Saturday, January 28, 2012

Bidang Keberhasilan Utama PPD Pontian Tahun 2012-2015

  1. Mempunyai barisan pemimpin pengurusan pendidikan yang berintegriti
  2. Mempuyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran dan sahsiah
  3. Melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhi keperluan  global
  4. Mencapai prestasi cemerlang dalam pentaksiran dan penilaian
  5. Mempunyai kemudahan pendidikan berkualiti.
  6. Mempunyai sistem pengurusan yang cekap, berkesan dan berinovasi.

SBPA : CUEPACS tetap 5 perkara

PULAU PINANG 27 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak lima perkara diberikan perhatian utama oleh pasukan petugas khas bagi mengkaji semula pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Lima perkara itu adalah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji kakitangan Gred 54 ke bawah, mengekalkan status kekananan kakitangan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), mengkaji semula tangga gaji maksimum, menyenaraikan kakitangan yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, kesemua perkara itu telah dimaklumkan semasa mesyuarat pertama petugas khas mengkaji SBPA pada Rabu lalu.
Menurutnya, beliau juga mahu tiga lagi pemimpin kanan CUEPACS dibawa masuk ke dalam mesyuarat kedua pasukan petugas khas tersebut akan datang.
"Kalau saya seorang sahaja dalam mesyuarat berkenaan, saya akan tarik diri.
"Saya mohon empat pemimpin CUEPACS mesti berada dalam pasukan itu iaitu Presiden, timbalannya, Setiausaha Agung dan Setiausaha Kewangan," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberi jaminan semakan semula skim SBPA yang sedang diteliti pasukan petugas khas akan memberi kepuasan menyeluruh kepada setiap peringkat perkhidmatan awam.
Pasukan petugas khas itu yang diberi tempoh tiga bulan akan melakukan semakan sebaik-baiknya.


sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0128&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm&arc=hive