Monday, August 11, 2008

SEMINAR KECEMERLANGAN AKADEMIK MATA PELAJARAN SAINS PERTANIAN NEGERI JOHOR 2008

Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Pontian (PPD) dan Jawatankuasa Daerah Sains Pertanian dan Matapelajaran Vokasional daerah Pontian (JKD SPMPV) telah berjaya menganjurkan Seminar Kecemerlangan Akademik Mata Pelajaran Sains Pertanian Negeri Johor 2008. Program tersebut diadakan pada hari Sabtu (9hb Ogos 2008) di dewan SMK Ayer Baloi Pontian bermula jam 8.30 pagi dan tamat jam 1.30 petang.
Program dimulakan dengan ucapan En. Sujak bin Maskan dari Unit Kurikulum JPNJ selaku wakil JPNJ. Pembentangan pertama dilakukan oleh En. Mohd Shariff bin Omar dan pembentangan kedua oleh En. Zulnaidi bin Abdullah, kedua-dua pembentang adalah Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor. Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 96% peserta menghadirkan diri dari semua sekolah dalam daerah Pontian.
Editor dan JKD merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan progran kecemerlangan ini terutama kepada JPNJ, PPD, Pengetua SMK Ayer Baloi, guru-guru dan semua peserta yang terlibat.

No comments: