan.
Wednesday, October 24, 2012
Tarikh Peperiksaan Kertas Sains Pertanian (3528)
Merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, tarikh peperiksaan kertas Sains Pertanian (3528) adalah seperti yang berikut :1. Sains Pertanian Kertas 1 (3528/1) pada 29hb Nov. 2012 jam 8.00 - 9.30 pagi
2. Sains Pertanian Kertas 2 (3528/2) pada 29hb Nov. 2012 jam 10.00pagi - 12.00 tengahari.
Selamat Menduduki SPM 2012.
Tuesday, October 9, 2012
Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2012 Negeri-Negeri
Selamat memuat turun dan mengulangkaji.
Wednesday, October 3, 2012
Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian Kali Pertama Tahun 2012
Bengkel tersebut telah di laksanakan dengan jayanya pada 4hb Julai 2012 (Rabu) bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 2.00 petang. Bengkel yang dilaksanakan di SMK Ayer Baloi Pontian itu telah mensasarkan murid yang mencapai markah rendah dalam Peperiksaan Percubaan SPM sebagai peserta.
Seramai 60 orang murid dari seluruh Daerah Pontian telah terlibat dalam bengkel selama 4 jam itu. Ia memfokuskan kepada teknik menjawab Kertas 2 kerana pemberatan dalam pemarkahan SPM. Dua orang penceramah terlibat secara langsung sepanjang bengkel tersebut yang terdiri daripada Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor.
JKD merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan bengkel tersebut terutamanya kepada Pengetua SMK Ayer Baloi, semua peserta, penceramah dan semua guru yang terlibat. Semoga usaha tuan / puan akan diberkati Allah SWT.
Terma kasih.
Seramai 60 orang murid dari seluruh Daerah Pontian telah terlibat dalam bengkel selama 4 jam itu. Ia memfokuskan kepada teknik menjawab Kertas 2 kerana pemberatan dalam pemarkahan SPM. Dua orang penceramah terlibat secara langsung sepanjang bengkel tersebut yang terdiri daripada Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor.
JKD merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan bengkel tersebut terutamanya kepada Pengetua SMK Ayer Baloi, semua peserta, penceramah dan semua guru yang terlibat. Semoga usaha tuan / puan akan diberkati Allah SWT.
Terma kasih.
Saturday, September 22, 2012
Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian Daerah Pontian Kali Ke-2 Tahun 2012
Empat orang penceramah akan mengendalikan bengkel tersebut yang terdiri daripada Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor. Bilangan peserta yang mengambil bahagian kehadiran adalah seramai 144 orang dari 6 buah sekolah daerah Pontian.
Bagi meningkatkan keberkesanan program, peserta telah bahagikan kepada 4 kumpulan kecil (36 peserta setiap kumpulan) mengikut tempat perbengkelan. Penceramah telah memberikan perbengkelan mengikut kepakaran masing-masing berdasarkan kertas peperiksaan (kertas 1 dan 2).
JKD merakamkan ucapan terima kasih kepada semua murid, penceramah dan guru yang telah menjayakan Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian Daerah Pontian kali ke-2 tahun 2012 ini samada secara langsung atau tidak. Kami mendoakan semoga bengkel ini akan memberi kebaikan kepada semua murid yang menyertainya.
Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)















