Blog Jawatankuasa Kurikulum Daerah Sains Pertanian Daerah Pontian, Johor Darul Takzim.
Sunday, August 12, 2012
Friday, August 10, 2012
Malam Lailatul Qadar
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T.
Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. Maksudnya:
"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu bulan."
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.: Maksudnya:
"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: Maksudnya:
"Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain."
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,
"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."
Daripada Riwayat Mu'awiyah: Maksudnya:
"Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27."
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi: Maksudnya:
"Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:
"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa: Maksudnya:
"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."
- Petikan dari : FIQH & Perundangan Islam Jilid II : Wahbah al-Zuhaili : Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Thursday, August 9, 2012
Bengkel Pembinaan Item
Bengkel Pembinaan Item Peperiksaan Setara Akhir Tahun 2012 Untuk Mata Pelajaran Sains Pertanian Tingkatan 4 Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian akan di adakan seperti ketetapan di bawah :
Tarikh : 14hb Ogos 2012
Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Telok Kerang
Rujukan surat : JPA6008.UTV/600-3/7jld 4 (3) bertarikh 27hb Julai 2012.
Ketua Panitia Mata Pelajaran Sains Pertanian Daerah Pontian Di jemput hadir.
Harap Maklum.
Tuesday, August 7, 2012
Fokus K2 Bahagian A : Soalan 2 (ii)
Menilai Prestasi Bidang Usaha Berdasarkan Keuntungan Dan Pulangan Setiap Ringgit Dilabur
a) Keuntungan bidang usaha bergantung kepada jumlah pengeluaran, harga hasil dan jumlah perbelanjaan.
Keuntungan = Pendapatan – Jumlah perbelanjaan
b) Apabila jumlah pengeluaran meningkat dan harga jualan meningkat sementara jumlah perbelanjaan menurun atau tetap maka keuntungan akan meningkat. PSRL yang tinggi menunjukkan bidang usaha berdaya saing dan menguntungkan.
PSRL = Jumlah pendapatan / Jumlah perbelanjaan
Keputusan masa depan bidang usaha:
1) Meneruskan bidang usaha (membesarkannya / meneruskan ) jika :
a. PSRL tinggi
b. Keuntungan tinggi .
2) Membubarkan bidang usaha jika :
a. kerugian yang tinggi dan
b. kerugian dijangka berpanjangan (jual semua aset sebelum menutup ladang.)
3) Menggantikan dengan bidang usaha yang lain, jika :
a. terdapat saingan sengit,
b. sukar mendapat bekalan input,
c. harga pasaran yang terlampau rendah.
4) Mengubahsuai pengurusan bidang usaha dilakukan jika :
a. pengusaha yang menyebabkan kerugian
b. pengurusan tidak cekap
Monday, August 6, 2012
Monday, July 30, 2012
Fokus Amali 05/2012
Tajuk : Mengkaji kesan kalsium ( CaC2) ke atas kemasakan buah pisang.
Bahan : 8 biji pisang hijau, 2 biji pisang masak, Kalsium karbida ( CaC2)
Alatan : Spatula, kain belacu / pembungkus dan 4 bekas plastik bertudung.
Langkah-langkah
1. Sediakan dua bekas bertudung yang bersih dan kering.
2. Labelkan A dan B
3. Masukkan 2 biji pisang hijau dalam setiap bekas
4. Bungkus ¼ sudu pepejal kalsium karbida ( CaC2) dengan kain belacu
5. Letakkan ke dalam bekas A
6. Tutup bekas A dengan segera.
7. Bekas B sebagai radas kawalan.
8. Lakukan pemerhatian selepas 3 hari.
9. Catatkan pemerhatian.
Langkah keselamatan
1. Jangan kenakan air pada kalsium karbida ( CaC2) .
2. Jauhkan punca api dari kawasan eksperimen
3. Elakkan dari menghidu gas yang terhasil dari kalsium karbida ( CaC2) kerana ia
mengandungi gas arsenik dan fosforus yang toksik.
Pemerhatian
Selepas 3 hari, didapati pisang di dalam bekas A telah masak ( berubah ke warna kuning ) manakala pisang di dalam bekas B belum masak ( masih berwarna hijau ) .
Wednesday, July 25, 2012
Tuesday, July 24, 2012
Fokus Amali 04/2012
Panapaian Ubi Kayu
Bahan : Ubi kayu, Ragi (½ biji - dihancurkan)
Alatan : Dulang / talam, Kain, Senduk, Periuk kukus, Bekas plastik lut sinar, Sudu dan Pisau
Langkah-langkah
1. Kupas ubi kayu.
2. Kikis bahagian yang berlendir dengan menggunakan belakang pisau.
3. Potong mengikut saiz yang sesuai
4. Basuh hingga bersih.
5. Rebus ubi kayu hingga empuk.
6. Buang air rebusan
7. Letakkan ubi kayu dalam talam.
8. Biarkan sejuk
9. Hancurkan ragi.
10. Tabur di atas ubi kayu
11. Gaul hingga rata.
12. Bungkus dengan daun pisang.
13. Sediakan satu besen yang dilapik dengan kain dan daun pisang (untuk pemeram)
14. Susun bungkusan tapai dalam besen tadi. Tutup lapisan atas dengan kain dan besen ditutup rapat
15. Selepas hari ke 2 atau ke 3, tapai sedia untuk dimakan.
Langkah keselamatan
1. Jangan peram tapai dalam peti sejuk
2. Jangan sentuh ragi dengan tangan yang tidak bersih
Bahan : Ubi kayu, Ragi (½ biji - dihancurkan)
Alatan : Dulang / talam, Kain, Senduk, Periuk kukus, Bekas plastik lut sinar, Sudu dan Pisau
Langkah-langkah
1. Kupas ubi kayu.
2. Kikis bahagian yang berlendir dengan menggunakan belakang pisau.
3. Potong mengikut saiz yang sesuai
4. Basuh hingga bersih.
5. Rebus ubi kayu hingga empuk.
6. Buang air rebusan
7. Letakkan ubi kayu dalam talam.
8. Biarkan sejuk
9. Hancurkan ragi.
10. Tabur di atas ubi kayu
11. Gaul hingga rata.
12. Bungkus dengan daun pisang.
13. Sediakan satu besen yang dilapik dengan kain dan daun pisang (untuk pemeram)
14. Susun bungkusan tapai dalam besen tadi. Tutup lapisan atas dengan kain dan besen ditutup rapat
15. Selepas hari ke 2 atau ke 3, tapai sedia untuk dimakan.
Langkah keselamatan
1. Jangan peram tapai dalam peti sejuk
2. Jangan sentuh ragi dengan tangan yang tidak bersih
Sunday, July 22, 2012
Ulangkaji Puasa (3)
Sunat-sunat puasa
1. Makan Sahur serta melambatkannya
2. Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
3. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
4. Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
5. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
6. Membaca Al-Quran
7. Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan
Perkara makruh ketika berpuasa
1. Berbekam
2. Mengeluarkan darah
3. Berkucup
4. Merasa makanan
5. Bersugi selepas gelincir matahari
6. Mencium wangian
Perkara yang membatalkan puasa
1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
2. Makan dan minum sepanjang hari
3. Muntah dengan sengaja
4. Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
5. Keluar darah haid dan nifas
6. Gila
7. Pitam atau mabuk sepanjang hari
8. MurtadSaturday, July 21, 2012
Thursday, July 19, 2012
Ulangkaji Puasa (2)
Syarat-syarat Puasa
Terbahagi kepada 2 :
1. Syarat-syarat wajib
2. Syarat-syarat sah
Syarat wajib
1. Islam
2. baligh
3. berakal
4. berupaya(sihat)
5. bermukim
Syarat Sah
1. Islam
2. Berakal
3. Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
4. Niat
Rukun Puasa
1. Niat
Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
2. Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari
Faedah Puasa
1. Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
2. Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
3. Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
4. Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
5. Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
6. Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
7. Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
8. Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia
Terbahagi kepada 2 :
1. Syarat-syarat wajib
2. Syarat-syarat sah
Syarat wajib
1. Islam
2. baligh
3. berakal
4. berupaya(sihat)
5. bermukim
Syarat Sah
1. Islam
2. Berakal
3. Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
4. Niat
Rukun Puasa
1. Niat
Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
2. Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari
Faedah Puasa
1. Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
2. Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
3. Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
4. Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
5. Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
6. Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
7. Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
8. Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia
Tuesday, July 17, 2012
Ulangkaji Puasa (1)
Perintah untuk berpuasa berdasarkan firman Allah bermaksud : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Hukum – Hukum Puasa
1. Puasa wajib :
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.
2. Puasa Sunat :
Puasa dalam bulan Sya’ban,
Puasa 6 hari dalam bulan Syawal,
Puasa Arafah pada 9 zulhijjah,
Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram,
Puasa pada hari Isnin dan Khamis,
Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 15
Puasa satu hari berbuka satu hari
Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab
3. Puasa Makruh :
Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
Berpuasa sepanjang tahun
4. Puasa Haram :
Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
Puasa perempuan haid & Nifas
Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
Monday, July 16, 2012
Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak
Insyaallah...Ramadhan akan tiba beberapa hari lagi. Elok rasanya kita perkemaskan pemahaman asas kita berkaitan dengan bulan mulia ini termasuk rukun puasa, perkara membatalkan puasa, amalan sunnah pada bulan Ramadhan dan sebagainya.
JKD mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan amalan sunnah yang lain kepada semua warga pendidik dan murid yang beragama islam. Semoga Ramadham kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Monday, July 9, 2012
Pertandingan Rekabentuk Malaysia 2012 (Malaysia Design Competition)
Untuk keterangan lanjut berkaitan pertandingan tersebut sila layari http://www.mrm.gov.my/
Thursday, July 5, 2012
Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian Daerah Pontian 01/2012
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pontian dan Jawatankuasa Kurikulum Daerah (JKD) Mata Pelajaran Sains Pertanian Pontian dengan kerjasama Jurulatih Utama (JU) Sains Pertanian Negeri Johor telah melaksanakan bengkel tersebut pada 5hb Julai 2009 bermula jam 8.30 hingga 1.00 tengahari.
Bengkel tersebut disertai 54 calon SPM 2012 terpilih Daerah Pontian. Bengkel kecemerlangan ini memberi tumpuan kepada soalan kertas 2 dan ia dilaksanakan secara perbengkelan iaitu penerangan, perbincangan dan menjawab latihan dengan bimbingan JU dan guru-guru SP daerah Pontian.
JKD merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu program ini terutama SMK Ayer Baloi (menyediakan tempat), penceramah jemputan iaitu En. Salem bin Amir dan En. Mohd Sharif bin Omar, guru-guru SP daerah Pontian, peserta-peserta dan semua yang menjayakan bengkel ini secara langsung atau tidak.
Semoga bengkel ini membantu murid meningkatkan prestasi SPM 2012.
Thursday, June 28, 2012
Lawatan Sambil Belajar ke Cameron Highland, Putrajaya dan Nasuha Herb
Jawatankuasa Mata Pelajaran Sains Pertanian SMK Telok Kerang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highland bermula 30hb Jun 2012 sehingga 2hb Julai 2012.
Lawatan tersebut tersebut disertai oleh 34 murid tingkatan 4 dan 5 (majoriti murid yang mengambil mata pelajaran Sains Pertanian) dan 3 orang guru. Destinasi lain yang turut dilawati ialah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan Nasuha Herba & Rempah Karya Sari Sdn. Bhd. Pagoh Muar Johor. Lawatan tersebut berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan lawatan ini. Semoga usaha anda diberkati Allah.
Saturday, June 23, 2012
Fokus Amali 3/2012
Eksperimen Melakukan pembiakan Secara Tut / Markot
ALATAN : Pisau dan sekateur.
BAHAN : Tumbuhan yang sesuai, campuran tanah 2:1, plastik lutsinar, tali rafia, hormon pengakaran
LANGKAH EKSPERIMEN
1. Sediakan Medium (Medium disediakan dengan mencampurkan 2 bahagian tanah dan 1 bahagian bahan organic. Digaulkan dengan rata dan dicampurkan sedikit air sehingga boleh dibuat bebola)
2. Pilih dahan yang sesuai
3. Potong Ranting Kecil
4. Buat dua kelaran dan kelaran memanjang
5. Kopekkan kulit
6. Kikiskan lapisan kambium
7. Sapu hormon pengakaran
8. Lekapkan bebola medium di bahagian kelaran
9. Balut dangan plastik lutsinar
10. Ikat dengan kemas
LANGKAH KESELAMATAN
1. Gunakan pisau yang tajam dan bersih
2. Kikis lapisan kambium sehingga habis.
Friday, June 22, 2012
Program Kecemerlangan Sains Pertanian 2012 (Harapan 1)
Berdasarkan mesyuarat JKD Sains Pertanian Daerah Pontian 01/2012, Program Kecemerlangan Sains Pertanian 2012 (Harapan 1) akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 5hb Julai R012 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : SMK Ayer Baloi, Pontian Johor.
Mohon kerjasama semua guru dalam melaksanaan program tersebut.
Sunday, June 17, 2012
Mekanisasi Ladang
Faedah mekanisasi ladang
1. Menjimatkan masa
2. Menjimatkan tenaga pekerja
3. Menghasilkan kerja dengan lebih berkesan
4. Menepati masa
5. Memudahkan kerja
Faedah mekanisasi ladang
1. Menjimatkan masa
- jam bekerja dapat dikurangkan
- kerja cepat disiapkan
2. Menjimatkan tenaga pekerja
- kurang pekerja diperlukan untuk mengendalikan jentera/mesin
- seorang pekerja boleh melakukan banyak kerja
3. Menghasilkan kerja dengan lebih berkesan
- hasil kerja sekata seperti kedalaman penggemburan dan kadar siraman air
4. Menepati masa
- kerja dapat dibuat ikut kesesuaian masa
- elak cuaca buruk atau memenuhi permintaan pasaran
- kerja dapat disiapkan mengikut jadual
5. Memudahkan kerja
- mengurangkan beban dan seksa kerja
- pekerja tidak keletihan
- kerja seperti membajak menjadi lebih mudah dan ringan
Monday, June 11, 2012
Fokus Amali 2/2012
Eksperimen bedah siasat mengenalpasti sistem pencernaan ayam
Bahan : Seekor ayam (telah disembelih dan dicabut bulu)
Alatan : Pisau, Skateur, Paku, Dulang, Sarung tangan.
LANGKAH EKSPERIMEN
1. Letakkan ayam dalam keadaan menelentang di atas papan pengalas
2. Paku kedua kepak dan kaki
3. Tandakan bahagian yang akan dibelah
4. Belah melintang di bahagian atas tembolok menggunakan pisau yang tajam.
5. Masukkan 2 jari untuk melonggarkan tembolok dan esofagus
6. Belah daripada bahagian kloka hingga ke abdomen. Hati-hati supaya tidak terkena organ pencernaan.
7. Potong tulang dada dengan sekatur
8. Buka bahagian yang telah dibelah
9. Masukan 3 jari untuk melonggar organ-organ pencernaan
10. Potong organ yang masih melekat pada badan
11. Keluarkan semua organ pencernaan
12. Letakkan organ pencernaan di atas dulang.
LANGKAH KESELAMATAN
1. Gunakan Pisau yang tajam
2. Hati-hati semasa membelah
3. Memakai sarung tangan getah
4. Bulu ayam telah dicabut
Subscribe to:
Posts (Atom)
















