Wednesday, October 24, 2012

Tarikh Peperiksaan Kertas Sains Pertanian (3528)


Merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, tarikh peperiksaan kertas Sains Pertanian (3528) adalah seperti yang berikut :
1. Sains Pertanian Kertas 1 (3528/1) pada 29hb Nov. 2012 jam 8.00 - 9.30 pagi
2. Sains Pertanian Kertas 2 (3528/2) pada 29hb Nov. 2012 jam 10.00pagi - 12.00 tengahari.
Selamat Menduduki SPM 2012.

Tuesday, October 9, 2012

Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2012 Negeri-Negeri

Sebahagian kertas soalan dan skema Peperiksaan Percubaan SPM bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ada di lampirkan (di ruangan sebelah kiri blog) untuk rujukan  tuan / puan.  Semoga soalan dan skema tersebut akan dapat membantu rakan guru dan para pelajar untuk menghadapi SPM akan datang. 
Selamat memuat turun dan mengulangkaji.

Wednesday, October 3, 2012

Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian Kali Pertama Tahun 2012

Bengkel tersebut telah di laksanakan dengan jayanya pada 4hb Julai 2012 (Rabu) bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 2.00 petang.  Bengkel yang dilaksanakan di SMK Ayer Baloi Pontian itu telah mensasarkan murid yang mencapai markah rendah dalam Peperiksaan Percubaan SPM sebagai peserta. 
Seramai 60 orang murid dari seluruh Daerah Pontian telah terlibat dalam bengkel selama 4 jam itu. Ia memfokuskan kepada teknik menjawab Kertas 2 kerana pemberatan dalam pemarkahan SPM.  Dua orang penceramah terlibat secara langsung sepanjang bengkel tersebut yang terdiri daripada Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor.
JKD merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan bengkel tersebut terutamanya kepada Pengetua SMK Ayer Baloi, semua peserta, penceramah dan semua guru yang terlibat.  Semoga usaha tuan / puan akan diberkati Allah SWT.
Terma kasih.

Saturday, September 22, 2012

Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian Daerah Pontian Kali Ke-2 Tahun 2012


Bengkel kecemerlangan Sains Pertanian Daerah Pontian kali ke-2 tahun 2012 telah diadakan pada hari Khamis (27hb September 2012) di SMK Telok Kerang. Bengkel yang dilaksankan adalah kerjasama PPD Pontian dan semua guru Sains Pertanian itu akan bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Empat orang penceramah akan mengendalikan bengkel tersebut yang terdiri daripada Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor.  Bilangan peserta yang mengambil bahagian kehadiran adalah seramai 144 orang dari 6 buah sekolah daerah Pontian. 

Bagi meningkatkan keberkesanan program, peserta telah bahagikan kepada 4 kumpulan kecil (36 peserta setiap kumpulan) mengikut tempat perbengkelan.  Penceramah telah memberikan perbengkelan mengikut kepakaran masing-masing berdasarkan kertas peperiksaan (kertas 1 dan 2).
JKD merakamkan ucapan terima kasih kepada semua murid, penceramah dan guru yang telah menjayakan Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian Daerah Pontian kali ke-2 tahun 2012 ini samada secara langsung atau tidak. Kami mendoakan semoga bengkel ini akan memberi kebaikan kepada semua murid yang menyertainya.
Terima kasih.

Sunday, September 16, 2012

Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan


Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 15 September 2012. 
Terima kasih.

Wednesday, September 12, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) : Laporan Awal


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilancarkan pada 11 September 2012 oleh Menteri Pelajaran Malaysia yang bersamaan dengan hari pertama UPSR tahun 2012. Berikut adalah maklumat berkaitan PPPM tersebut yang boleh diperolehi secara percuma di pautan di bawah. Dokumen tersebut juga boleh diperolehi di blog ini seperti berikut:

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Bahasa Malaysia
http://www.e-sentral.com/search/byid/1703

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Ringkasan Eksekutif - Bahasa Malaysia
http://www.e-sentral.com/search/byid/1704

Malaysia Education Blueprint 2013-2025 - English
http://www.e-sentral.com/search/byid/1705

Malaysia Education Blueprint 2013-2025 - Executive Summary - English
http://www.e-sentral.com/search/byid/1706

Wednesday, September 5, 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM


JKD Sains Pertanian dan MPV Daerah Pontian ingin mengucapkan selamat menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2012 kepada semua calon SPM tahun ini.  Terutama kepada calon yang mengambil mata pelajaran Sains Pertanian dan MPV.
Peperiksaan Sains Pertanian (Kertas 1 dan 2) akan dilaksanakan pada Khamis (6hb September 2012) jam 8.30 - 10.00 pagi dan 11.00 - 1.00 petang.  Bagi mata pelajaran MPV, jadual peperiksaan tertakluk kepada pengurusan sekolah masing-masing.
Selamat menghadapi peperiksaan dan semoga berjaya dengan cemerlang.

Thursday, August 30, 2012

Fokus Amali 06/2012

Bahan : Racun rumpai /serangga / perosak , Air
Alatan : Baldi / bekas, Penyembur sandang ( knapsack ) / penyembur tangan, Silinder penyukat, Sebatang kayu .
Langkah-langkah
A) Sebelum menyembur
1. Memakai pakaian pelindung yang sesuai
2. Memeriksa alat penyembur dan memastikan alat berfungsi
3. Membaca maklumat pada label racun kimia
4. Menyukat racun kimia mengikut sukatan yang disyorkan
5. Memasukkan air ke dalam baldi mengikut sukatan
6. Memasukkan racun yang telah disukat ke dalam baldi itu.
7. Kacau campuran sehingga sebati menggunakan kayu.
8. Tuang campuran racun ke dalam tangki penyembur.
B) Semasa menyembur
1. Sembur pada sasaran
2. Ulang semburan sehingga rata pada semua bahagian.
C) Selepas menyembur
1. Bersih semua alatan.
2. Simpan racun yang berlebihan di tempat yang selamat
3. Tanam bekas racun yang kosong.
4. Bersihkan diri.
Langkah-langkah keselamatan.
1. Jangan sentuh, hidu atau merasa racun kimia.
2. Bancuh racun di tempat terbuka.
3. Sembur racun mengikut arah angin.
4. Jangan makan atau minum semasa membancuh atau menyembur racun.
5. Jangan meniup bahagian muncung penyembur yang tersumbat tetapi gunakan jarum halus.

Monday, August 13, 2012

Dr Iyadah bin Ayyub al-Kubaisi : 40 Amalan Ringan Berpahala Besar

Berikut adalah 40 amalan ringan yang mendapat pahala yang besar sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan:

1. Menyempurnakan Wudhu
2. Berjalan ke Masjid untuk Melaksanakan Sholat Fardhu
3. Mandi Hari Jumaat
4. Mengumandangkan Adzan
5. Mendengarkan Adzan
6. Berdoa setelah Mendengarkan Adzan
7. Mengamin Imam Waktu Sholat
8. mengucap "Rabbana Lakal Hamdu" dalam Sholat
9. Solat Dhuha
10. Duduk di Tempat Solat ( Menunggu Solat atau Setelah Solat )
11. Menghantarkan Jenazah
12. Puasa Hari Arafah
13. Puasa Asyura (10 Muharram)
14. Puasa Enam Hari pada Bulan Syawal
15. Puasa 3 hari Setiap Bulan
16. Sedekah dari Rezeki Halal
17. Membaca al-Quran
18. Membaca Surah al-Ikhlas
19. Membaca 2 ayat Terakhir Al-Baqarah Sebelum Tidur
20. Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur
21. Selawat kepada Nabi
22. Menghadiri Majlis Zikir
23. Zikir setelah Solat 5 Waktu
24. Bacaan setelah Solat Subuh, Asar dan Maghrib
25. Membaca Tasbih dan Tahmid I
26. membaca Tasbih dan Tahmid II
27. Membaca Tahlil
28. Membaca Hamdalah setelah Makan dan Minum
29. Mengucapkan Istighfar
30. Doa Kaffaratul Majlis
31. Menjauhkan Diri dari Syirik
32. Mencintai Saudara kerna Allah
33. Menyebarkan Salam
34. Mendoakan Sesama Muslim
35. Keutamaan 10 Dzulhijjah
36. Cinta Allah dan Rasul-Nya
37. Musibah atau Cubaan
38. Istikharah
39. Bercucuk tanam
40. Berdakwah

Sunday, August 12, 2012

Friday, August 10, 2012

Malam Lailatul Qadar


Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T.


Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. Maksudnya:

"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu bulan."

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.: Maksudnya:

"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: Maksudnya:

"Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain."

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya:

"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,

"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."

Daripada Riwayat Mu'awiyah: Maksudnya:

"Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27."

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi: Maksudnya:

"Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:

"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa: Maksudnya:

"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."

- Petikan dari : FIQH & Perundangan Islam Jilid II : Wahbah al-Zuhaili : Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.



Thursday, August 9, 2012

Bengkel Pembinaan Item


Bengkel Pembinaan Item Peperiksaan Setara Akhir Tahun 2012 Untuk Mata Pelajaran Sains Pertanian Tingkatan 4 Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian akan di adakan seperti ketetapan di bawah :
Tarikh    : 14hb Ogos 2012
Hari       : Selasa
Masa     : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat  : Bilik Mesyuarat, SMK Telok Kerang
Rujukan surat : JPA6008.UTV/600-3/7jld 4 (3) bertarikh 27hb Julai 2012.
Ketua Panitia Mata Pelajaran Sains Pertanian Daerah Pontian Di jemput hadir.
Harap Maklum.

Fokus K2 Bahagian A : Soalan 2 (iii)

Tuesday, August 7, 2012

Fokus K2 Bahagian A : Soalan 2 (ii)


Menilai Prestasi Bidang Usaha Berdasarkan Keuntungan Dan Pulangan Setiap Ringgit Dilabur
a) Keuntungan bidang usaha bergantung kepada jumlah pengeluaran, harga hasil dan jumlah perbelanjaan.

Keuntungan = Pendapatan – Jumlah perbelanjaan

b) Apabila jumlah pengeluaran meningkat dan harga jualan meningkat sementara jumlah perbelanjaan menurun atau tetap maka keuntungan akan meningkat.  PSRL yang tinggi menunjukkan bidang usaha berdaya saing dan menguntungkan.

PSRL = Jumlah pendapatan / Jumlah perbelanjaan

Keputusan masa depan bidang usaha:
1) Meneruskan bidang usaha (membesarkannya / meneruskan ) jika :
           a. PSRL tinggi
           b. Keuntungan tinggi .
2) Membubarkan bidang usaha jika :
           a. kerugian yang tinggi dan
           b. kerugian dijangka berpanjangan (jual semua aset sebelum menutup ladang.)
3) Menggantikan dengan bidang usaha yang lain, jika :
           a. terdapat saingan sengit,
           b. sukar mendapat bekalan input,
           c. harga pasaran yang terlampau rendah.
4) Mengubahsuai pengurusan bidang usaha dilakukan jika :
           a. pengusaha yang menyebabkan kerugian
           b. pengurusan tidak cekap

Monday, August 6, 2012

Monday, July 30, 2012

Fokus Amali 05/2012


Tajuk : Mengkaji kesan kalsium ( CaC2) ke atas kemasakan buah pisang.

Bahan : 8 biji pisang hijau, 2 biji pisang masak, Kalsium karbida ( CaC2)
Alatan : Spatula, kain belacu / pembungkus dan 4 bekas plastik bertudung.
Langkah-langkah
1. Sediakan dua bekas bertudung yang bersih dan kering.
2. Labelkan A dan B
3. Masukkan 2 biji pisang hijau dalam setiap bekas
4. Bungkus ¼ sudu pepejal kalsium karbida ( CaC2) dengan kain belacu
5. Letakkan ke dalam bekas A
6. Tutup bekas A dengan segera.
7. Bekas B sebagai radas kawalan.
8. Lakukan pemerhatian selepas 3 hari.
9. Catatkan pemerhatian.
Langkah keselamatan
1. Jangan kenakan air pada kalsium karbida ( CaC2) .
2. Jauhkan punca api dari kawasan eksperimen
3. Elakkan dari menghidu gas yang terhasil dari kalsium karbida ( CaC2) kerana ia
mengandungi gas arsenik dan fosforus yang toksik.
Pemerhatian
Selepas 3 hari, didapati pisang di dalam bekas A telah masak ( berubah ke warna kuning ) manakala pisang di dalam bekas B belum masak ( masih berwarna hijau ) .

Wednesday, July 25, 2012

Tahniah

Tuesday, July 24, 2012

Fokus Amali 04/2012

Panapaian Ubi Kayu
Bahan : Ubi kayu, Ragi (½ biji - dihancurkan)

Alatan : Dulang / talam, Kain, Senduk, Periuk kukus, Bekas plastik lut sinar, Sudu dan Pisau

Langkah-langkah
1. Kupas ubi kayu.
2. Kikis bahagian yang berlendir dengan menggunakan belakang pisau.
3. Potong mengikut saiz yang sesuai
4. Basuh hingga bersih.
5. Rebus ubi kayu hingga empuk.
6. Buang air rebusan
7. Letakkan ubi kayu dalam talam.
8. Biarkan sejuk
9. Hancurkan ragi.
10. Tabur di atas ubi kayu
11. Gaul hingga rata.
12. Bungkus dengan daun pisang.
13. Sediakan satu besen yang dilapik dengan kain dan daun pisang (untuk pemeram)
14. Susun bungkusan tapai dalam besen tadi. Tutup lapisan atas dengan kain dan besen ditutup rapat
15. Selepas hari ke 2 atau ke 3, tapai sedia untuk dimakan.

Langkah keselamatan
1. Jangan peram tapai dalam peti sejuk
2. Jangan sentuh ragi dengan tangan yang tidak bersih

Sunday, July 22, 2012

Ulangkaji Puasa (3)


Sunat-sunat puasa

1. Makan Sahur serta melambatkannya
2. Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
3. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
4. Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
5. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
6. Membaca Al-Quran
7. Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara makruh ketika berpuasa
1. Berbekam
2. Mengeluarkan darah
3. Berkucup
4. Merasa makanan
5. Bersugi selepas gelincir matahari
6. Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa
1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
2. Makan dan minum sepanjang hari
3. Muntah dengan sengaja
4. Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
5. Keluar darah haid dan nifas
6. Gila
7. Pitam atau mabuk sepanjang hari
8. Murtad

Saturday, July 21, 2012

Waktu Solat bulan Ramadhan 1433H (Julai / Ogos 2102)


Untuk panduan bersama pada bulan yang mulia ini.

Thursday, July 19, 2012

Ulangkaji Puasa (2)

Syarat-syarat Puasa

Terbahagi kepada 2 :
1. Syarat-syarat wajib
2. Syarat-syarat sah

Syarat wajib
1. Islam
2. baligh
3. berakal
4. berupaya(sihat)
5. bermukim

Syarat Sah
1. Islam
2. Berakal
3. Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
4. Niat

Rukun Puasa
1. Niat
Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
2. Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah Puasa
1. Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
2. Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
3. Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
4. Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
5. Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
6. Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
7. Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
8. Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia