Unit Teknik dan Vokasional (UTV), Sektor Pengurusan Akademik (SPA), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) setiap daerah, sekolah-sekolah seluruh negeri Johor, Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor dan pelbagai agensi berkaitan akan melaksanakan satu program membugarkan mata pelajaran Sains Pertanian. Program yang dinamakan Kolokium Sains Pertanian 2015 itu (Insyaallah) akan dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 24 dan 25hb April 2015 di SMK Dato Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam, Kluang.
Program yang mensasarkan murid dan guru Sains Pertanian dan KHB (Pertanian) ini telah merancang pelbagai aktiviti seperti pertandingan tanaman sayuran sekolah-sekolah seluruh negeri Johor, pameran dan jualan produk pertanian oleh sekolah-sekolah, agensi-agensi berkaitan pertanian dan peniaga-peniaga kecil, pembentangan kertas kerja dan sebagainya.
JKDSPMPV telah bermesyuarat pada hari Ahad 15hb Februari yang lalu dan mesyuarat ke-2 akan diadakan pada hari Ahad 8hb Mac 2015 untuk memastikan perancangan yang telah dibuat dilaksanakan dan cuba membantu menyelesaikan masalah yang timbul. Makumat berkaitan syarat-syarat pertandingan, instrumen penjurian pertandingan dam sebagainya telah diedar kepada JKD setiap daerah.
Selamat bertanding.