Sunday, October 18, 2015

Modul Pembelajaran Teknikal (M-TEK)


M-TEK singkatan kepada Modul Pembelajaran Teknikal dihasilkan oleh Unit Teknikal, Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM.  Idea menghasilkan modil ini timbul disebabkan beberapa perkara seperti pencapaian pelajar aliran teknikal yang kurang memberangsangkan, kekurangan bahan rujukan bagi mata pelajaran Sains Pertanian di pasaran,  dan keupayaan pelajar yang berbeza-beza dalam peperiksaan.

Modul yang disediakan ini selari dengan keperluan sukatan pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5. Ia merupakan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu guru-guru dan pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik.  Modul ini dilengkapi dengan nota ringkas peta minda (Mind Map) dan soalan-soalan latihan mengikut topik.

Selamat belajar.

No comments: