Tuesday, July 17, 2012

Ulangkaji Puasa (1)


Perintah untuk berpuasa berdasarkan firman Allah bermaksud : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.  (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum – Hukum Puasa
1. Puasa wajib :
 Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

2. Puasa Sunat :
 Puasa dalam bulan Sya’ban,
 Puasa 6 hari dalam bulan Syawal,
 Puasa Arafah pada 9 zulhijjah,
 Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram,
 Puasa pada hari Isnin dan Khamis,
 Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 15
 Puasa satu hari berbuka satu hari
 Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
 Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

3. Puasa Makruh :
 Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
 Berpuasa sepanjang tahun

4. Puasa Haram :
 Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
 Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
 Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
 Puasa perempuan haid & Nifas
 Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

No comments: