Monday, November 26, 2012

MAHA 2012

Analisa Soalan Percubaan SPM Kertas 2 Sebahagian Negeri Seluruh Malaysia (Soalan 5 dan 6)

Berdasarkan soalan percubaan negeri-negeri didapati soalan-soalan berikut telah dikemukakan untuk soalan 5 dan 6 :
  1. Menentukan pH menggunakan kaedah Kuhn
  2. Pembiakan secara tut
  3. Pembiakan secara cantuman matatunas
  4. Menentukan kemasakan buah menggunakan Kaslium Karbida
  5. Menentukan pH menggunakan pH meter
  6. Penyediaan tapai ubi
  7. Penyediaan kompos
  8. Pemasangan sistem pengairan titisan
  9. Bedahsiasat sistem pencernaan ayam
Walaubagaimanapun, beberapa topik perlu diberi lebih tumpuan iaitu :
  1. Menentukan pH tanah menggunakan barium sulfat/ larutan universal/kaedah Kuh.
  2. Menentukan pH tanah menggunakan meter pH
  3. Melakukan eksperimen membuat tut/ markot
  4. Pembiakan secara cantuman matatunas
  5. Menentukan kemasakan buah menggunakan Kaslium Karbida
  6. Eksperimen bedah siasat ayam.
  7. Penyediaan tapai ubi

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

 “Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. [Surah Al-Asr: 1-3]
Sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri dan orang-orang tersayang.
Selamat menyambut Maal Hijrah 1434...Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.

Tuesday, November 13, 2012

Sampaikan Walaupun Sepatah Ayat

Jika kita tengok seseorang itu berkelakuan buruk, doakan kebaikan baginya dan jika kita tengok seseorang itu berkelakuan baik, doakan agar ia terus melakukan kebaikan.  Ini kerana kita tidak tahu mungkin yang berkelakuan buruk sekarang akan berubah menjadi sangat baik kemudian hari begitu juga sebaliknya...
Renung-renungkan.

Saturday, November 10, 2012

Analisa Soalan Percubaan SPM Kertas 2 Sebahagian Negeri Seluruh Malaysia (Soalan 3 dan 4)


Kertas 2 dalam Bahagian B mengandungi 2 soalan iaitu Soalan 3 dan soalan 4 (soalan pilihan iaitu calon hanya perlu menjawab satu soalan sahaja).  Soalan 3 dan soalan 4 ini lebih menumpu kepada topik pengiraan baja (tingkatan 4), pengiraan NPM dan belanjawan (tingkatan 5).
Soalan 3: Berdasarkan soalan tujuh negeri terpilih, kesemua negeri memilih topik pengiraan baja kecuali Negeri Sembilan memilih topik NPM dan belanjawan.  Corak soalan bagi pengiraan baja terbahagi kepada tiga jenis iaitu mengira nutrien, mengira baja dan mengira kos. 
Soalan 4 : Soalan gabungan diantara NPM dan belanjawan agak popular.  Pengiraan NPM lebih ringkas iaitu calon hanya perlu mengiran NPM bagi minggu atau hari tertentu.  Soalan pengiraan belanjawan melibatkan pengiraan pendapatan, mengira kos, keuntungan, PSRL dan mengira pulangan jika sejumlah wang dilaburkan ke dalam bidang usaha.
Calon diingatkan supaya membuat latihan secukupnya bagi mengelakkan kesilapan seperti tidak mampu mengingat semula formula pengiraan, tersilap menekan butang nombor di kalkulator, tersilap memindah nombor dari kalkulator ke kertas jawapan dan tidak menulis unit bagi soalan tertentu.

Thursday, November 1, 2012

Analisa Soalan Percubaan SPM Kertas 2 Sebahagian Negeri Seluruh Malaysia (Soalan 2)

Senarai soalan 2, Bahagian A Peperiksaan Percubaan SPM 2012.

Topik yang perlu diberi lebih penumpuan adalah seperti berikut :

1. Bandingbeza diantara kaedah Biologi dan kaedah Kimia dalam mengawal perosak tanaman
2. Bandingbeza diantara kaedah Titisan dan kaedah Percikan
3. Bandingbeza diantara pembiakan secara Tut dan Cantuman Matatunas
4. Mengira PSRL dan keuntungan berdasarkan data diberi
5. Membuat keputusan bidangusaha
Selamat belajar.

Tuesday, October 30, 2012

Analisa Soalan Percubaan SPM Kertas 2 Sebahagian Negeri Seluruh Malaysia (Soalan 1)

Berikut adalah senarai soalan bahagian A, soalan 1 Peperiksaan Percubaan SPM 2012 bagi negeri-negeri terpilih :
Berdasarkan senarai soalan di atas dan corak soalan tahun-tahun yang lalu, tajuk-tajuk berikut perlu diberi lebih perhatian :
  1. Isu pertanian di Malaysia.
  2. Trend pertanian di Malaysia.
  3. Cara mendapatkan cahaya optimum
  4. Penggunaan Pengawalatur Pertumbuhan
  5. Penyediaan Jadual Kerja.
  6. Cara mengatasi Himpitan Iklim.
  7. Cara mengawal penyakit ternakan. 
  8. Cara mencegah penyakit ternakan.
  9. Cara merawat penyakit ternakan.
Selamat mengulangkaji.

Wednesday, October 24, 2012

Tarikh Peperiksaan Kertas Sains Pertanian (3528)


Merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, tarikh peperiksaan kertas Sains Pertanian (3528) adalah seperti yang berikut :
1. Sains Pertanian Kertas 1 (3528/1) pada 29hb Nov. 2012 jam 8.00 - 9.30 pagi
2. Sains Pertanian Kertas 2 (3528/2) pada 29hb Nov. 2012 jam 10.00pagi - 12.00 tengahari.
Selamat Menduduki SPM 2012.

Tuesday, October 9, 2012

Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2012 Negeri-Negeri

Sebahagian kertas soalan dan skema Peperiksaan Percubaan SPM bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ada di lampirkan (di ruangan sebelah kiri blog) untuk rujukan  tuan / puan.  Semoga soalan dan skema tersebut akan dapat membantu rakan guru dan para pelajar untuk menghadapi SPM akan datang. 
Selamat memuat turun dan mengulangkaji.

Wednesday, October 3, 2012

Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian Kali Pertama Tahun 2012

Bengkel tersebut telah di laksanakan dengan jayanya pada 4hb Julai 2012 (Rabu) bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 2.00 petang.  Bengkel yang dilaksanakan di SMK Ayer Baloi Pontian itu telah mensasarkan murid yang mencapai markah rendah dalam Peperiksaan Percubaan SPM sebagai peserta. 
Seramai 60 orang murid dari seluruh Daerah Pontian telah terlibat dalam bengkel selama 4 jam itu. Ia memfokuskan kepada teknik menjawab Kertas 2 kerana pemberatan dalam pemarkahan SPM.  Dua orang penceramah terlibat secara langsung sepanjang bengkel tersebut yang terdiri daripada Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor.
JKD merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan bengkel tersebut terutamanya kepada Pengetua SMK Ayer Baloi, semua peserta, penceramah dan semua guru yang terlibat.  Semoga usaha tuan / puan akan diberkati Allah SWT.
Terma kasih.

Saturday, September 22, 2012

Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian Daerah Pontian Kali Ke-2 Tahun 2012


Bengkel kecemerlangan Sains Pertanian Daerah Pontian kali ke-2 tahun 2012 telah diadakan pada hari Khamis (27hb September 2012) di SMK Telok Kerang. Bengkel yang dilaksankan adalah kerjasama PPD Pontian dan semua guru Sains Pertanian itu akan bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Empat orang penceramah akan mengendalikan bengkel tersebut yang terdiri daripada Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor.  Bilangan peserta yang mengambil bahagian kehadiran adalah seramai 144 orang dari 6 buah sekolah daerah Pontian. 

Bagi meningkatkan keberkesanan program, peserta telah bahagikan kepada 4 kumpulan kecil (36 peserta setiap kumpulan) mengikut tempat perbengkelan.  Penceramah telah memberikan perbengkelan mengikut kepakaran masing-masing berdasarkan kertas peperiksaan (kertas 1 dan 2).
JKD merakamkan ucapan terima kasih kepada semua murid, penceramah dan guru yang telah menjayakan Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian Daerah Pontian kali ke-2 tahun 2012 ini samada secara langsung atau tidak. Kami mendoakan semoga bengkel ini akan memberi kebaikan kepada semua murid yang menyertainya.
Terima kasih.

Sunday, September 16, 2012

Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan


Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 15 September 2012. 
Terima kasih.

Wednesday, September 12, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) : Laporan Awal


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilancarkan pada 11 September 2012 oleh Menteri Pelajaran Malaysia yang bersamaan dengan hari pertama UPSR tahun 2012. Berikut adalah maklumat berkaitan PPPM tersebut yang boleh diperolehi secara percuma di pautan di bawah. Dokumen tersebut juga boleh diperolehi di blog ini seperti berikut:

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Bahasa Malaysia
http://www.e-sentral.com/search/byid/1703

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Ringkasan Eksekutif - Bahasa Malaysia
http://www.e-sentral.com/search/byid/1704

Malaysia Education Blueprint 2013-2025 - English
http://www.e-sentral.com/search/byid/1705

Malaysia Education Blueprint 2013-2025 - Executive Summary - English
http://www.e-sentral.com/search/byid/1706

Wednesday, September 5, 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM


JKD Sains Pertanian dan MPV Daerah Pontian ingin mengucapkan selamat menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2012 kepada semua calon SPM tahun ini.  Terutama kepada calon yang mengambil mata pelajaran Sains Pertanian dan MPV.
Peperiksaan Sains Pertanian (Kertas 1 dan 2) akan dilaksanakan pada Khamis (6hb September 2012) jam 8.30 - 10.00 pagi dan 11.00 - 1.00 petang.  Bagi mata pelajaran MPV, jadual peperiksaan tertakluk kepada pengurusan sekolah masing-masing.
Selamat menghadapi peperiksaan dan semoga berjaya dengan cemerlang.

Thursday, August 30, 2012

Fokus Amali 06/2012

Bahan : Racun rumpai /serangga / perosak , Air
Alatan : Baldi / bekas, Penyembur sandang ( knapsack ) / penyembur tangan, Silinder penyukat, Sebatang kayu .
Langkah-langkah
A) Sebelum menyembur
1. Memakai pakaian pelindung yang sesuai
2. Memeriksa alat penyembur dan memastikan alat berfungsi
3. Membaca maklumat pada label racun kimia
4. Menyukat racun kimia mengikut sukatan yang disyorkan
5. Memasukkan air ke dalam baldi mengikut sukatan
6. Memasukkan racun yang telah disukat ke dalam baldi itu.
7. Kacau campuran sehingga sebati menggunakan kayu.
8. Tuang campuran racun ke dalam tangki penyembur.
B) Semasa menyembur
1. Sembur pada sasaran
2. Ulang semburan sehingga rata pada semua bahagian.
C) Selepas menyembur
1. Bersih semua alatan.
2. Simpan racun yang berlebihan di tempat yang selamat
3. Tanam bekas racun yang kosong.
4. Bersihkan diri.
Langkah-langkah keselamatan.
1. Jangan sentuh, hidu atau merasa racun kimia.
2. Bancuh racun di tempat terbuka.
3. Sembur racun mengikut arah angin.
4. Jangan makan atau minum semasa membancuh atau menyembur racun.
5. Jangan meniup bahagian muncung penyembur yang tersumbat tetapi gunakan jarum halus.

Monday, August 13, 2012

Dr Iyadah bin Ayyub al-Kubaisi : 40 Amalan Ringan Berpahala Besar

Berikut adalah 40 amalan ringan yang mendapat pahala yang besar sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan:

1. Menyempurnakan Wudhu
2. Berjalan ke Masjid untuk Melaksanakan Sholat Fardhu
3. Mandi Hari Jumaat
4. Mengumandangkan Adzan
5. Mendengarkan Adzan
6. Berdoa setelah Mendengarkan Adzan
7. Mengamin Imam Waktu Sholat
8. mengucap "Rabbana Lakal Hamdu" dalam Sholat
9. Solat Dhuha
10. Duduk di Tempat Solat ( Menunggu Solat atau Setelah Solat )
11. Menghantarkan Jenazah
12. Puasa Hari Arafah
13. Puasa Asyura (10 Muharram)
14. Puasa Enam Hari pada Bulan Syawal
15. Puasa 3 hari Setiap Bulan
16. Sedekah dari Rezeki Halal
17. Membaca al-Quran
18. Membaca Surah al-Ikhlas
19. Membaca 2 ayat Terakhir Al-Baqarah Sebelum Tidur
20. Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur
21. Selawat kepada Nabi
22. Menghadiri Majlis Zikir
23. Zikir setelah Solat 5 Waktu
24. Bacaan setelah Solat Subuh, Asar dan Maghrib
25. Membaca Tasbih dan Tahmid I
26. membaca Tasbih dan Tahmid II
27. Membaca Tahlil
28. Membaca Hamdalah setelah Makan dan Minum
29. Mengucapkan Istighfar
30. Doa Kaffaratul Majlis
31. Menjauhkan Diri dari Syirik
32. Mencintai Saudara kerna Allah
33. Menyebarkan Salam
34. Mendoakan Sesama Muslim
35. Keutamaan 10 Dzulhijjah
36. Cinta Allah dan Rasul-Nya
37. Musibah atau Cubaan
38. Istikharah
39. Bercucuk tanam
40. Berdakwah

Sunday, August 12, 2012

Friday, August 10, 2012

Malam Lailatul Qadar


Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T.


Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. Maksudnya:

"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu bulan."

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.: Maksudnya:

"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: Maksudnya:

"Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain."

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya:

"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,

"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."

Daripada Riwayat Mu'awiyah: Maksudnya:

"Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27."

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi: Maksudnya:

"Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:

"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa: Maksudnya:

"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."

- Petikan dari : FIQH & Perundangan Islam Jilid II : Wahbah al-Zuhaili : Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.



Thursday, August 9, 2012

Bengkel Pembinaan Item


Bengkel Pembinaan Item Peperiksaan Setara Akhir Tahun 2012 Untuk Mata Pelajaran Sains Pertanian Tingkatan 4 Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian akan di adakan seperti ketetapan di bawah :
Tarikh    : 14hb Ogos 2012
Hari       : Selasa
Masa     : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat  : Bilik Mesyuarat, SMK Telok Kerang
Rujukan surat : JPA6008.UTV/600-3/7jld 4 (3) bertarikh 27hb Julai 2012.
Ketua Panitia Mata Pelajaran Sains Pertanian Daerah Pontian Di jemput hadir.
Harap Maklum.

Fokus K2 Bahagian A : Soalan 2 (iii)

Tuesday, August 7, 2012

Fokus K2 Bahagian A : Soalan 2 (ii)


Menilai Prestasi Bidang Usaha Berdasarkan Keuntungan Dan Pulangan Setiap Ringgit Dilabur
a) Keuntungan bidang usaha bergantung kepada jumlah pengeluaran, harga hasil dan jumlah perbelanjaan.

Keuntungan = Pendapatan – Jumlah perbelanjaan

b) Apabila jumlah pengeluaran meningkat dan harga jualan meningkat sementara jumlah perbelanjaan menurun atau tetap maka keuntungan akan meningkat.  PSRL yang tinggi menunjukkan bidang usaha berdaya saing dan menguntungkan.

PSRL = Jumlah pendapatan / Jumlah perbelanjaan

Keputusan masa depan bidang usaha:
1) Meneruskan bidang usaha (membesarkannya / meneruskan ) jika :
           a. PSRL tinggi
           b. Keuntungan tinggi .
2) Membubarkan bidang usaha jika :
           a. kerugian yang tinggi dan
           b. kerugian dijangka berpanjangan (jual semua aset sebelum menutup ladang.)
3) Menggantikan dengan bidang usaha yang lain, jika :
           a. terdapat saingan sengit,
           b. sukar mendapat bekalan input,
           c. harga pasaran yang terlampau rendah.
4) Mengubahsuai pengurusan bidang usaha dilakukan jika :
           a. pengusaha yang menyebabkan kerugian
           b. pengurusan tidak cekap

Monday, August 6, 2012

Monday, July 30, 2012

Fokus Amali 05/2012


Tajuk : Mengkaji kesan kalsium ( CaC2) ke atas kemasakan buah pisang.

Bahan : 8 biji pisang hijau, 2 biji pisang masak, Kalsium karbida ( CaC2)
Alatan : Spatula, kain belacu / pembungkus dan 4 bekas plastik bertudung.
Langkah-langkah
1. Sediakan dua bekas bertudung yang bersih dan kering.
2. Labelkan A dan B
3. Masukkan 2 biji pisang hijau dalam setiap bekas
4. Bungkus ¼ sudu pepejal kalsium karbida ( CaC2) dengan kain belacu
5. Letakkan ke dalam bekas A
6. Tutup bekas A dengan segera.
7. Bekas B sebagai radas kawalan.
8. Lakukan pemerhatian selepas 3 hari.
9. Catatkan pemerhatian.
Langkah keselamatan
1. Jangan kenakan air pada kalsium karbida ( CaC2) .
2. Jauhkan punca api dari kawasan eksperimen
3. Elakkan dari menghidu gas yang terhasil dari kalsium karbida ( CaC2) kerana ia
mengandungi gas arsenik dan fosforus yang toksik.
Pemerhatian
Selepas 3 hari, didapati pisang di dalam bekas A telah masak ( berubah ke warna kuning ) manakala pisang di dalam bekas B belum masak ( masih berwarna hijau ) .

Wednesday, July 25, 2012

Tahniah

Tuesday, July 24, 2012

Fokus Amali 04/2012

Panapaian Ubi Kayu
Bahan : Ubi kayu, Ragi (½ biji - dihancurkan)

Alatan : Dulang / talam, Kain, Senduk, Periuk kukus, Bekas plastik lut sinar, Sudu dan Pisau

Langkah-langkah
1. Kupas ubi kayu.
2. Kikis bahagian yang berlendir dengan menggunakan belakang pisau.
3. Potong mengikut saiz yang sesuai
4. Basuh hingga bersih.
5. Rebus ubi kayu hingga empuk.
6. Buang air rebusan
7. Letakkan ubi kayu dalam talam.
8. Biarkan sejuk
9. Hancurkan ragi.
10. Tabur di atas ubi kayu
11. Gaul hingga rata.
12. Bungkus dengan daun pisang.
13. Sediakan satu besen yang dilapik dengan kain dan daun pisang (untuk pemeram)
14. Susun bungkusan tapai dalam besen tadi. Tutup lapisan atas dengan kain dan besen ditutup rapat
15. Selepas hari ke 2 atau ke 3, tapai sedia untuk dimakan.

Langkah keselamatan
1. Jangan peram tapai dalam peti sejuk
2. Jangan sentuh ragi dengan tangan yang tidak bersih

Sunday, July 22, 2012

Ulangkaji Puasa (3)


Sunat-sunat puasa

1. Makan Sahur serta melambatkannya
2. Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
3. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
4. Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
5. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
6. Membaca Al-Quran
7. Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara makruh ketika berpuasa
1. Berbekam
2. Mengeluarkan darah
3. Berkucup
4. Merasa makanan
5. Bersugi selepas gelincir matahari
6. Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa
1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
2. Makan dan minum sepanjang hari
3. Muntah dengan sengaja
4. Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
5. Keluar darah haid dan nifas
6. Gila
7. Pitam atau mabuk sepanjang hari
8. Murtad

Saturday, July 21, 2012

Waktu Solat bulan Ramadhan 1433H (Julai / Ogos 2102)


Untuk panduan bersama pada bulan yang mulia ini.

Thursday, July 19, 2012

Ulangkaji Puasa (2)

Syarat-syarat Puasa

Terbahagi kepada 2 :
1. Syarat-syarat wajib
2. Syarat-syarat sah

Syarat wajib
1. Islam
2. baligh
3. berakal
4. berupaya(sihat)
5. bermukim

Syarat Sah
1. Islam
2. Berakal
3. Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
4. Niat

Rukun Puasa
1. Niat
Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
2. Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah Puasa
1. Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
2. Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
3. Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
4. Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
5. Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
6. Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
7. Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
8. Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia

Tuesday, July 17, 2012

Ulangkaji Puasa (1)


Perintah untuk berpuasa berdasarkan firman Allah bermaksud : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.  (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum – Hukum Puasa
1. Puasa wajib :
 Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

2. Puasa Sunat :
 Puasa dalam bulan Sya’ban,
 Puasa 6 hari dalam bulan Syawal,
 Puasa Arafah pada 9 zulhijjah,
 Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram,
 Puasa pada hari Isnin dan Khamis,
 Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 15
 Puasa satu hari berbuka satu hari
 Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
 Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

3. Puasa Makruh :
 Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
 Berpuasa sepanjang tahun

4. Puasa Haram :
 Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
 Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
 Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
 Puasa perempuan haid & Nifas
 Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

Monday, July 16, 2012

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak


Insyaallah...Ramadhan akan tiba beberapa hari lagi.  Elok rasanya kita perkemaskan pemahaman asas kita berkaitan dengan bulan mulia ini termasuk rukun puasa, perkara membatalkan puasa, amalan sunnah pada bulan Ramadhan dan sebagainya.
JKD mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan amalan sunnah yang lain kepada semua warga pendidik dan murid yang beragama islam.  Semoga Ramadham kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Monday, July 9, 2012

Pertandingan Rekabentuk Malaysia 2012 (Malaysia Design Competition)

Untuk keterangan lanjut berkaitan pertandingan tersebut sila layari http://www.mrm.gov.my/

Thursday, July 5, 2012

Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian Daerah Pontian 01/2012


Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pontian dan Jawatankuasa Kurikulum Daerah (JKD) Mata Pelajaran Sains Pertanian Pontian dengan kerjasama Jurulatih Utama (JU) Sains Pertanian Negeri Johor telah melaksanakan bengkel tersebut pada 5hb Julai 2009 bermula jam 8.30 hingga 1.00 tengahari.
Bengkel tersebut disertai 54 calon SPM 2012 terpilih Daerah Pontian.  Bengkel kecemerlangan ini memberi tumpuan kepada soalan kertas 2 dan ia dilaksanakan secara perbengkelan iaitu penerangan, perbincangan dan menjawab latihan dengan bimbingan JU dan guru-guru SP daerah Pontian.
JKD merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu program ini terutama SMK Ayer Baloi (menyediakan tempat), penceramah jemputan iaitu En. Salem bin Amir dan En. Mohd Sharif bin Omar, guru-guru SP daerah Pontian, peserta-peserta dan semua yang menjayakan bengkel ini secara langsung atau tidak.
Semoga bengkel ini membantu murid meningkatkan prestasi SPM 2012.

Thursday, June 28, 2012

Lawatan Sambil Belajar ke Cameron Highland, Putrajaya dan Nasuha Herb


Jawatankuasa Mata Pelajaran Sains Pertanian SMK Telok Kerang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highland bermula 30hb Jun 2012 sehingga 2hb Julai 2012.


Lawatan tersebut tersebut disertai oleh 34 murid tingkatan 4 dan 5 (majoriti murid yang mengambil mata pelajaran Sains Pertanian) dan 3 orang guru.  Destinasi lain yang turut dilawati ialah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan Nasuha Herba & Rempah Karya Sari Sdn. Bhd. Pagoh Muar Johor.  Lawatan tersebut berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan lawatan ini.  Semoga usaha anda diberkati Allah.

Saturday, June 23, 2012

Fokus Amali 3/2012

Eksperimen Melakukan pembiakan Secara Tut / Markot

ALATAN : Pisau dan sekateur.
BAHAN : Tumbuhan yang sesuai, campuran tanah 2:1, plastik lutsinar, tali rafia, hormon pengakaran

LANGKAH EKSPERIMEN
1. Sediakan Medium (Medium disediakan dengan mencampurkan 2 bahagian tanah dan 1 bahagian bahan organic. Digaulkan dengan rata dan dicampurkan sedikit air sehingga boleh dibuat bebola)
2. Pilih dahan yang sesuai
3. Potong Ranting Kecil
4. Buat dua kelaran dan kelaran memanjang
5. Kopekkan kulit
6. Kikiskan lapisan kambium
7. Sapu hormon pengakaran
8. Lekapkan bebola medium di bahagian kelaran
9. Balut dangan plastik lutsinar
10. Ikat dengan kemas

LANGKAH KESELAMATAN
1. Gunakan pisau yang tajam dan bersih
2. Kikis lapisan kambium sehingga habis.

Friday, June 22, 2012

Program Kecemerlangan Sains Pertanian 2012 (Harapan 1)

 

Berdasarkan mesyuarat JKD Sains Pertanian Daerah Pontian 01/2012, Program Kecemerlangan Sains Pertanian 2012 (Harapan 1) akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 5hb Julai R012 (Khamis)
Masa  : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : SMK Ayer Baloi, Pontian Johor.
Mohon kerjasama semua guru dalam melaksanaan program tersebut.



Sunday, June 17, 2012

Mekanisasi Ladang


Mekanisasi ladang ialah penggunaan jentera atau mesin untuk membantu melakukan kerja perladangan

Faedah mekanisasi ladang
1. Menjimatkan masa
2. Menjimatkan tenaga pekerja
3. Menghasilkan kerja dengan lebih berkesan
4. Menepati masa
5. Memudahkan kerja

Faedah mekanisasi ladang
1. Menjimatkan masa
- jam bekerja dapat dikurangkan
- kerja cepat disiapkan

2. Menjimatkan tenaga pekerja
- kurang pekerja diperlukan untuk mengendalikan jentera/mesin
- seorang pekerja boleh melakukan banyak kerja

3. Menghasilkan kerja dengan lebih berkesan
- hasil kerja sekata seperti kedalaman penggemburan dan kadar siraman air

4. Menepati masa
- kerja dapat dibuat ikut kesesuaian masa
- elak cuaca buruk atau memenuhi permintaan pasaran
- kerja dapat disiapkan mengikut jadual

5. Memudahkan kerja
- mengurangkan beban dan seksa kerja
- pekerja tidak keletihan
- kerja seperti membajak menjadi lebih mudah dan ringan

Monday, June 11, 2012

Fokus Amali 2/2012


Eksperimen bedah siasat mengenalpasti sistem pencernaan ayam

Bahan : Seekor ayam (telah disembelih dan dicabut bulu)
Alatan : Pisau, Skateur, Paku, Dulang, Sarung tangan.

LANGKAH EKSPERIMEN
1. Letakkan ayam dalam keadaan menelentang di atas papan pengalas
2. Paku kedua kepak dan kaki
3. Tandakan bahagian yang akan dibelah
4. Belah melintang di bahagian atas tembolok menggunakan pisau yang tajam.
5. Masukkan 2 jari untuk melonggarkan tembolok dan esofagus
6. Belah daripada bahagian kloka hingga ke abdomen. Hati-hati supaya tidak terkena organ pencernaan.
7. Potong tulang dada dengan sekatur
8. Buka bahagian yang telah dibelah
9. Masukan 3 jari untuk melonggar organ-organ pencernaan
10. Potong organ yang masih melekat pada badan
11. Keluarkan semua organ pencernaan
12. Letakkan organ pencernaan di atas dulang.

LANGKAH KESELAMATAN
1. Gunakan Pisau yang tajam
2. Hati-hati semasa membelah
3. Memakai sarung tangan getah
4. Bulu ayam telah dicabut

Wednesday, May 30, 2012

Fokus Amali 1/2012


Menentukan pH tanah dengan kaedah Larutan Penunjuk Universel (Kaedah Kuhn).

Bahan : Sampel tanah, Air suling, Barium sulfat, Larutan penunjuk universal.

Radas : Tabung uji, Penyumbat tabung uji, Rak tabung uji, Spatula dan Carta warna pH.

Langkah-langkah eksperimen :

1. Masukkan 2-5 cm barium sulfat ke dalam sebuah tabung uji
2. Masukkan 2-5 cm sampel tanah ke dalam tabung uji tersebut.
3. Tambahkan air suling hingga ¾ penuh tabung uji tersebut.
4. Tambahkan 2-3 titis larutan penunjuk universal.
5. Tutup tabung uji itu dengan penyumbat tabung uji.
6. Goncang tabung uji tersebut.
7. Letak tabung uji tersebut dalam rak tabung uji
8. Biarkan ia mendak.
9. Perhatikan warna yang terhasil.
10. Padankan warna itu dengan carta warna pH.
11. Tentukan nilai pH.
12. Ulang eksperimen dengan menggunakan 2 sampel tanah yang lain.

Langkah keselamatan
1. Jangan gunakan ibu jari untuk menutup tabung uji semasa menggoncang tabung uji.
2. Lakukan penentuan warna pH di tempat terang

Saturday, May 26, 2012

Selamat Bercuti


Cuti Sekolah Pertengahan Tahun selama 2 minggu telah pun bermula (26hb Mei - 20hb Jun 2012).  JKD mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru dan murid.  Semua murid diharap dapat menggunakan masa cuti sekolah ini dengan sebaik-baiknya kerana Peperiksaan SPM hanya tinggal l62 hari lagi (ketika blog ini dikemaskini).  Seperti biasa, semua guru sibuk dengan pelbagai tugasan termasuk kelas tambahan, menanda kertas jawapan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012, membuat analisa, memasukkan data ke SAPS dan sebagainya. 
Selamat bercuti dan jaga keselamatan.

Wednesday, May 23, 2012

Selamat Hari Guru 2012


Rasulullah saw bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (HR. Muslim)

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. (HR al-Tarmizi, 300 hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad)
Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mendidik anak bangsa kami supaya mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.
Ya Allah, berkatilah usaha dan kehidupan guru-guru kami.

Bengkel Penandaan Kertas Sains Pertanian SPM


Satu bengkel Penandaan Kertas Jawapan Sains Pertanian SPM anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Pontian dengan kerjasama Jawatankuasa Kurikulum Daerah akan diadakan seperti ketetapan di bawah :
      • Tarikh  : 24hb Mei 2012 (Khamis)
      • Masa   : 8.00 pagi - 4.00 petang
      • Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Benut
Semua guru Sains Pertanian daerah Pontian dijemput hadir.
Selamat berbengkel.

Friday, April 27, 2012

Mesyuarat JKD Sains Pertanian dan MPV

Merujuk kepada surat PPD Pontian bernumbor rujukan JPA6008.UTV/10/2/7 (  ) bertarikh 23hb April 2012, Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah Mata Pelajaran Sains Pertanian dan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Daerah Pontian akan diadakan seperti ketetapan di bawah :
Tarikh : 30hb April 2012 (Isnin)
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Telok Kerang, Pontian
Masa : 2.00 - 4.30 petang
Kerjasama tuan / puan adalah sangat dihargai.
Harap maklum

Monday, April 2, 2012

Keputusan SPM 2011


Keputusan SPM telah diumumkan.  Sudah menjadi lumrah, ada bergembira dan berduka.  Kami mengucapkan tahniah kepada calon yang berjaya dan jangan leka dengan kejayaan tersebut sehingga lipa akan Allah yang menganugerahkan segalanya.  Banyakkan bersyukur dan istiqamah dalam ibadah bagi memastikan kejayaan tersebut adalah kejayaan yang berkat bukan kejayaan yang sementara yang membawa kita jauh dari Allah.

Kepada calon yang kurang berjaya, jangan putus asa.  Banyak bukti di luar sana yang menunjukkan berapa ramai orang yang hidup sangat bahagia walaupun keputusan SPM mereka tidak sebagus mana. 

Kepada guru / ibubapa, berjaya atau gagalnya anak didik / anak kita bukan bergantung kepada keputusan SPM mereka sebaliknya sejauh mana mereka mampu menjadi anak yang soleh yang boleh mendoakan kita setelah ketiadaan kita nanti.

Selamat berjuang untuk SPM 2012
Tingkatkan usaha dan doa, semoga lebih baik dari SPM 2011.

Tuesday, March 13, 2012

Kenapa babi haram?

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Baqarah:173)


"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Maaidah:3)

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Nahl:115)

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-An'aam:145)