Thursday, May 26, 2016

Kursus Orientasi DSKP Mata Pelajaran Pertanian Tingkatan 4 KSSM


Kurikulum baru Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) Pertanian akan dilaksanakan pada 2017 bagi menggantikan mata pelajaran Sains Pertanian sediada.  Justeru itu pada 24hb Mei 2016 (Selasa) bermula 8.30pagi dan tamat sekitar jam 5.00 petang telah diadakan satu kursus orientasi untuk guru-guru Sains Pertanian seluruh Negeri Johor.  Kursus tersebut diadakan di SMK Suria Perdana, Batu Pahat.  Setiap daerah diwakili oleh dua orang guru yang akan menyampaikan maklumat kursus tersebut kepada rakan sejawat (SP) di daerah masing-masing.

Kursus orientasi bagi mata pelajaran Pertanian tingkatan 4 telah disampaikan oleh En. Bukari bin Paiman dan Tn. Hj. Mohd Shariff bin Omar.  Daerah Pontian telah diwakili oleh Tn. Hj. Aminudin bin Abdul Rahman dan En. Nordin bin Ehsan.

No comments: