Wednesday, October 27, 2010

Program Kecemerlangan Sains Pertanian 2010 (Galus)


Mesyuarat JKD Sains Pertanian dan MPV Daerah Pontian yang telah diadakan pada 26hb Oktober 2010 (Selasa) telah mengambil keputusan untuk menlaksanakan program di atas seperti ketetapan di bawah :
Tarikh : 10hb November 2010 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 2.30 petang
Tempat : SMK Ayer Baloi, Pontian
Penceramah : Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor.
Mesyuarat juga telah membahagikan beberapa tugasan penting kepada setiap sekolah yang terlibat bagi memastikan perjalanan program lancar dan mencapai objektif ditetapkan.
Semoga program ini dapat membantu pelajar menjawab soalan dengan betul dan lulus dalam SPM 2010.
Harap maklum.

Monday, October 18, 2010

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Sains Pertanian


Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2010 untuk matapelajaran Sains Pertanian tingkatan 4 (kertas 1 dan kertas 2) lengkap dengan skema dan JSI telah saya emelkan kepada semua guru Sains Pertanian Daerah Pontian.
Soalan tersebut telah disediakan oleh Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor pada satu mesyuarat yang telah diadakan pada 12hb Oktober 2010 yang lalu. Mohon kerjasama tuan/puan untuk memperbanyakkan soalan tersebut untuk kegunaan pelajar masing-masing.
Harap maklum.

Thursday, October 14, 2010

Selamat Menunaikan Fardhu Haji


JKD Sains Pertanian dan MPV Da.erah Pontian ingin mengucapkan selamat menunaikan fardhu haji kepada semua guru yang sedang dan akan melaksanakan Rukun Islam ke-5 tahun 2010 ini. Khususnya kepada Cikgu Ibrahim bin Sumadi (dari SMK Parit Betak, Pontian Johor) yang dijadualkan akan berlepas ke Tanah Suci pada minggu ini.
Kami mendoakan semoga beliau dan semua jemaah haji dikurniakan kesihatan terbaik, kekuatan, kemudahan dan kesabaran sepanjang tempoh melaksanakan haji tersebut. Semoga mendapat haji Mabrur dan kembali selamat ke tanah air untuk meneruskan amanah mendidik anak-anak pelajar.
Terima kasih

Friday, October 1, 2010

Post Mortem dan Program Kecemerlangan Sains Pertanian 2010


Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan di bawah :
Tarikh : 26hb Oktober 2010 (Selasa)
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Telok Kerang Pontian.

Agenda mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi
2. Laporan Post Mortem Percubaan SPM 2010
3. Program Kecemerlangan Sains Pertanian SPM 2010
4. Hal-hal lain
Surat rasmi PPD akan diedarkan minggu depan.
Harap makluam