Thursday, August 9, 2012

Bengkel Pembinaan Item


Bengkel Pembinaan Item Peperiksaan Setara Akhir Tahun 2012 Untuk Mata Pelajaran Sains Pertanian Tingkatan 4 Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian akan di adakan seperti ketetapan di bawah :
Tarikh    : 14hb Ogos 2012
Hari       : Selasa
Masa     : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat  : Bilik Mesyuarat, SMK Telok Kerang
Rujukan surat : JPA6008.UTV/600-3/7jld 4 (3) bertarikh 27hb Julai 2012.
Ketua Panitia Mata Pelajaran Sains Pertanian Daerah Pontian Di jemput hadir.
Harap Maklum.

Fokus K2 Bahagian A : Soalan 2 (iii)

Tuesday, August 7, 2012

Fokus K2 Bahagian A : Soalan 2 (ii)


Menilai Prestasi Bidang Usaha Berdasarkan Keuntungan Dan Pulangan Setiap Ringgit Dilabur
a) Keuntungan bidang usaha bergantung kepada jumlah pengeluaran, harga hasil dan jumlah perbelanjaan.

Keuntungan = Pendapatan – Jumlah perbelanjaan

b) Apabila jumlah pengeluaran meningkat dan harga jualan meningkat sementara jumlah perbelanjaan menurun atau tetap maka keuntungan akan meningkat.  PSRL yang tinggi menunjukkan bidang usaha berdaya saing dan menguntungkan.

PSRL = Jumlah pendapatan / Jumlah perbelanjaan

Keputusan masa depan bidang usaha:
1) Meneruskan bidang usaha (membesarkannya / meneruskan ) jika :
           a. PSRL tinggi
           b. Keuntungan tinggi .
2) Membubarkan bidang usaha jika :
           a. kerugian yang tinggi dan
           b. kerugian dijangka berpanjangan (jual semua aset sebelum menutup ladang.)
3) Menggantikan dengan bidang usaha yang lain, jika :
           a. terdapat saingan sengit,
           b. sukar mendapat bekalan input,
           c. harga pasaran yang terlampau rendah.
4) Mengubahsuai pengurusan bidang usaha dilakukan jika :
           a. pengusaha yang menyebabkan kerugian
           b. pengurusan tidak cekap

Monday, August 6, 2012

Monday, July 30, 2012

Fokus Amali 05/2012


Tajuk : Mengkaji kesan kalsium ( CaC2) ke atas kemasakan buah pisang.

Bahan : 8 biji pisang hijau, 2 biji pisang masak, Kalsium karbida ( CaC2)
Alatan : Spatula, kain belacu / pembungkus dan 4 bekas plastik bertudung.
Langkah-langkah
1. Sediakan dua bekas bertudung yang bersih dan kering.
2. Labelkan A dan B
3. Masukkan 2 biji pisang hijau dalam setiap bekas
4. Bungkus ¼ sudu pepejal kalsium karbida ( CaC2) dengan kain belacu
5. Letakkan ke dalam bekas A
6. Tutup bekas A dengan segera.
7. Bekas B sebagai radas kawalan.
8. Lakukan pemerhatian selepas 3 hari.
9. Catatkan pemerhatian.
Langkah keselamatan
1. Jangan kenakan air pada kalsium karbida ( CaC2) .
2. Jauhkan punca api dari kawasan eksperimen
3. Elakkan dari menghidu gas yang terhasil dari kalsium karbida ( CaC2) kerana ia
mengandungi gas arsenik dan fosforus yang toksik.
Pemerhatian
Selepas 3 hari, didapati pisang di dalam bekas A telah masak ( berubah ke warna kuning ) manakala pisang di dalam bekas B belum masak ( masih berwarna hijau ) .

Wednesday, July 25, 2012

Tahniah

Tuesday, July 24, 2012

Fokus Amali 04/2012

Panapaian Ubi Kayu
Bahan : Ubi kayu, Ragi (½ biji - dihancurkan)

Alatan : Dulang / talam, Kain, Senduk, Periuk kukus, Bekas plastik lut sinar, Sudu dan Pisau

Langkah-langkah
1. Kupas ubi kayu.
2. Kikis bahagian yang berlendir dengan menggunakan belakang pisau.
3. Potong mengikut saiz yang sesuai
4. Basuh hingga bersih.
5. Rebus ubi kayu hingga empuk.
6. Buang air rebusan
7. Letakkan ubi kayu dalam talam.
8. Biarkan sejuk
9. Hancurkan ragi.
10. Tabur di atas ubi kayu
11. Gaul hingga rata.
12. Bungkus dengan daun pisang.
13. Sediakan satu besen yang dilapik dengan kain dan daun pisang (untuk pemeram)
14. Susun bungkusan tapai dalam besen tadi. Tutup lapisan atas dengan kain dan besen ditutup rapat
15. Selepas hari ke 2 atau ke 3, tapai sedia untuk dimakan.

Langkah keselamatan
1. Jangan peram tapai dalam peti sejuk
2. Jangan sentuh ragi dengan tangan yang tidak bersih

Sunday, July 22, 2012

Ulangkaji Puasa (3)


Sunat-sunat puasa

1. Makan Sahur serta melambatkannya
2. Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
3. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
4. Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
5. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
6. Membaca Al-Quran
7. Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara makruh ketika berpuasa
1. Berbekam
2. Mengeluarkan darah
3. Berkucup
4. Merasa makanan
5. Bersugi selepas gelincir matahari
6. Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa
1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
2. Makan dan minum sepanjang hari
3. Muntah dengan sengaja
4. Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
5. Keluar darah haid dan nifas
6. Gila
7. Pitam atau mabuk sepanjang hari
8. Murtad

Saturday, July 21, 2012

Waktu Solat bulan Ramadhan 1433H (Julai / Ogos 2102)


Untuk panduan bersama pada bulan yang mulia ini.

Thursday, July 19, 2012

Ulangkaji Puasa (2)

Syarat-syarat Puasa

Terbahagi kepada 2 :
1. Syarat-syarat wajib
2. Syarat-syarat sah

Syarat wajib
1. Islam
2. baligh
3. berakal
4. berupaya(sihat)
5. bermukim

Syarat Sah
1. Islam
2. Berakal
3. Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
4. Niat

Rukun Puasa
1. Niat
Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
2. Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah Puasa
1. Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
2. Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
3. Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
4. Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
5. Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
6. Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
7. Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
8. Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia

Tuesday, July 17, 2012

Ulangkaji Puasa (1)


Perintah untuk berpuasa berdasarkan firman Allah bermaksud : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.  (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum – Hukum Puasa
1. Puasa wajib :
 Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

2. Puasa Sunat :
 Puasa dalam bulan Sya’ban,
 Puasa 6 hari dalam bulan Syawal,
 Puasa Arafah pada 9 zulhijjah,
 Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram,
 Puasa pada hari Isnin dan Khamis,
 Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 15
 Puasa satu hari berbuka satu hari
 Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
 Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

3. Puasa Makruh :
 Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
 Berpuasa sepanjang tahun

4. Puasa Haram :
 Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
 Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
 Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
 Puasa perempuan haid & Nifas
 Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

Monday, July 16, 2012

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak


Insyaallah...Ramadhan akan tiba beberapa hari lagi.  Elok rasanya kita perkemaskan pemahaman asas kita berkaitan dengan bulan mulia ini termasuk rukun puasa, perkara membatalkan puasa, amalan sunnah pada bulan Ramadhan dan sebagainya.
JKD mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan amalan sunnah yang lain kepada semua warga pendidik dan murid yang beragama islam.  Semoga Ramadham kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Monday, July 9, 2012

Pertandingan Rekabentuk Malaysia 2012 (Malaysia Design Competition)

Untuk keterangan lanjut berkaitan pertandingan tersebut sila layari http://www.mrm.gov.my/

Thursday, July 5, 2012

Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian Daerah Pontian 01/2012


Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pontian dan Jawatankuasa Kurikulum Daerah (JKD) Mata Pelajaran Sains Pertanian Pontian dengan kerjasama Jurulatih Utama (JU) Sains Pertanian Negeri Johor telah melaksanakan bengkel tersebut pada 5hb Julai 2009 bermula jam 8.30 hingga 1.00 tengahari.
Bengkel tersebut disertai 54 calon SPM 2012 terpilih Daerah Pontian.  Bengkel kecemerlangan ini memberi tumpuan kepada soalan kertas 2 dan ia dilaksanakan secara perbengkelan iaitu penerangan, perbincangan dan menjawab latihan dengan bimbingan JU dan guru-guru SP daerah Pontian.
JKD merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu program ini terutama SMK Ayer Baloi (menyediakan tempat), penceramah jemputan iaitu En. Salem bin Amir dan En. Mohd Sharif bin Omar, guru-guru SP daerah Pontian, peserta-peserta dan semua yang menjayakan bengkel ini secara langsung atau tidak.
Semoga bengkel ini membantu murid meningkatkan prestasi SPM 2012.

Thursday, June 28, 2012

Lawatan Sambil Belajar ke Cameron Highland, Putrajaya dan Nasuha Herb


Jawatankuasa Mata Pelajaran Sains Pertanian SMK Telok Kerang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highland bermula 30hb Jun 2012 sehingga 2hb Julai 2012.


Lawatan tersebut tersebut disertai oleh 34 murid tingkatan 4 dan 5 (majoriti murid yang mengambil mata pelajaran Sains Pertanian) dan 3 orang guru.  Destinasi lain yang turut dilawati ialah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan Nasuha Herba & Rempah Karya Sari Sdn. Bhd. Pagoh Muar Johor.  Lawatan tersebut berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan lawatan ini.  Semoga usaha anda diberkati Allah.

Saturday, June 23, 2012

Fokus Amali 3/2012

Eksperimen Melakukan pembiakan Secara Tut / Markot

ALATAN : Pisau dan sekateur.
BAHAN : Tumbuhan yang sesuai, campuran tanah 2:1, plastik lutsinar, tali rafia, hormon pengakaran

LANGKAH EKSPERIMEN
1. Sediakan Medium (Medium disediakan dengan mencampurkan 2 bahagian tanah dan 1 bahagian bahan organic. Digaulkan dengan rata dan dicampurkan sedikit air sehingga boleh dibuat bebola)
2. Pilih dahan yang sesuai
3. Potong Ranting Kecil
4. Buat dua kelaran dan kelaran memanjang
5. Kopekkan kulit
6. Kikiskan lapisan kambium
7. Sapu hormon pengakaran
8. Lekapkan bebola medium di bahagian kelaran
9. Balut dangan plastik lutsinar
10. Ikat dengan kemas

LANGKAH KESELAMATAN
1. Gunakan pisau yang tajam dan bersih
2. Kikis lapisan kambium sehingga habis.

Friday, June 22, 2012

Program Kecemerlangan Sains Pertanian 2012 (Harapan 1)

 

Berdasarkan mesyuarat JKD Sains Pertanian Daerah Pontian 01/2012, Program Kecemerlangan Sains Pertanian 2012 (Harapan 1) akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 5hb Julai R012 (Khamis)
Masa  : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : SMK Ayer Baloi, Pontian Johor.
Mohon kerjasama semua guru dalam melaksanaan program tersebut.



Sunday, June 17, 2012

Mekanisasi Ladang


Mekanisasi ladang ialah penggunaan jentera atau mesin untuk membantu melakukan kerja perladangan

Faedah mekanisasi ladang
1. Menjimatkan masa
2. Menjimatkan tenaga pekerja
3. Menghasilkan kerja dengan lebih berkesan
4. Menepati masa
5. Memudahkan kerja

Faedah mekanisasi ladang
1. Menjimatkan masa
- jam bekerja dapat dikurangkan
- kerja cepat disiapkan

2. Menjimatkan tenaga pekerja
- kurang pekerja diperlukan untuk mengendalikan jentera/mesin
- seorang pekerja boleh melakukan banyak kerja

3. Menghasilkan kerja dengan lebih berkesan
- hasil kerja sekata seperti kedalaman penggemburan dan kadar siraman air

4. Menepati masa
- kerja dapat dibuat ikut kesesuaian masa
- elak cuaca buruk atau memenuhi permintaan pasaran
- kerja dapat disiapkan mengikut jadual

5. Memudahkan kerja
- mengurangkan beban dan seksa kerja
- pekerja tidak keletihan
- kerja seperti membajak menjadi lebih mudah dan ringan

Monday, June 11, 2012

Fokus Amali 2/2012


Eksperimen bedah siasat mengenalpasti sistem pencernaan ayam

Bahan : Seekor ayam (telah disembelih dan dicabut bulu)
Alatan : Pisau, Skateur, Paku, Dulang, Sarung tangan.

LANGKAH EKSPERIMEN
1. Letakkan ayam dalam keadaan menelentang di atas papan pengalas
2. Paku kedua kepak dan kaki
3. Tandakan bahagian yang akan dibelah
4. Belah melintang di bahagian atas tembolok menggunakan pisau yang tajam.
5. Masukkan 2 jari untuk melonggarkan tembolok dan esofagus
6. Belah daripada bahagian kloka hingga ke abdomen. Hati-hati supaya tidak terkena organ pencernaan.
7. Potong tulang dada dengan sekatur
8. Buka bahagian yang telah dibelah
9. Masukan 3 jari untuk melonggar organ-organ pencernaan
10. Potong organ yang masih melekat pada badan
11. Keluarkan semua organ pencernaan
12. Letakkan organ pencernaan di atas dulang.

LANGKAH KESELAMATAN
1. Gunakan Pisau yang tajam
2. Hati-hati semasa membelah
3. Memakai sarung tangan getah
4. Bulu ayam telah dicabut

Wednesday, May 30, 2012

Fokus Amali 1/2012


Menentukan pH tanah dengan kaedah Larutan Penunjuk Universel (Kaedah Kuhn).

Bahan : Sampel tanah, Air suling, Barium sulfat, Larutan penunjuk universal.

Radas : Tabung uji, Penyumbat tabung uji, Rak tabung uji, Spatula dan Carta warna pH.

Langkah-langkah eksperimen :

1. Masukkan 2-5 cm barium sulfat ke dalam sebuah tabung uji
2. Masukkan 2-5 cm sampel tanah ke dalam tabung uji tersebut.
3. Tambahkan air suling hingga ¾ penuh tabung uji tersebut.
4. Tambahkan 2-3 titis larutan penunjuk universal.
5. Tutup tabung uji itu dengan penyumbat tabung uji.
6. Goncang tabung uji tersebut.
7. Letak tabung uji tersebut dalam rak tabung uji
8. Biarkan ia mendak.
9. Perhatikan warna yang terhasil.
10. Padankan warna itu dengan carta warna pH.
11. Tentukan nilai pH.
12. Ulang eksperimen dengan menggunakan 2 sampel tanah yang lain.

Langkah keselamatan
1. Jangan gunakan ibu jari untuk menutup tabung uji semasa menggoncang tabung uji.
2. Lakukan penentuan warna pH di tempat terang

Saturday, May 26, 2012

Selamat Bercuti


Cuti Sekolah Pertengahan Tahun selama 2 minggu telah pun bermula (26hb Mei - 20hb Jun 2012).  JKD mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru dan murid.  Semua murid diharap dapat menggunakan masa cuti sekolah ini dengan sebaik-baiknya kerana Peperiksaan SPM hanya tinggal l62 hari lagi (ketika blog ini dikemaskini).  Seperti biasa, semua guru sibuk dengan pelbagai tugasan termasuk kelas tambahan, menanda kertas jawapan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012, membuat analisa, memasukkan data ke SAPS dan sebagainya. 
Selamat bercuti dan jaga keselamatan.