Monday, January 17, 2011

Mesyuarat JKD Sains Pertanian dan MPV Kali Pertama 2011 (01/2011)

Mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Daerah Sains Pertanian dan Matapelajaran Vokasional (JKDSPMPV) Daerah Pontian akan diadakan seperti ketetapan di bawah :
Tarikh : 24hb Januari 2011
Hari : Isnin
Masa : 2.00 - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Telok Kerang Pontian
Agenda : Seperti tercatat dalam surat panggilan mesyuarat.

Harap maklum.

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali Ke Sekolah

JKD mengucapkan selamat menyambut tahun baharu 2011 kepada semua pelajar dan rakan warga pendidik daerah Pontian terutamanya guru dan pelajar Sains Pertanian dan MPV. Semoga tahun ini kan memberikan lebih kejayaan yang bermakna kepada kita semua.
Sesi persekolahan 2011 bermula pada hari Isnin (3hb Januari 2011), begitu juga dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Kami doakan semua rakan guru dan para pelajar dikurniakan umur dan kesihatan terbaik, kekuatan dan kesabaran untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan cemerlang dan ikhlas.
Mesyuarat JKD 01/2011 akan diadakan beberapa minggu lagi bagi merancang program tahunan dan perbincangan aktiviti peningkatan pencapaian akademik.