Monday, July 6, 2009

PENATARAAN SKOR PBS SAINS PERTANIAN SPM 2009

Penataraan Skor Pentaksiran Berasaskan Sekolah matapelajaran Sains Pertanian Kali Ke-2 bagi calon SPM 2009 Daerah Pontian akan diadakan seperti ketetapan di bawah :
1. Pentaksir Kawasan : En. Abd Rahman bin Salleh
Sekolah ditaksir SMK Parit Betak pada 22hb Julai 2009 dan SMK Telok Kerang pada 23hb Julai 2009.
2. Pentaksir Kawasan : En. Nordin bin Ehsan
Sekolah ditaksir SMK Sri Kukup pada 22hb Julai 2009 dan SMK Dato' Mohd Yunus Sulaiman pada 23hb Julai 2009.
Masa pemantauan sekitar jam 10.00 pagi pada tarikh yang telah ditetapkan di atas. Semua pentaksir sekolah diharap dapat bersedia dengan dokumen dan eviden berkaitan agar penataraan skor dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.

Thursday, May 28, 2009

LAWATAN KE PAMERAN BULAN TEKNOLOGI PERTANIAN 2009


Kluang, JKD Sains Pertanian dan MPV Daerah Pontian dengan kerjasama Unit Pendidikan Teknik dan Vokasional PPD Pontian telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke Pameran Bulan Teknologi Pertanian pada 26hb Mei 2009 yang diadakan di Pusat Penyelidikan MARDI di Kluang. Program lawatan yang sepatutnya melibatkan semua guru Sains Pertanian dan MPV daerah ini tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang kerana masalah pengangkutan yang timbul disaat-saat akhir program. Walaubagaimanapun, program tersebut terus dilaksanakan dengan menggunakan beberapa kenderaan guru dan bantuan sebuah van dari SMK Sri Kukup. JKD Sains Pertanian dan MPV memohon maaf atas kesulitan yang timbul.

Pameran Bulan Teknologi Pertanian yang dirasmikan oleh Menteri Pertanian, YB Dato Noh Omar tersebut mempamerkan pelbagai maklumat, teknologi terkini, tunjukcara pembiakbakaan ternakan, mekanisasi ladang, jualan produk, jualan input ladang dan sebagainya. Pameran yang melibatkan kerjasama banyak agensi kerajaan dan swasta, serta pengusaha industri kecil sederhana (IKS) tersebut diadakan selama dua hari iaitu pada 26 dan 27hb Mei 2009. Guru-guru serta pelajar yang berminat dijemput menghadirinya.
JKD Sains Pertanian dan MPV mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama PPDTV, En. Selamat Mon, SMK Sri Kukup dan guru-guru terlibat yang sanggup berkongsi kenderaan bersama rakan-rakan dan bagi menjayakan program tersebut.

Wednesday, May 20, 2009

MESYUARAT JKD SAINS PERTANIAN NEGERI JOHOR 01/2009

Batu Pahat. Mesyuarat JKD Sains Pertanian Negeri Johor kali pertama tahun 2009 telah diadakan di SMK Dato' Seth Yong Peng, Batu Pahat pada 19hb Mei 2009 jam 8.30 pagi. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En. Sujak bin Maskan (Ketua Unit Teknik dan Vokasional Jabatan Pelajaran Negeri Johor) dan dihadiri oleh semua PPD Teknik dan Vokasional, semua Pengerusi dan Setiausaha JKD Sains Pertanian serta guru sekolah yang mencapai keputusan Mata pelajaran Sains Pertanian terbaik setiap daerah Negeri Johor.
Pembentangan "post-mortem" keputusan SPM 2008 dibuat oleh guru yang mencapai keputusan terbaik bagi setiap daerah bagi tujuan perkongsian ilmu dan pengalaman bagi meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan akan datang.
JKD Sains Partanian Daerah Pontian mengucapkan tahniah kepada Tn. Hj. Mumazaini dari SMK Ayer Baloi yang telah mencapai keputusan terbaik dalam daerah Pontian bagi mata pelajaran Sains Pertanian dalam SPM 2008.

Thursday, May 14, 2009

MESYUARAT JKD MATA PELAJARAN VOKASIONAL NEGERI JOHOR 01/2009

Kota Tinggi. Mesyuarat JKD Mata Pelajaran Vokasional Negeri Johor kali pertama tahun 2009 telah diadakan di Dewan Sri Warisan, Kota Tinggi Johor pada 13hb Mei 2009 jam 8.30 pagi. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En. Sujak bin Maskan (Ketua Unit Pendidikan Teknik Vokasional, Jabatan Pelajaran Negeri Johor).
Dalam mesyuarat tersebut, Setiausaha JKD Mata Pelajaran Vokasional setiap daerah atau guru yang mengajar mata pelajaran vokasional yang mencapai keputusan terbaik telah membentangkan post mortem keputusan SPM 2008. Ia bertujuan untuk berkongsi maklumat dan strategi kejayaan sekolah terbabit.
Pengerusi dan Setiausaha JKD Sains Pertanian dan MPV Daerah Pontian (SMK Telok Kerang) telah hadir ke mesyuarat tersebut untuk membentangkan post mortem SPM 2008. PPD Unit Teknik dan Vokasional Daerah Pontian, En. Selamat bin Mon turut hadir.
JKD Sains Pertanian dan MPV Daerah Pontian mengucapkan tahniah kepada sekolah yang mendapat tempat pertama dalan negeri Johor iaitu :
1. SMK Telok Kerang (MPV Landskap dan Nurseri)
2. SMK Sri Kukup (MPV Akuakultur dan Haiwan Rekreasi)
3. SMK Sri Tanjung (MPV Produksi Multimedia)

Wednesday, May 6, 2009

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009

Soalan peperiksaan pertengahan tahun bagi mata pelajaran Sains Pertanian Pertengahan tahun 2009 tingkatan 5 telah diedar kepada setiap sekolah yang menawarkan matapelajaran tersebut. Dua buah sekolah iaitu SMK Ayer Baloi dan SMK Sri Tanjung yang tidak menawarkan mata pelajaran tersebut kepada pelajar tingkatan 5 tahun 2009 terkecuali dalam edaran ini. Guru yang memerlukan "softcopy" soalan tersebut diharap dapat menghubungi nordinehsan_69@yahoo.com untuk mendapatkannya. Selamat menghadapi peperiksaan.

Tuesday, May 5, 2009

PENATARAAN KERJA KURSUS SAINS PERTANIAN SPM 2009 NEGERI JOHOR

Pontian. Penataraan Kerja Kursus Sains Pertanian Kali Pertama bagi calon SPM 2009 Negeri Johor akan diadakan seperti ketetapan di bawah :
Pentaksir Kawasan : En. Abd Rahman bin Salleh
Sekolah ditaksir SMK Parit Betak pada 20hb Mei 2009 dan SMK Telok Kerang pada 21hb Mei 2009.
Pentaksir Kawasan : En. Nordin bin Ehsan
Sekolah ditaksir SMK Sri Kukup pada 20hb Mei 2009 dan SMK Dato' Mohd Yunus Sulaiman pada 21hb Mei 2009.
Masa pemantauan sekitar jam 2.00 petang pada tarikh yang telah ditetapkan di atas.
Semua pentaksir sekolah diharap dapat bersedia dengan dokumen dan eviden berkaitan agar pentaksiran dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.

Monday, April 13, 2009

TARIKH PENATARAAN KERJA KURSUS SAINS PERTANIAN DAERAH PONTIAN


Taklimat Penataraan Kerja Kursus Sains Pertanian Daerah Pontian yang telah diadakan pada 7hb April 2009 telah memutuskan tarikh penataraan kali pertama bagi sekolah-sekolah daerah Pontian adalah seperti di bawah:
1. SMK Parit Betak (27hb April 2009)
2. SMK Sri Tanjung (27hb April 2009)
3. SMK Sri Kukup (28hb April 2009)
4. SMK Telok Kerang (28hb April 2009)
5. SMK Ayer Baloi (29hb April 2009)
6. SMK Dato Mohamad Yunus Sulaiman (30hb April 2009)
Kepada guru yang terlibat diharap dapat bersedia dengan dokumen dan eviden yang dikehendaki.

Thursday, March 5, 2009

SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA & FESTIVAL TAMAN MALAYSIA JOHOR 2009

Skudai, Sempena Hari Landskap 2009, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah menganjurkan Sambutan Hari Landskap Negara & Festival Taman Malaysia Johor 2009 yang diadakan di Hutan Bandar MPJBT Mutiara Rini Skudai. Sambutan berlangsung selama 8 hari iaitu bermula 1hb Mac hingga 8hb Mac 2009. Pelbagai acara diadakan seperti kempen menanam pokok, J-robik, persembahan artis dan kebudayaan, jualan produk serta input pertanian dan landskap, pertandingan mewarna dan banyak lagi. Setiap Pihak Berkuasa Tempatan Daerah turut mempamerkan taman beridentitikan daerah masing-masing termasuk Pontian. Guru-guru dan pelajar yang berminat bolehlah meluangkan masa untuk melawat acara tersebut.

Wednesday, February 18, 2009

TAKLIMAT PENATARAN KERJA KURSUS SAINS PERTANIAN TINGKATAN 4 DAN 5 TAHUN 2009

Taklimat Penataran Kerja Kursus Sains Pertanian Tingkatan 4 dan 5 Tahun 2009 akan diadakan seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 7hb April 2009
Hari : Selasa
Tempat: Bilik Mesyuarat, SMK Telok Kerang.

Guru (Pentaksir Sekolah) yang terbabit diminta bersedia untuk taklimat tersebut. Maklumat terperinci sila rujuk surat rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Pontian, bernombor PPDPN/UPA/2/439/6 Jld 2 (03).

MESYUARAT JAWATANKUASA PORTAL PENDIDIKAN DAN E-LEARNING DAERAH PONTIAN 2009

Unit Teknik dan Vokasional, Pejabat Pelajaran Daerah Pontian telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Portal Pendidikan dan e-Learning Daerah Pontian pada 17hb Februari 2009 (Selasa) di SMK Ayer Baloi. Ahli mesyuarat tersebut telah membentuk Jawatankuasa Induk Portal Pendidikan dan e-Learning, Unit Teknik dan Vokasional serta merancang beberapa pelan tindakan bagi tahun 2009. Antara sasaran Jawatankuasa Induk ialah menyiap dan menyelenggara semua portal berkaitan Teknik dan Vokasional Daerah Pontian sebelum dibuat pautan ke laman web Pejabat Pelajaran Daerah Pontian agar manfaatnya dapat dikongsi dengan lebih ramai pengguna terutama guru dan pelajar.

Friday, February 13, 2009

PEMANTAUAN PBS SAINS PERTANIAN DAN MPV



Pemantauan PBS Sains Pertanian dan MPV peringkat Daerah Pontian akan bermula pada 23hb Mac 2009 dan dijadualkan tamat pada bulan April 2009. Pemantauan akan dilakukan oleh Pentaksir Kawasan yang dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah Pontian. Pemantuan kali pertama ini lebih menumpukan kepada PBS bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. PPD Unit Teknik dan Vokasional akan mengedarkan maklumat terperinci berkaitan jadual pemantauan dan maklumat berkaitan dalam masa terdekat. Diharap semua guru (pentaksir sekolah) yang terlibat dapat bersedia untuk pemantauan ini.

Tuesday, February 3, 2009

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

JKD Sains Pertanian dan MPV Daerah Pontian Mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua guru dan pelajar Sains Pertanian dan MPV daerah Pontian.
Mudah-Mudahan tahun 2009 akan memberi lebih kejayaan pada guru dan pelajar. JKD akan merancang dan melaksana beberapa program bagi menghadapi SPM2009, selain daripada aktiviti-aktiviti pertandingan yang dianjurkan diperingkat Negeri dan Kebangsaan.

Thursday, November 6, 2008

LAWATAN KE INSTITUT HAIWAN KLUANG, JOHOR


Kluang, 5hb Nov. Sejumlah 56 pelajar dari SMK Sri Kukup dan SMK Telok Kerang telah mengadakan lawatan ke Institut Haiwan Kluang. Lawatan sambil belajar tersebut banyak memberi pengalaman baru kepada semua pelajar terutamanya pelajar tingkatan 4 yang akan mempelajari topik ternakan tahun hadapan. Bagi pelajar tingkatan 5, lawatan ini telah memberi gambaran lebih jelas mengenai teori yang telah dipelajari seperti peralatan permanian beradas, baka-baka lembu, pemakanan ternakan ruminan dan sebagainya.
Diharapkan pada masa depan kerjasama antara sekolah bagi melaksanakan aktiviti seperti ini dapat dijalankan lebih kerap. Aktiviti secara gabungan antara sekolah ini dapat merapatkan hubungan antara pelajar dan guru sekolah terbabit selain memberi pengalaman baru kepada pelajar.
Terima kasih kepada Institut Haiwan Kluang atas kerjasama yang diberikan.
Tahniah diucapkan kepada SMK Sri Kukup dan SMK Telok Kerang atas usaha murni ini.

Tuesday, September 16, 2008

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2008


Maklumat peperiksaan adalah seperti berikut :
1. Sains Pertanian 2 (3528/2), Jumaat (28hb Nov 2008), jam 8.00 ~ 10.00 pagi (2 jam). Sains Pertanian 1 (3528/1), Khamis (4hb Dis 2008), jam 2.00 ~ 3.30 petang (1jam 30 minit).
2. Matapelajaran MPV seperti Katering dan Penyajian, Pemprosesan Makanan 1, Landskap dan Nurseri 1, Akuakultur dan Haiwan Rekreasi 1, Seni Reka Tanda 1, Produksi Multimedia 1, Grafik Berkomputer 1 pada 1hb Dis 2008 (Isnin) jam 2.00 ~ 4.30 petang (2 jam 30 minit).
Selamat Maju Jaya.

Wednesday, September 3, 2008

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008

Editor mengucapkan selamat berpuasa kepada semua guru dan pelajar Sains Pertanian dan MPV seluruh daerah Pontian. Semoga amalan dalam bulan Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya.
Para pelajar akan menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM dalam bulan September ini. Ini merupakan ujian dan cabaran yang perlu dihadapi pelajar iaitu ujian berpuasa dan ujian menghadapai peperiksaan. Kedua-dua ujian tersebut adalah antara asam garam dalam perjalanan kehidupan seorang pelajar bagi membentuk seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Semoga para pelajar dapat mengurus masa dengan cara yang paling baik supaya dapat merebut dua peluang sediada ada iaitu kelebihan ramadhan dan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kesihatan merupakan harta terpenting dalam hidup. Tanpa kesihatan yang baik, segala akiviti seharian pelajar akan terganggu. Jesteru itu, penjagaan kesihatan perlu sentiasa diutamakan dalam setiap tugasan seharian.
Selamat berpuasa, selamat menghadapai peperiksaan dan semoga mencapai kecemerlangan.

TANAMAN SECARA FERTIGASI DI SMK TELOK KERANG PONTIAN (Bahagian 3)

Keperluan asas fertigasi adalah seperti berikut :
i. Rumah Lindungan Hujan
ii. Sumber Air
iii. Larutan Baja
iv. Sistem Pengairan
v. Media Tanaman
vi. Bekas Tanaman
vii. Biji Benih
viii. Alat Pengukur Larutan

Sumber Air Sumber Air boleh di dapati daripada air paip syarikat air tempatan (SAJ) Air bumi (tube well) dan air gunung (mengalir). Pastikan sumber air tidak terputus bekalan, bersih dan bebas toksik / mendapan / ampaian, jernih, tidak berbau dan lebih sejuk lebih baik (kaya oksigen)

Baja yang digunakan adalah sama dengan baja hidroponik. Kandungan nutrien yang lengkap & seimbang (berbeza ikut jenis tanaman) dan biasanya dalam satu set khas (A & B) (campuran atau cecair) dalam bungkusan/bekas yang berlainan.
Bersambung pada artikel akan datang.

Tuesday, August 26, 2008

TANAMAN SECARA FERTIGASI DI SMK TELOK KERANG PONTIAN (Bahagian 2)

Fertigasi (Drip Irrigation Technique) didefinisikan sebagai Penanaman Tanpa Tanah (soiless culture) dengan pemberian baja melalui sistem pengairan.
Kelebihan sistem fertigasi adalah :
i. Nutrien lengkap boleh dikawal mengikut pertumbuhan pokok
ii. Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit
iii. Mengatasi masaalah tanah
iv. Meningkatkan hasil pengeluaran
v. Masalah merumpai sangat rendah
vi. Kualiti hasil yang lebih baik
vii. Penggunaan baja yang cekap
viii. Mengurangkan penggunaan racun
ix. Hasil yang lebih tinggi

Kelemahan sistem fertigasi adalah :
i. Modal permulaan yang tinggi
ii. Pengetahuan yang mendalam perihal tanaman
iii. Pengurusan ladang yang berterusan
iv. Kerosakan sistem membawa kerugian
Tanaman yang boleh ditanam ialah tanaman sayur berbuah seperti Tomato, Cili, Melon, Timun jepun dan Terung.
Bersambung pada artikel akan datang.

Monday, August 11, 2008

SEMINAR KECEMERLANGAN AKADEMIK MATA PELAJARAN SAINS PERTANIAN NEGERI JOHOR 2008

Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Pontian (PPD) dan Jawatankuasa Daerah Sains Pertanian dan Matapelajaran Vokasional daerah Pontian (JKD SPMPV) telah berjaya menganjurkan Seminar Kecemerlangan Akademik Mata Pelajaran Sains Pertanian Negeri Johor 2008. Program tersebut diadakan pada hari Sabtu (9hb Ogos 2008) di dewan SMK Ayer Baloi Pontian bermula jam 8.30 pagi dan tamat jam 1.30 petang.
Program dimulakan dengan ucapan En. Sujak bin Maskan dari Unit Kurikulum JPNJ selaku wakil JPNJ. Pembentangan pertama dilakukan oleh En. Mohd Shariff bin Omar dan pembentangan kedua oleh En. Zulnaidi bin Abdullah, kedua-dua pembentang adalah Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor. Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 96% peserta menghadirkan diri dari semua sekolah dalam daerah Pontian.
Editor dan JKD merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan progran kecemerlangan ini terutama kepada JPNJ, PPD, Pengetua SMK Ayer Baloi, guru-guru dan semua peserta yang terlibat.

Wednesday, August 6, 2008

TANAMAN SECARA FERTIGASI DI SMK TELOK KERANG PONTIAN (Bahagian 1)

Persatuan Sains Pertanian dan Landskap, SMK Telok Kerang Pontian akan melaksanakan program menanam semula timun, kacang buncis, kacang bendi dan kacang panjang secara fertigasi. Tanaman tersebut merupakan tanaman musim ke-3 selepas mask melon dan tembikai wangi yang baru di tuai hasilnya beberapa minggu lalu. Projek fertigasi ini bermula pada penghujung tahun 2007 di bawah seliaan En. Hasan Kasmuri yang mendapat sokongan padu dari pengetua, para pentadbir, guru-guru, kakitangan dan pelajar. Projek Fertigasi di sini mempunyai 4 buah rumah lindungan dimana setiap satu mempunyai 62 buah polibeg yang dilengkapi dengan sistem pengairan yang dikawal secara automatik.
Projek ini adalah selaras dengan Sukatan Pelajaran Sains Pertanian tingkatan 5 di bawah topik Teknologi Dalam Pertanian.
Bersambung pada artikel akan datang.

Thursday, July 31, 2008

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE CAMERON HIGHLAND DAN LAMAN 2008


Persatuan Sains Pertanian dan Landskap SMK Telok Kerang telah berjaya mengadakan program lawatan sambil belajar ke Cameron Highland, Pahang dan Festival Taman dan Landskap Antarabangsa Malaysia 2008 (LAMAN08) di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur bermula 25 ~ 27hb Julai 2008. Program lawatan sambil belajar tersebut disertai oleh 40 orang pelajar dan 4 orang guru.

Di antara objektif program tersebut ialah mengenalpasti teknologi pertanian terkini dan memberi pengalaman sebenar aplikasi prinsip-prinsip landskap. Peserta program lawatan adalah terdiri daripada 25 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan yang kesemuanya ahli Persatuan Sains Pertanian dan Landskap.

Editor dan guru-guru terlibat mengucapkan terima kasih di atas segala kerjasama dan sokongan pelajar, pentadbir sekolah dan semua pihak yang membantu kejayaan program lawatan ini. Harapan kami agar kerjasama padu ini dapat diteruskan pada masa mendatang bagi memastikan pelajar dapat seberapa banyak pengetahuan dan pengalaman untuk masa depan mereka.

Tuesday, July 15, 2008

MAHA2008


Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agrotourism 2008 (MAHA2008) akan diadakan pada 11 hingga 23 hb Ogos 2008. Pameran yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu merupakan acara pameran pertanian terbesar pernah diadakan yang mempamerkan inovasi dan penyelesaian industri pertanian terkini. Semua sekolah yang menawarkan matapelajaran berkaitan pertanian dicadangkan melawat pameran tersebut.
SMK Telok Kerang, Pontian di bawah matapelajaran vokasional (MPV) Landskap Nurseri akan menyertai pertandingan membina terrarium peringkat kebangsaan dalam pameran pertanian terbesar itu.
Kami doakan semoga segalanya selamat dan mendapat kejayaan cemerlang.
Penerangan lanjut sila layari http://www.mahaexpo.com/