Friday, September 30, 2016

Kursus Ternakan Puyuh Pedaging Guru-Guru Sains Pertanian Negeri Johor









Alhamdullilah, sempurna sudah Kursus Ternakan Puyuh Guru-Guru Sains Pertanian Negeri Johor.  Kursus ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sesi kuliah dan lawatan ladang.  4 sesi kuliah dijalankan iaitu :
1. Pengenalan Industri Puyuh dan Kemudahan Perumahan oleh Pn Hjh Habibah binti Abdul Rahman (Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Nusajaya)
2. Pengurusan Puyuh Pedaging oleh Pn Hjh Habibah binti Abdul Rahman (Pegawai JPV Nusajaya)
3. Penyakit, Rawatan dan Pencegahan oleh Dr Lo Sheau Wui (Pegawai Perubatan Veterinar di Unit Komoditi Ternakan JPV Nusajaya)
4. Pengurusan Sisa Ladang dan Penggunaan Teknologi EM oleh Pn Suriah binti Purmin (Penolong Pegawai Perkhidmatan Veterinar di JPV Daerah Kluang)
5. Sesi perkongsian pegalaman bersama En. Fadli, usahawan ternakan puyuh berjaya dari Pontian.

Sesi lawatan ke ladang ternakan puyuh penelur di Pusat Latihan Teknologi Veterinar Kluang juga diadakan selama lebih 1 jam.

Ucapan terima kasih kepada semua yang membantu samada secara langsung atau tidak dalam menjayakan kursus ini. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada UTV Sektor Pengurusan Akademik JPNJ (En Noor Azam bin Mohd Yusuf), UTV PPD Pontian (Hj Abdul Wahid bin Mohd Yusof)JPV Daerah Pontian (En Zamari dan En. Zazali bin Othman), JPV Nusajaya, JPV Kluang da semua 36 peserta kursus iaitu guru Sains Pertanian dari seluruh negeri Johor.  Kami juga memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang kurusus dijalankan.

Kami mengharapkan kursus ini mampu memberi pengetahuan dan kemahiran kepada semua guru sebagai persediaan pelaksanaan MPEI Pertanian pada 2017 nanti.  Kursus ini diharapkan menjadi pencetus idea untuk kursus-kursus lain untuk guru Sains Pertanian negeri Johor di masa hadapan.

Johor Leads...Pontian Diamik.

2 comments: