Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53


JKD Sains Pertanian dan MPV Daerah Pontian ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Ulangtahun Hari Kemerdekaan ke-53 Malaysia, negara yang kita cintai kepada semua guru dan pelajar teruama yang berkaitan dengan Sains Pertanian dan MPV.


Tema Hari Kebangsaan tahun ii adalah 1Malaysia Menjana Transformasi. Diharap kita semua dapat meningkatkan usaha masing-masing untuk memajukan diri, keluarga, bangsa dan negara mengikut kapasiti dan peranan masing-masing.


Sama-samalah kita berdoa dan berusaha sebaik mungkin semoga keamanan, kestabilan dan kesejahteraan yang kita nikmati sekarang ini akan berterusan. Kita juga bermohon semoga negara kita Malaysa, dijauhi dari segala macam musibah, bencana dan malapetaka yang akan menganggu kehidupan dan proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak murid kita.


Satu Malaysia...Satu Malaysia...Satu Malaysia...!


Merdeka... Merdeka...Merdeka...!

Thursday, August 26, 2010

Kemasukan Markah Kompetensi Modular dan Cetakan Sijil MPV/MPAV Tahun 2010


Dimaklumkan bahawa kemasukan markah bagi kompetensi modular MPV / MPAV perlu dimasukkan melalui atas talian (online) mulai 23 Ogos 2010 sehingga 30 September 2010.

Sehubungan dengan itu, tuan diminta melayari di Laman Wen Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my/ dan juga diminta menyerahkan cetakan (borang evidens LPM 04) yangtelah ditandatangani Pengetua sekolah dan Pentaksir ke Lembaga Peperiksaan secepat mungkin selepas kemasukan markah dibuat. Borang lengka dihantar ke alamat berikut :

Ketua Unit, Unit Pengurusan Maklumat dan Pemprosesan Data, Lembaga Peperikssaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 1,2, 5-13, Blok E11, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62604 PUTRAJAYA. (UP En Mohd Noor Azly bin Paiman)

Thursday, August 12, 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010


JKD mengucapkan selamat menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2010 kepada semua calon SPM terutama mereka yang mengambil matapelajaran Sains Pertanian dan MPV Daerah Pontian.
Peperiksaan percubaan tersebut dijadualkan bermula 12hb Ogos 2010 dan tamat pada 3hb September 2010. Peperikaan bagi matapelajaran Sains Pertanian dan MPV akan dilaksanakan pada 13hb Ogos 2010 (Jumaat).
Sempena Ramadhan yang mulia ini, JKD mendoakan semua calon dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan mencapai kecemerlangan.
Selamat Menghadapi Peperiksaan.

SELAMAT DATANG RAMADHAN 1431H


JKD merakamkan ucapan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1431H kepada semua pelajar dan warga pendidik Daerah Pontian. Semoga anda dan keluarga dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat melaksanakan kewajipan berpuasa dan amalan sunat lain dengan sempurna dan diberkati Allah SWT.
Selamat berpuasa.

Tuesday, August 3, 2010

SOALAN PERCUBAAN SPM SAINS PERTANIAN


Salinan soalan Peperiksaan Percubaan SPM bagi matapelajaran Sains Pertanian (Kertas 1, Kertas dan skema jawapan) telah diedar kepada semua sekolah yang menawarkan matapelajaran tersebut menerusi emel semalam.

Diharap semua guru yang terlibat dapat menyerahkan salinan soalan tersebut kepada Setiausaha Peperiksaan sekolah masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang masalah sila berhubung dengan nordinehsan_69@yahoo.com.