Tuesday, November 16, 2010

Selamat Menghadapi SPM dan Selamat Bercuti


JKD Sains Pertanian dan MPV Daerah Pontian mengucapkan selamat menghadapi SPM kepada semua calon yang akan menempuhinya beberapa hari lagi. Khasnya kepada semua calon yang akan menduduki Kertas Sains Pertanian dan MPV. Kami sentiasa mendoakan semoga anda akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam semua matapelajaran.
Masa masih ada lagi untuk digunakan sebaik-baiknya dengan mengulangkaji, memperbanyakkan solat dan doa serta menjauhi segala perkara yang menganggu konsentrasi pelajar. Jaga solat, jaga makan, jaga tidur dan jaga hati ibu-bapa.
Kepada pelajar tingkatan 4 tahun 2010, gunakan masa cuti dengan mengulangkaji pelajaran tingkatan 4 dan dapatkan serba sedikit kandungan matapelajarn yang akan diajar tahun hadapan. Elakkan dari sebarang aktiviti tidak berfaedah dan hargai masa.
Selamat menghadapi peperiksaan SPM dan selamat bercuti.