Thursday, July 29, 2010

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM LANDSKAP NURSERI


SMK Telok Kerang telah melaksanakan Program Kecemerlangan Landskap dan Nurseri dengan jayanya pada 29hb Julai 2010.

Justeru, JKD Sains Pertanian dan MPV daerah Pontian merakamkan jutaan terima kasih kepada pelajar Landskap dan Nurseri tingkatan 5 SMK Telok Kerang dan En. Zainuddin bin Zainal (penceramah jemputan) dari SMK Pekan Baru kerana menjayakan program tersebut.

Semoga segala usaha tuan-tuan diberkati Allah.

Monday, July 26, 2010

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH


JKD Sains Pertanian dan MPV ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua peserta, guru-guru, En. Bukari bin Paiman dan En Salem bin Amir (penceramah undangan), En Selamat bin Mon (wakil PPD Pontian) dan En. Sujak bin Maskan dan En. Ariffin bin Mohd Tahir (wakil JPNJ) di atas segala sumbangan dan sokongan padu sehingga Program Skor A-PLUS (A+) Sains Pertanian Daerah Pontian 2010 berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Kepada semua peserta di harap dapat melaksanakan segala pesanan dan petua-petua yang diberikan oleh penceramah agar kecemerlangan Sains Pertanian akan dapat direalisasikan.

Semoga segala usaha kita semua akan diberkati Allah dan mendapat imbalan sewajarnya dari-Nya.

Tuesday, July 13, 2010

KEM A-PLUS (A+) SAINS PERTANAIN SPM 2010

Kem kecemerlangan Sains Pertanian yang dinamakan Kem A-Plus (A+) Sains Pertanian Daerah Pontian tahun 2010 akan di adakan (insyaallah..) seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 23 dan 24 ulai 2010
Tempat : Tanjung Piai Resort, Kukup Pontian (Penghujung Benua Asia)
Peserta : Calon SPM terpilih dari daerah Pontian, Johor Bahru dan Pasir Gudang.
Penceramah
Kertas 1 : En. Bukari bin Paiman (GC Sains Pertanian)
Kertas 2 : En. Salem bin Amir (GC Sains Pertanian)
Anjuran :
1. Pejabat Pelajaran Daerah, Unit Teknik dan Vokasional
2. JKD Sains Pertanian dan MPV Daerah Pontian
3. Majlis Guru Cemerlang Daerah Pontian

Sekian untuk kali ini.