Saturday, April 23, 2016

Aktiviti Pemasaran : Tanaman Pisang DOLE




Pemasaran hasil
1. Mengumpul
Letak hasil yang dipungut di satu tempat tertentu sama ada ladang atau pusat pengumpulan kelompok
Kumpul di jalan utama ladang untuk memudahkan diangkut ke kilang atau pasaran

2. Memproses
Tujuan supaya hasil lebih menarik, tahan lama, harga tinggi, mengekalkan kesegaran atau menukar bentuk hasil
3. Menggred
Menentukan kumpulan hasil mengikut satu piawaian
Supaya hasil yang dipasarkan seragam dan mendapat harga tinggi
Contoh kategori 

Hasil                 Kategori Gred
Telur                 Berat
Buah-buahan Bentuk, Varieti
Betik                 Klon
Durian         Klon
Ayam Bahagian   Anggota

4. Membungkus
Kumpul hasil yang telah digred dalam satu bekas
Tujuan pembungkusan  -  mengekalkan kesegaran, menarik perhatian pelanggan, untuk mendapat harga lebih tinggi, memelihara kualiti hasil dan memudahkan penghantaran 
Contoh cara pembungkusan :  kotak kayu (limau), botol (jus buah), plastik sayur)
Bekas pembungkusan – kotak, tin, botol, plastik dan pemvakuman

5. Mengiklan
Menyampai maklumat produk kepada pengguna
Mempengaruhi pengguna untuk membeli
Kaedah mengiklan  -  katalog, risalah, papan tanda, edar sampel, pameran , media elektronik dan media cetak

6. Menyimpan
Untuk mengekalkan kesegaran dan kualiti hasil
Hasil lambat busuk sebab kurang respirasi dan aktiviti metabolisme pada hasil
Contoh kaedah penyimpanan -  sejuk beku > daging dan ikan, suhu rendah > sayur, kawalan kandungan gas > pisang, betik, mempelam

7. Menjual
Menyampaikan hasil kepada pengguna akhir
Menjual/memasar melalui ajen, pemborong, peruncit atau jualan terus kepada pengguna

Tuesday, April 19, 2016

Contoh Soalan KBAT Kertas 1 Sains Pertanian


Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Cikgu Zailani bin Abd Rahim dari SMK Jugra, Kuala Langat kerana sudi berkongsi Buku Conton Soalan KBAT Kertas 1 Sains Pertanian.  Sebahagian daripada soalan dalam buku ini adalah soalan peperiksaan
SPM Kertas 1 tahun 2014 dan 2015.  Ianya adalah hak cipta Lembaga Peperiksaan KPM.  Soalan-soalan ini ditulis semula dan dibina bagi membantu guru-guru dalam membina soalan berbentuk KBAT.

Kami memohon maaf sekiranya ada sebarang kesilapan atau soalan yang tidak mencapai tahap KBAT sebagaimana yang diharapkan.  Buku tersebut boleh di lihat, muatturun dan sebagainya di Buku Contoh Soalan KBAT Kertas 2 Sains Pertanian.

Kami mendoakan semoga Cikgu Zailani sentiasa dalam lindungan Yang Esa dan sihat walafiat agar dapat menyumbang lebih banyak bahan yang membantu murid-murid dan guru Sains Pertanian seluruh negara..ameen.

Semoga bermanfaat.